Alkisah bunga dandelion….
Seorang pemuda Haziq telah membina sebuah taman bunga kecil di depan rumahnya…
Bunga tumbah dengan mekarnya dan kecantikannya dipuji oleh sesiapa sahaja yang berlalu dengan rumah Haziq. ... Di kalangan bunga yang cantik tersebut, tumbuh juga pokok sampingan seperti dandelion yang tidak disukai Haziq. Haziq memikirkan pelbagai cara untuk menghapuskan dandelion yang tumbuh bersama bunganya... ditanya pekebun sana sini untuk mendapatkan penyelesaian….
Tapi tak jumpa juga. Akhirnya Haziq pergi bertanya dengan pekebun istana yang mengendalikan taman istana yang jauh besar untuk mendapatkan penyelesaian untuk menghapuskan dandelion. Pelbagai cara yang diberikan oleh pekebun istana tersebut kepada Haziq tapi ia tetap tidak berjaya menghapuskan rumpai tersebut…
Akhirnya, Haziq duduk bersama pekebun istana di dalam sebuah surau… mengeluh mengenai kegagalan mereka untuk menghapuskan dandelion yang dianggap mencemari taman kecantikan di rumahnya. Keluhan mereka didengari Ustaz Syahmi …
“Saya ada penyelesaian kepada masalah enta.” Ustaz Syahmi menyerahkan gambar di bawah kepada Haziq. “Cantiknya … apa gambar ini?” tanya Haziq. “Alah ini pun tak tahu.. ini gambar bunga yang ingin dibunuh entalah. Hayati kecantikan dandelion yang dicipta Allah ini yang datang mewarnai taman bunga enta maka masalah enta akan hilang. Mudahkan?” kata
Ustaz Syahmi sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment