Pages

Friday, February 8, 2013

Semut Terbang



Satu hadis menyebut:

"Apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya." 
Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan-bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.
Apakah "sayap" itu bagi manusia?
Dan apakah "busut" itu di mata manusia?
Bayangan di minda anda ketika membaca Hadis di atas ialah apa? Terfikir apa?
Mengapa berfikir sedemikian?
Apakah semua berfikiran sama?
Sudah tentu tidak.
Setiap orang akan mendapat benda yang lain berdasarkan penghayatan, pemahaman, penyedaran dan pengalaman diri sendiri yang pernah dilalui.
Itulah ilmu. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”
Amalan membaca adalah pintu kepada ilmu.
Senyum

No comments:

Post a Comment