Pages

Monday, August 5, 2013

Pesan Ayah




Pesan Ayah...

Anak-anak ayah 
Dengar betu-betul pesan ayah 
Lepas ni tak boleh cakap dah 
Apabila kelu mulut dan lidah 

Sekiranya esok ayah pegi 
Jangan le anak ayah tangisi 
Tapi kalau sedih di sanubari 
Itu tanda anak ayah tetap dihati 

Nabi dulupun sedih juga 
Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga 
Tapi jangan nangis lama sangat 
Banyak benda anak ayah kena buat 

Sedih lama sangat ayah tak mahu 
Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu 
Ayah nak jumpa Dia 
Ayah menyahut seruan Nya 

Mula-mula sekali 
Pasal solat sudahlah pasti 
Kena buat setiap hari 
Jangan abaikan walau sekali 

Anak-anak ayah kena janji 
Kena jaga diri sendiri 
Ayah serahkan anak-anak pada Allah 
Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah 

Anak-anak ayah 
Mama tu kena le dijaga 
Waktu susah waktu selesa 
Selama ni dia dah berjaga 
Membesarkan kamu semua 

Kata-kata mama jangan dilawan 
Ayah tak de nak dibuat kawan 
Lagi satu ayah nak pesan 
Mama nak kahwin sila izinkan 

Bila ayah dah pergi 
Ayah dah tak de sapa-sapa 
Kalau anak-anak ayah sudi 
Doa-doakan ayah kat sana 

Kalau anak-anak ayah simpati 
Kirim-kirimlah fatihah 
kalau ayah dekat dihati 
Rajin-rajinlah bersedekah 

Bukannya apa 
Ayah dah tak de apa 
Amal pun tak seberapa 
Dosa yang bertimpa-timpa 

Doa-doakanlah ayah 
Semoga Allah tak marah 
Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah 
Soal jawab diharap mudah 

Anak-anak ayah dah tahu dah 
Ayah nak anak-anak ayah 
Jadi hafiz dan hafizah 
Jangan hampakan harapan ayah 

Nanti bila ayah dah pergi 
Anak-anak ayah jangan kelahi 
Harta dunia ni macam daki 
Semua orang boleh cari 
Yang ada tu pakat le kongsi 

Amalan setiap malam jangan dilupa 
Surah Al Mulk Sejadah selalule baca 
Solat malam diteruskan juga 
Walau terpaksa bersengkang mata 

Al quran dan Sunnah jadi panduan 
Ayah ingatkan sebagai bekalan 
Tinggalan oleh Rasul junjungan 
Buat umat sepanjang zaman 

Kawan-kawan ayah tolong beritahukan 
Orang bawahan orang atasan 
Segala silap tolong maafkan 
Maklum le ayahkan Cuma insan 

Hutang ayah tolong selesaikan 
Guna duit ayah dalam simpanan 
Yang baki tu bahagi2kan 
Untuk yg hidup jadi bekalan 

Ingat le anak-anak ayah nak kata 
Pesan ni mesti dikota 
Hidup jangan bersengketa 
barulah kita tidak derita 

Sekian saja pesanan ini 
Untuk yang hidup dari yang mati 
Ayah ni jangan dilupai 
Lawatlah ayah jengukle sesekali 

Di pusara ayah menanti 
Amal sedikit temani diri 
Wasiat ayah sila turuti 
Supaya hidup bahagialah diri 

p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa.. 

No comments:

Post a Comment