Pages

Wednesday, October 30, 2013

Muhasabah

Rakan dan sahabat fb, yang berbahagia, marilah kita rafaqkan kesyukuran kita kehadrat Allah swt. Kerana kita masih berpeluang meneruskan hidup ini walaupun agaknya kita belum pasti apakah setiap amalan yang kita lakukan telah mengikuti piawaian Allah atau sebaliknya.

Istilah jahil atau bodoh selalu kita dengar seperti kata orang, kalau tidak tahu atau tidak boleh menjawab sesuatu dengan tepat atau mengikut kehendak pertanyaan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun dalam perspektif Agama jahil atau bodoh membawa erti yang berlainan.

Jahil atau bodoh adalah bermaksud...... Orang yang melakukan dosa bererti telah melakukan satu kebodohan atau kejahilan sama ada sengaja atau tidak. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW , yang bermaksud: "Setiap dosa yang dilakukan oleh seseorang adalah jihalah ( Kebodohan) HR Ibnu Jarir.

Oleh itu, apabila kita telah terlanjur melakukan kesalahan dan perbuatan dosa, maka bertaubat adalah jalan utama yang perlu di lakukan segera, Nabi saw menegaskan bahawa Allah akan menerima taubat para hambanya selagi sebelum mati, 
Rumusannya
■ Kita perlu bersegera bertaubat tanpa bertangguh
■ Nabi saw, lebih seratus kali istighfar sedangkan dia maksum, kita sebagai manusia biasa maka terlebih patut istighfar lebih seratus
■ Dosa kesalahan dengn Allah mohon ampunan darinya, manakala dosa kepada manusia perlu mohon kemaafan dari manusia juga

Semoga kita terpelihara untuk berterusan melakukan dosa dan kesalahan dan semoga Allah akan melimpahkan keampunannya amin

No comments:

Post a Comment