Pages

Saturday, October 4, 2008

Mencelah Dimusim Raya 2


Petua Petua Menghadapi Peperiksaan
(Kongsi dari tips-peperiksaan.blogspot.com)
Tatkala menerima kertas soalan peperiksaan lakukan perkara berikut :

Baca Bismilllah
Baca Al-Fatihah sekali dan selawat 3 kali

Berdoa dalam hati dengan ikhlas dan penuh harapan . Pohon ditambah kekuatan di samping kekuatan yang sedia ada

Baca soalan dengan tenang . Fahamkan kehendak soalan dan kata kunci

Jawapan tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang . Tepat dan memadai
Jawapan berbentuk esei , mesti ditulis dalam perenggan-perenggan . Satu perenggan satu idea atau satu isi

Jawapan mesti relevan , yakni berkaitan dengan soalan

Ayat-ayat hendaklah pendek dan betul struktur tatabahasanya

Tulisan hendaklah jelas dan mudah dibaca . Tulisan boleh mempengaruhi mood pemeriksa untuk meneliti jawapan kamu sepenuhnya dan markah yang diberi

Sebelum menulis , susun dulu isi-isi , agar tidak ketinggalan
Data yang sesuai , jika dapat memperjelaskan jawapan , amat perlu . Contohnya tarikh , nama orang , tempat , judul buku atau perangkaan

Di dalam perenggan terakhir , berikan kesimpulan atau ringkasan isi-isi


Ingatlah bahawa kamu tidak boleh memperbodohkan pemeriksa , kerana setiap pemeriksa adalah pakar dalam mata pelajaran masing-masing .

No comments:

Post a Comment