Pages

Thursday, August 7, 2008

Taklimat Baitulmal Sarawak &Tabung Haji

Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.

Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.


Al-Quran menyebut kepentingan zakat bersama solat sebanyak 28 kali. Islam memperkenalkan zakat sebagai sesuatu hak yang mesti ditunaikan. Sejarah membuktikan bahawa Abu Bakar memerangi orang yang enggan membayar zakat selepas kewafatan Nabi SAW.

Menurut al-Qaradawi, dalam konsep zakat ini, Islam menetapkan tiga pengawal iaitu iman kerana iman yang dimiliki mendorong seseorang mengeluarkan zakat secara rela. Kedua, jiwa masyarakat yang tidak mempersoalkan tuntutan mengeluarkan zakat dan pengawal ketiga ialah negara yang merangka serta melaksanakan sistem zakat secara berkesan.
Tak Mahu ulas panjang semua orang sudah tahu ..taklimat ini berlangsung dari jam 230 petang sehingga 430 petang di bilik santubung .....

No comments:

Post a Comment