Pages

Saturday, April 24, 2010

Hujung Minggu Yang Tak Bermaya


Aduh ..letih rasanya akhir akhir ini ...letih dgn macam macam yang rasa perlu dilakukan ,yang perlu dibuat ,tido sikit sahaja duA  tiga hari ..semalam  balik jam 2 pagi ...hantar bebudak yang deman yang muntah yang sakit di Hospital Besar Terengganu ....nasib baik sekolah SBPIBR ada Van ....gasak lah Van sekolah tu ...semalam 18 orang hantar studen yang sakit ..bersama PK1 dan En Fairuz ...hari ini kena stanby budak kena quarantin ...petang ini  tunggu roll cal budak solat jumaat .petang gotong royong asrama ..malam ada slot dgn budak ...aduh ...esok kena ke Lata Belatan jemputan perkhemahan Pengakap ....malam tetap jadi burung hantu ...apa nak jadi nih ..byak kena buat .. takpe lah ..bukan nak cakap kita rajin ...buat sambil cari pengalaman  dan praktikkan kemahiran agar tidak luput ditelan zaman ....jangan terlalu berkira  buatlah utk bebudak ..kalau bukan kita siapa kalau bukan sekarang bila ..cantik ungkapan ini ...

kekadang  hidup dalam masyarakat ini susah jugak ..macam macam tanggapan ,macam macam perasan yang timbul namun  bagi aku aku buat tak kisah je..posotifkan semua yang aku terima ...habis cerita ..buruk baik .cela keji hina kutuk ..buat derk je laaa...dulu aku juga rasa susah nak terima hakikat tanggapan  orang ..namun  banyak kesumbingan langkah yang dilalui mengajar erti sebuah kehidupan  ...so cadangan buat teman teman .....Salah satu cara untuk anda menjadikan hidup anda tenang dan bahagia adalah dengan berfikiran positif.

Dulu, aku pernah juga skeptik dengan motivasi macam ni. Aku tak yakin dengan hanya berfikiran positif boleh menjadikan hari-hari dalam hidup ini jadi lebih tenang dan bahagia.

Tapi sekarang aku mula yakin dan percaya. Aku dah cuba sikit-sikit mempraktikkan berfikir secara positif dan menjadi seorang manusia yang sentiasa positif dan hasilnya memang bagus. Kalau anda tak percaya cubalah. Cubalah sedikit demi sedikit.

Tapi aku rasa masalahnya bukanlah keberkesanannya tetapi lebih kepada perlaksanaannya. Aku jamin menjadi seorang yang positif memang salah satu perkara yang sukar dalam hidup ini. Cubalah anda perhatikan berapa ramai rakan-rakan anda yang benar-benar positif dalam setiap tindakan. Memang tidak ramai.so jgn dihiraukan pada kemucut yang meliar di jalanan ....

No comments:

Post a Comment