Pages
▼
Monday, January 31, 2011
Jangan Sombong Dengan Pangkat Darjat....yang Kou Miliki
Ramai orang yang sombong dengan pangkat, kekayaan, glamour, kelebihan, harta dan sebagainya.jangan kita ada gelaran semua peraturan semua undang-undang tidak perlu lagi kita patuhi ...tidak perlu kita ikuti lagi ...peraturan undang undang hanya yang tidak bergelar datuk / Datin ....maka sesuka hati kita boleh arahkan itu ini ...kita bisa atur itu ini ...kita boleh komplen sesuka hati ......aku tak heran ....
Ingatlah, Barangsiapa yang membuat amalan dengan sombong, Allah akan membuka keaiban dan kekurangan dari amalan tersebut (maksud Hadith Muslim)
Hari ini, kita dipuji oleh orang lain, kita disanjung oleh orang lain, kita di puja oleh orang lain bukan kerana kehebatan kita, Kita dipuji oleh orang lain kerana Allah menutup keaiban kita. Jika Allah membuka keaiban kita, tidak ada lagi kemuliaan di sisi manusia.
oleh itu, jangan sombong dengan apa yang kita ada. Tawadhuklah, kerana orang yang tawadhuk kerana Allah akan diangkat darjatnya di mata manusia (maksud hadith at-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment