Pages

Saturday, December 22, 2012

Saf Pertama


Wahai anakku,
Bilamana kamu memasuki rumah Allah ( masjid atau surau) segeralah kamu dapatkan saf pertama, kerana mendapatkan saf pertama di dunia jauh lebih mudah bagimu dari memperolihinya di akhirat. Sekiranya kamup tidak memperolihinya, dapatkan saf kedua, sekiranya masih gagal dapatkan saf ketiga begitulah seterusnya.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu melepaskan
peluang keemasan untuk dapatkan saf pertama kerana Rasulullah S.A.W bersabda " kalaulah kamu tahu apa yang ada pada saf pertama, nescaya kamu akan bertungkus lumus bagi mendapatkannya, dan kamu sanggup mengundi sekalipun bagi memperolehinya".

Wahai anakku,
Aku seringkali mengharapkan dengannya aku mendapat saf pertama diakhirat.

Senyum.

No comments:

Post a Comment