Pages

Sunday, July 20, 2008

Jagan samakan Sekolah Berasrma Penuh ..dengan Sekolah Berasrama ...Buat Faham2 la




BERSYUKURLAH

Bersyukurlah
apabila anda
berasa begitu letih ketika bangun pada setiap pagi
kerana itu bermakna
anda diberi peluang oleh Allah
untuk hidup di alam fana ini
sekurang-kurangnya sehari lagi

Bersyukurlah
apabila anda
berasa begitu tertekan
dengan jadual rutin asrama
bangun seawal pagi, mengikuti P&P di sekolah,
prep, stay up demi menyelsaikan kerja rumah
kerana itu bermakna
anda masih bergelar pelajar SBP
anda adalah 1.2% daripada keseluruhan pelajar di negara ini
yang berada di barisan hadapan
sedangkan jutaan pelajar tidak berpeluang
belajar di sekolah berprestij seperti anda

bahkan terdapat 530 juta kanak-kanak/remaja di Asia
tidakpun mengenal erti zaman persekolahan
Panjatkanlah kesyukuran pada Illahi
ketika guru-guru, warden-warden, meleteri anda setiap hari
atau ibu bapa anda memarahi anda pada hujung minggu
setiap kali ketemu dirimu

kerana...itu melambangkan
betapa dirimu masih punya insan yang prihatin
betapa dirimu masih punya insan yang mengambil berat
sedangkan ribuan bayi, kanak-kanak dan remaja
dibuang, dihalau dari rumah, bergelandangan di kaki lima
tanpa siapa peduli, tanpa siapa ambil kisah nasib mereka
Perbanyakkan bersyukur kepada Allah
apabila anda terpaksa menyapu lantai dorm

membersihkan tandas di asrama
mengemas katil dan memastikan PKA cemerlang
kerana itu bererti
anda masih punya tempat berteduh
sedangkan ribuan pelajar terkandas

di negeri Johor, Pahang, Melaka
akibat banjir...hilang sudah tempat berteduh
sebaliknya sekadar berpuas hati tinggal di khemah
atau pusat penempatan mangsa banjir
Kita kekadang terlupa..
!

No comments:

Post a Comment