Pages

Sunday, October 27, 2013

UJIAN

kita dianugerahkan kekuatan untuk meneruskan hidup ini, biarpun kita berdepan dengan masalah dan ujian . 

Ujian atau cobaan hidup, juga di istilahkan sebagai masalah, yang boleh memberi kesan kepada individu seterusnya masyarakat, ujian berbentuk sakit, susah, gagal, kecewa merupakan satu ujian atau masalah yang memerlukan tahap ketahanan jiwa dan kesabaran iman. 

Tiada siapa yang boleh dikatakan kuat atau hebat jika datang masalah, ini kerana masalah yang mengenai seseorang adalah mengikut apa yang ditentukan oleh Allah dengan mengambil kira , kemampuan hambanya. 
Apa yang perlu diperhatikan ialah , bagaimana cara kita menyelesaikan masalah tadi. 
Apabila sesuatu perkara itu berlku seperti gagal dan kecewa ia tidak akan dapat dikembalikan agar tidak kecewa atau tidak gagal.. hanya kita harap dan pastikan supaya kekecewaan dan kegagalan tidak akan berulang lagi

" Didalam kesenangan ada kesusahan dan didalam kesusahan ada kesenangan"
Kita mohinnkepada Allah Swt supayankita diberi kekuatan untuk berhadapan dengan masalah, dan diberinya kita jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tadi sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment