Hari ini bebudak calon PMR mula Trial .....semoga semua cemerlang gemilang dan bertambah maju ke depan ....
Sebut EXAM ...dob dak juga jantung ....
EXAM apa nak dirisaukan!!! ..apa yang nak "distreskan "!!!
Kelmarin yang telah pergi ..hari ini sedang berlangsung,esok kalau dapat bernafas merupakan exam ..setiap saat setiap detik adalah ujian ,exam ..cuma kita saja buat donoooo ..buat tak perasaan...
Kekadang terfikir juga kamek ..kalau kita Gagal Exam Duniawi ...kita akan kecewa,masam,sedih pilu ,"HENG"..hu hu ,sayu dan macam macam blaaaaa lagi.. tapi bila kita kecundang exam Allah, ramai orang,bukan yang sedang baca blok ini(tempat lain )tidak kisah tidak rasa rugi pun ..waalupun kegagalan peringkat 9 GABAN sekalipon ...tak kisah ....buat derkkk jeee
sedangkan semua orang tahu bahawa di akhirat nanti kita akan kekal selamanya ...ada hari pembalasan ada syurga ada neraka ..ada titian sirat ....
A+ kah? B+ kah ? keputusan kita di sana nanti ...yang merisaukan hari graduasi kat akhirat sana slip exam kita gapai dengan tangan kiri !!?....tiada air mata di sana...yang untuk kita alirkan ,tiada suara untuk kita laungkan,yang ada cumalah kepanasan api neraka dan penyesalaan saja .KALAULAH !!!!.nauzubillah ...
so marilah kita sama sama Muhasabah diri kita agar kita mengolah, mengadun Kecemerlangan PMR dan SPM dalamn kecemerlangan exam Allah...semoga kita menjadi insan yang kedua duanya beruntung ...untung dunia dan untung akhirat ...
hakikatnya Setiap kita telah diuji,sedang diuji dan akan uji dalam kehidupan kita.Ada ujian keburukan dan ada ujian kebaikan.Ada ujian kecil dan ada ujian besar,ada ujian sekejap dan ada ujian yang lama.Ujian adalah pasti.
[29:2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[21:35] Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Setiap ujian ada balasan.Balasan juga adalah pasti:
[79:40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [79:41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
[67:2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Jika kita tidak tahu yang kita sedang diuji dengan kebaikan dan kemewahan,bererti kita sedang lalai.
No comments:
Post a Comment