Pages

Sunday, August 24, 2008

Sayu ...Bila mengenangkan mereka ini ......

Buat Puteri SMSM yang Keluar sampai Jam 2.30 pagi





ALAhai Puteri SMSM Buat Hal ..Anak siapa ini ??? Bertuahnya ibu yg mengandung tu .:

"Puteri SMSM

Sebelum aku menulis perkataan-perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Andai apa yang aku tulis menyentuh hati dan perasaan kalian, maafkan aku.



Puteri SMSM:
Kau dijadikan oleh Allah dengan anggota tubuh yang sempurna. Rambut yang bersinar ikal mayang, hidungmu yang mancung, bibirmu yang kemerah-merahan, raut wajahmu yang lembut lagi ayu, anggota badanmu yang tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah Puteri SMSM



Puteri SMSM:
Mengertilah... sebagai tugu pertahanan dalam jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yang ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung. Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dengan perkataan-perkataan yang suci, zikirrullah. Alangkah indahnya jika raut wajahmu yang ayu itu, dibasahi dengan air mata keinsafan... dipancari dengan cahaya nur, dihiasi dengan senyuman ikhlas.. alangkah baiknya..Puteri SMSM.


Puteri SMSM:

Kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yang tersurat dan yang sebenar-benarnya. Ketahuilah gadisku... kecantikan bukanlah segala-galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia. Kerna... semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan sesama manusia hanyalah amal ibadat, bekal ke alam lain selepas mati.


Puteri SMSM :
Mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu. Percayalah, batas-batas yang Allah berikan kepadamu sebagai seorang wanita, ada hikmah yang tersembunyi. Puteri SMSM


Puteri SMSM:
Janganlah kau riak dengan segala kelebihan yang kau miliki. Semua itu hanyalah pinjaman belaka, hanya sementara sahaja...


Puteri SMSM :

Sekali lagi aku memohon maaf. Sesungguhnya hanya sepatutnya diklangan kau , gadis sesama Islam yang layak nasihatkan dan menasihati demi kebaikan kau bersama. Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia. Semoga Allah membuka hati dan pintu keinsafan buat diriku dan diri kalian semua.. Puteri SMSM.

SadauFm.Blogspot.com

No comments:

Post a Comment