Pages

Monday, September 1, 2008

Hari Pertama Berbuka Puasa

Suasana hari pertama Putera puteri berbuka puasa di Cafe Sainsri.....
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Setiap amal anak Adam itu dilipatgandakan sebanyak sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, dia meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan: Satu kegembiraan ketika dia berbuka dan satu kegembiraan lagi ketika dia bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau harum kasturi.”

(Hadits riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment