Pages

Friday, August 20, 2010

Kematian Adalah Satu Pengajaran dan peringatan bagi yang Hidup

Terkejut Semalam Apabila Cikgu Effat hantar MSJ melalui FB nya mengatakan Ayah Fazlan Meninggal ...macam tak percaya sebab masih muda ayahnya ....namun hakikat kehidupan kematian dtg menjemput tak kira muda atau tua ......Alfatihah .....semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang orang soleh ....kita yang hidup ini ambillah iktibar dari peristiwa tersebut ...harapan semoga Fazlan Tabah menghadapi situasi ini ...hidup perlu diteruskan ...

Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara; iaitu sedekah yang mengalir, atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya, atau anak Muslim soleh yang mendoakan untuknya."


(HR Muslim)
Mesejnya jelas, mati itu pasti, kehidupan dunia ini sementara dan tidak ada sesiapa dapat melarikan diri dari hakikat ini!
Sesungguhnya, hakikat kematian, bukan untuk kita melihat dan memikir-mikirkan si mati. Bukan itu yang sebenarnya. Namun, ia adalah satu peringatan daripadaNya untuk mereka-mereka yang hidup, yakni saya dan anda-anda semua. Begitu juga dengan talqin yang dibacakan. Bukan untuk peringatkan si mati sebenarnya, namun buat kita-kita yang akan menghadapi mati!

Kematian belum menjemput kita, maka apakah kita telah mengambil pengajaran dari kematian-kematian di sekeliling kita? Dan sesungguhnya, mahu atau tidak, kita juga pasti akan menghadapinya, dan kemudian kepadaNya jua kita dikembalikan.
Wahai orang-orang yang hidup, tidakkah engkau melihat dan memikirkan peringatanNya ini?
Kematian, ramai yang meremehkannya

Entah mengapa, saya hairan, pasti semua tahu dan meyakini bahawa diri ini akan menghadapi mati. Benar? Namun hakikat kebanyakan manusia, mereka hidup merasakan dunia ini abadi, kononnya kematian itu tidak akan datang menjemput mereka. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di dada-dada akhbar dan di media massa. Atau tak perlu lihat jauh-jauh, perhati sahaja insan-insan di sekelilingmu. Betapa banyak gejala sosial yang berlaku? Betapa ramai manusia yang mengejar dunia, kemudian soal dosa pahala diredah begitu sahaja? Hubungan manusia diperalatkan untuk kepentingan diri... Harta dan wang ringgit dikejar-dikejar bagai nak gila, sedang solat dan bacaan Al-Quran tunggang-langgang tanpa jagaan..
Ramai bukan?
Maka suka saya membawa beberapa persoalan ini untuk sama-sama kita hayati. Semoga ia dapat memberi kesedaran dalam diri kita. Cuba fikirkan,
1000 tahun dahulu kau ada di sini? Tidak kan?

100 tahun dahulu?
Bagaimana pula 1000 tahun akan datang, kau masih lagi di muka bumi ini?

100 tahun akan datang?
......
Dunia ini terlalu sementara bukan?

Lalu, mengapa masih sering, kita mengingkari hakikat kematian di dalam hati kita. Justeru, mengapa masih sering kita menjalani hidup ini seakan-akan merasa hidup ini abadi?

Mengapa? Mengapa Engkau Di Sini?
Dan yang pelik kita tetap mampu riang gumbira walaupun selepas melihat kawan atau keluarga menerima musibah kematian ......
" Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. "

- Surah Ali Imran (3): 185 -

No comments:

Post a Comment