Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, January 27, 2013

Sahabat




Secawan  kopi, sepotong roti atau sepingan nasi seringkali menjadikan hubungankita  dengan siapapun menjadi akrab dan semakin erat.

Ketika  itu pujian dan sanjungan akan mengalir dari bibirnya. Janji manis pon  meniti di bibir kawan anda !!; engkau teman sejati, persahabatan kita sangat erat dll.


Namun pernahkah anda berpikir, benarkah persahabatan dan kasih sayang yg sejati bertambah erat dengan secawan kopi dan sepinggan  nasi????????!!!!!

Pernah kita terbayang   bagaimanakah cinta sejati dan persahabatan yang tulus?
Kata Syeikh  Yahya bin Mu'adz berikut:

و حقيقة المحبة مالا ينقص بالجفاء، وَ يَزِيد بالبر، وَقَالَ لَيْسَ بصادق من ادعى محبته وَلَمْ يحفظ حدوده

Cinta sejati ialah cinta yg tidak akan luntur atau berkurang hanya karena perilaku kasar dan tidak pula bertambah karena pemberian  tangan. Dan ketahuilah bahwa tidak benar orang yang mengaku mencintai Nabi namun ia tidak menjaga batasan-batasan syariatnya.

MAI KITA CERMINKAN DIRI BERMUHASABAH  benarkah persahabatan antara kita selama ini adalah persahabatan yg sejati, atau hanya sekadar  persahabatan secawan  kopi?

Nikmat



Saudaraku! Nak Tanya skit 



apakah makanan yg paling sedap menurut anda?

Katakanlah KFC , coba sesekali secara berturut2 selama satu bulan 
anda makan makanan paling enak menurut anda !!!
Dan kalau boleh  sehari anda makan sebanyak 3X

Bagaimaan ?1 1apakah rasa makanan tu  pada akhir bulan masih sedap seperti  awal bulan?

Inilah dunia, enaknya hanya sesaat, enaknya pasti membosankan.
Beza dengan nikmat akhirat di surga, kekal abadi, dan tdk ada yg membosankan.
Ya Allah kurniakanlah kiranya kepada  kami nikmat ...di surga-Mu.

Thursday, January 24, 2013

Darjat Kita



Bertapa Lemahnya kita dalam menilai darjat manusia dialam fana ini ...realti kehidupan yang masing masing  lalui  dengan kepura-puraan ini  cukup lemah dalam menilai  martabat  manusia ...kita menilai  manusa  dgn akal yang tebatas ....orang  miskin , orang  kaya ,orang lawa, orang huduh , ,orang kuat , amat jarang  meletakkan Ketaqwaaan sebagai kayu ukur seseorang dalam kehidupan .

Yang miskin pastinya  tiada harga , tiada nilai diri.....tak berilmu , boleh diperlakukan apa sahaja ,dan ada yg sanggup memperbodohkan golongan ini... tida kepentingan golongan ini ...sebaliknya yang kaya raya di muliakan  di agung agungkan dijulang sebab kononya yg kaya inilah yang  berguna dan berjasa....itulah cir cir manusia duniawi....

Alhamdulillah sesungguhnya Allah memandang hambabNya dengan  pakaian takwa...sejauh mana kuatnya nilai takwa  kpd Allah .....itulah manusa yg hebat!!! ..bukan pada pangkat darjat TUN ,TAN , Datuk Seri Datuk datin , Hj ,  bukan juga pada harta benda yg bertimbun .......


Ketinggian Darjat manusia di sisi Allah berdasarkan 1) ILMU 2) IMAN 3) TAKWA 4) AMAL


Kenapa ilmu itu diletakkan nombor 1?

Dalil Naqli#1: ….(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki; dan tiap-tiap yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya  yang lebih mengetahui (Surah Yusof ayat 76)

Dalil Akli: Rasulullah SAW yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran iaitu ilmu yang tertinggi adalah manusia yang paling mulia dan paling dikasihi Allah SWT.

Asas ibadat itu sendiri adalah dengan ilmu. Sekiranya seseorang itu solat tanpa ilmu iaitu tanpa menyempurnakan rukun-rukunnya, solatnya tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT.

Dalil Naqli#2: Maksud hadis Rasulullah SAW “Berfikir sesaat itu lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat”

Berfikir yang macam mana? Berfikir tentang ciptaan Allah dan kebesaran Allah. Juga berfikir tentang hari akhirat. Ini akan menambahkan ilmu dan meningkatkan iman.

Ilmu itu sendiri terbahagi kepada 2 iaitu 1) Ilmu Akli 2) Ilmu Laduni

Ilmu Akli boleh dipelajari dengan menggunakan akal. Ilmu ini boleh didapati oleh semua manusia yang rajin. Cara-cara agar ilmu Akli bertambah seperti berikut:
 
1.       Banyak membaca seperti maksud ayat Al-Quran pertama yang turun iaitu Iqra’ atau 
          maksudnya bacalah.
2.       Banyak mendengar ceramah agama dan juga menghadiri majlis ilmu
3.       Mengamalkan apa yang kita tahu
4.       Mengajar apa yang kita tahu
5.       Bertanya orang yang ahli apa yang kita tak tahu
6.       Mengkaji Sunnatullah Alamiah iaitu hukum alam

Ilmu Laduni pula ialah ilmu yang bersifat seni (Kasyaf) yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang tertentu yang dikasihiNya. 

Dalil Naqli#3: hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Dalil Naqli#4: “Dan kami telah ajarkan kepadanya (Nabi khidhir) dari sisi Kami suatu ilmu (ilmu Laduni)”. (Surah Al Kahfi ayat 65)

Cara mendapatkan ilmu Laduni ialah dengan membersihkan hati. Semakin bersih hati seseorang itu, semakin tinggi tingkatan Kasyafnya.

Kedua-dua ilmu Akli dan Ilmu Laduni itu hebat. Orang kafir dengan hanya menggunakan ilmu Akli dengan cara mengkaji hukum alam boleh menghantar roket ke bulan. Orang Islam sepatutnya lebih hebat dari orang kafir kerana orang Islam memiliki kedua-dua ilmu Akli dan ilmu Laduni.


Daripada ilmulah seseorang itu baru boleh pergi ke tingkat seterusnya iaitu beriman kepada Allah SWT. Bagaimana hendak percaya kepada Allah kalau tak kenal Allah? Sekurang-kurangnya kena tahu 20 sifat yang wajib bagi Allah.


Saya bagi contoh lagi. Di zaman Nabi Musa AS, golongan manakah yang mula-mula beriman kepada dakwah Nabi Musa AS? Ini diterangkan oleh Allah SWT dalam surah TaHa:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. (TaHa 20:70)


Golongan yang mula-mula sekali beriman kepada ajaran Nabi Musa AS ialah golongan ahli sihir Firaun kerana dengan ilmu sihir mereka, mereka mengetahui bahawa tongkat Nabi Musa yang menjadi ular itu bukanlah sihir tetapi adalah mukjizat dari Allah SWT. 


Ini menunjukkan dengan ilmulah seseorang itu akan dapat melihat kebenaran dan di zaman Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada golongan yang berilmu itu terlebih dahulu dari golongan yang lain walaupun ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang salah iaitu ilmu sihir. Apatah lagi jika ilmu yang mereka pelajari itu adalah ilmu yang betul iaitu ilmu agama
Kenapa Iman diletak nombor 2?

Iman itu percara kepada perkara yang ghaib iaitu berdasarkan rukun iman 1) Allah 2) Malaikat 3) Kitab 4) Rasul 5) Hari Kiamat 6) Qada’ dan Qadar

Dalil Naqli#1: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya: "Setelah penduduk syurga masuk ke dalam syurga dan penduduk neraka masuk ke dalam neraka, maka Allah berfirman: Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya) sebesar biji sawi!"

Ini menunjukkan iman itu dipandang tinggi oleh Allah, walau hanya sebesar biji sawi melayakkan seseorang itu masuk syurga setelah dibersihkan dosanya dengan api neraka.


kenapa takwa nombor 3?

Takwa itu bermaksud takut kepada Allah. Setelah adanya Iman iaitu kepercayaan kepada Allah dan perkara-perkara yang ghaib barulah kita boleh mendidik hati kita untuk takut kepada Allah. Apabila hati kita takut kepada Allah, barulah kita akan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Dalil Naqli:
Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)

Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslim yang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah.

Dalil Akli: 

Hanya orang yang takut dengan Allah dan percaya bahawa seluruh amalannya samaada baik atau buruk akan dihisab pada hari akhirat kelak akan menjadi seorang yang sangat baik.

Akhir sekali amal.

Amal itu apabila kita melakukan kebaikan dan beribadat semata-mata untuk mengharapkan keredhaanNya. Yang paling utama ialah rukun Islam itu sendiri iaitu 1) mengucap dua kalimah syahadah 2)solat 5 waktu 3) berpuasa bulan Ramadhan 4) mengeluarkan zakat 5) menunaikan haji di Mekah jika mampu

Dalil Naqli:  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang alim (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Dalil Aqli: Ada orang di dunia ini yang beribadat dengan banyak tapi muflis di akhirat kelak kerana 1) tidak ikhlas beribadat kerana Allah 2) pahalanya terpaksa digunakan untuk membayar dosanya kepada orang lain. 3) amalannya tidak diterima oleh Allah kerana sebab-sebab tertentu (akidah tidak betul, amalan yang tidak mengikut sunnah, amalan tanpa ilmu dsb)

Betulkah Kita Sayangkan Rasulullah ?????

Aku hanya tolong Tanya ...........

"Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak dibawa untuk dimakan dan air juga tidak dibawa untuk diminum. Gelaran Dato, tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia kita melawan baginda?"




Kita selalu cakap, yg kita cinta akan Nabi, kita cakap kita sayang akan Rasulullah. Kita siap post dlm status FB lg, yg kita saaaayang sangat2 kat Baginda Nabi Muhammad SAW. Tapi, cukupkah sayang kita hanya dengan kata2? Cukupkah cinta kita kepada kekasih Allah hanya dengan tulisan kita? Cuba kita pikir balik.. LOGIK ke tak? Kalau kita sayang kat kekasih kita, pasti kita akan buat apa yg kekasih kita suruh. Kalau Idola kita berpakaian itu style mereka, tanpa segan pilu kita jugak akan terikut dgan gaya Idola kita. 

Disini, kita kata kita sayang akan Nabi kita. Tapi kita ikut tak apa yg Nabi kita buat..? Kita buat tak apa yg Nabi kita buat? Kita tahu tak apa yg Nabi kita buat? Kita tahu tak apa yg Nabi kita pakai, minum, makan, dan cara kehidupan seharian Nabi kita..?

Cuba kita chek balik amalan kita seharian. Kita baca tak doa makan sebelum kita makan? Kita baca tak doa tidur sebelum kita tidur? Benda simple je, ada kita buat tak? 

Kita chek dlm keluarga kita, berapa org yg dpat amal sunnah simple macam ni? 

Mcam mana kita boleh kata kita sayangkan Nabi kita. Sedangkan benda simple mcam ni pun kita tak mampu buat. Jadi, bolehkan kita jumpa dgan Nabi di akhirat kelak..? 

Aku tanya untuk Aku dan mereka yang sedang menelaah  dan mengeja di blog ini ....

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidulrrasul




Bismillahirrahmanirrahim..


Salam Maulidurrasul. Moga hari yang penuh barakah ini lebih baik dari hari2 sebelumnya. Sama2 kita manfaatkan 12 Rabi'ul Awal ini untuk mengingati pengorbanan dan pahit getir perjuangan Nabi Muhammad agar kita hari ini dapat hidup dalam nikmat iman dan islam.

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 "Sesiapa yang berselawat ke atasmu (Nabi Muhammad) dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10x selawat". Memetik pesanan dari Syeikh Usamah As Sayyid Al Azhari tentang bagaimana untuk jadikan nabi Muhammad sentiasa di depan mata kita:
  • sentiasa membaca kalam Rasulullah (hadis Baginda) dan sirah hidup baginda sebagai rutin harian
  • sentiasa bersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah memberi kesan di hati
  • penuhi hati dengan rasa hormat dan cinta terhadap Rasulullah
  • hilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu kibr (sombong) hingga kita serahkan diri kita pada Allah dengan taqwa yang sebenarnya (lakukan ketaatan dan tinggalkan maksiat).
Sesungguhnya, salafus soleh dahulu sentiasa berdoa: " Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, ampuni nafas-nafasku yang tak rindu padaMu dan pada kekasihMu di masa lalu". Demikian keadaan mereka yang sentiasa memastikan setiap saat kehidupan diisi untuk mengingati Allah dan kekasihNya Rasulullah s.a.w seperti mana pesanan oleh Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,
Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,
Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah, jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi

3 cara cinta Nabi:
1) banyakkan selawat.
2) dalami sirah hidup baginda.


............................ MULUT KATA CINTA, HAKIKATNYA BAGAIMANA? ..........................

salam ingatan buat semua sahabat , anak didik , kenalan ,kawan atau lawan ,di Bumi SMSM/BRAiNS 
dan semua yang membaca ...

Sahutlah Panggilan


Wahai anakku,
Apabila kamu mendengar seseorang yang kamu sayangi memanggilmu, tentu kamu akan segera mendatanginya dengan penuh kasih sayang, cinta dan gembira.
Tetapi apabila Allah memanggilmu (Azan), bagaimana perasaanmu, apakah engkau segera datang atau engkau tidak mempedulinya. Lalu kamu kata kamu mencintai Allah, kamu sebenarnya pembohong.

 Wahai anakku,
Aku sayang kepadamu, kerana itu aku minta engkau jangan abaikan panggilan Tuhanmu, walau apa tugasmu sekalipun. Segeralah sahut panggilan-Nya kerana seruan itu akan lenyap dari pendengaranmu bilamana telingamu sudah tidak mendengar lagi, matamu sudah tidak dapat melihat lagi dan denyutan jantungmu telah terhenti.

Kesihatan dan Wang


 RAMAI Manusia  terpaksa mengorbankan  kesihatan  demi mencari  wang .....
Namun  akan ada pula manusia yang mengorbankan  wang  demi kesihantan ....
demikianlah  berharganya  kesihantan Anugerah Allah  SWT..........




Sakit



Seorang pesakit mesti memakan ubat mengikut apa yang diarahkan oleh doktor, walaupun sekali dua kali ia makan, mungkin sakitnya hanya hilang seketika sahaja, ia perlu terus sabar memakan ubat tersebut sehinggalah ia sembuh. Jangan kerana ia ingin segera sembuh, lalu ia menelan semua ubat tersebut sekaligus, tentulah mendatang mudarat baginya. Demikianlah Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan keperluannya, andainya Allah menurunkan semua rezekinya, nescaya matilah manusia dengan rezeki tersebut. Sebagaimana matinya pesakit yang menelan kesemua ubat sekaligus.

Saturday, January 19, 2013

Apa yang kita mahu di dalam hidup?


Apa yang kita mahu di dalam hidup?

Mungkin banyak jawapan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercita-cita. Rumah besar, kereta besar, isteri cantik, pakaian lawa, suami penyayang, harta banyak, peperiksaan cemerlang dan sebagainya.

Tetapi apabila kita duduk sebentar, berfikir dan meneliti kembali, kita akan melihat betapa keinginan-keinginan tadi hanyalah satu ilusi yang mengabui keinginan sebenar dalam diri kita.

Kita inginkan satu perkara bernama kebahagiaan. Mungkin kita akan namakan kebahagiaan ini dengan banyak nama lain seperti ‘selamat’, ‘puas’ dan sebagainya. Tetapi ia akan kembali menjurus kepada satu perkara bernama kebahagiaan.

Kita ingin bahagia sebenarnya.

Cuba lihat semula kehidupan kita. Apakah kata-kata kami ini benar, atau palsu semata?



Lompong yang tidak terisi

Terasa di dalam kehidupan kita akan kewujudan satu lompong. Tetapi kita tidak tahu hendak mengisinya bagaimana. Kita tidak pasti hendak mengisinya dengan apa.

Lantas kehidupan kita mengejar sesuatu tiada henti. Kita buat itu ini tanpa pasti.

Kita ingin mengisi lompong itu. Tetapi segala apa yang kita kejari, itu semua tidak mampu mengisi kekosongan itu. Rumah besar, selepas mendapat rumah besar kita rasa sepi. Apa lagi selepas ini? Kereta mewah, selepas kita mendapat kereta mewah kita rasa sunyi. Apa lagi selepas ini? Isteri cantik, suami penyayang, selepas beberapa waktu dan melalui mehnah dan tribulasi, kita akan merasa sendiri. Apa lagi selepas ini? Selepas berjaya di dalam peperiksaan, masuk ke alam pekerjaan, kita akan merasa kekosongan di dalam diri. Apa lagi selepas ini?

Dan hidup dirasakan tidak bermatlamat. Kosong tanpa arah tujuan. Yang kita ada hanya tujuan-tujuan kecil. Selepas satu tujuan kita melompat ke tujuan lain untuk mengharapkan penerusan. Tetapi sampai satu waktu, kita akan terhenti dan bertanya kepada diri: “Apa aku lakukan sebenarnya? Apa aku mahu kejar?”

Kerana kita belum bertemu dengan apa yang dinamakan ‘bahagia’.



Matlamat besar dan kepuasan dalam beramal

Untuk manusia yang beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan, yakni para penumpang bahtera ini, lompong kosong yang terwujud itu, terisi bagi kami.

Setiap kerja kami ada matlamatnya. Hatta tidur kami punya matlamatnya. Hal ini kerana semua perkara adalah ibadah selagi mana ia berdiri di dalam lingkungan syara’ dan dilakukan dengan ikhlas. Maka seorang yang mengaku dirinya mukmin sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh kerana dia sepatutnya yakin betapa pekerjaannya itu adalah ibadah kepada Allah SWT.

Seorang mukmin akan belajar bersungguh-sungguh kerana Kami yakin betapa pelajarannya itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Begitulah Mukmin. Begitulah kami, penumpang bahtera keimanan ini.

Bahkan, seorang mukmin meyakini betapa matlamat besar wujud di dalam kehidupannya. Yakni akhirat yang merupakan kampung kepada sekalian manusia nanti.


Memahami hal ini, seorang mukmin mempunyai matlamat dalam segenap kejayaannya. Kami bekerja bukan untuk manusia. Tetapi untuk menyelamatkan diri kami daripada azab api neraka. Kami adalah yang mengumpulkan sahamnya di dunia, bagi menguntungkannya di akhirat kelak.

Sebab itu sebagai seorang mukmin, kami tidak pernah bosan melakukan kebaikan, sentiasa berusaha menjalin silaturrahim, dan sentiasa berusaha berkasih sayang dengan semua insan tanpa mengharapkan balasan balas daripada mereka. Hal ini kerana, sebagai seorang mukmin kami amat memahami, segala apa yang kami lakukan adalah untuk Allah SWT, dan untuk menjamin kebahagiaan kami di akhirat.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” Surah Al-Baqarah ayat 265.

Mengisi kehidupan dengan cara yang sebegini, akan menimbulkan satu perkara di dalam hati insani, yang bernama ‘Kebahagiaan’.

“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” Surah Ar-Ra’d ayat 29.

Dan kebahagiaan inilah yang menghasilkan rasa ‘selamat’, ‘tenang’, ‘tenteram’, ‘puas’ dan sebagainya. Memenuhi lompong kosong yang ada di dalam jiwa manusia.

Kerana itu kami, penumpang bahtera sentiasa bahagia.



Penutup: Kembali kepada Allah, itulah jalannya

Tiadalah Allah ini menurunkan Islam kepada manusia, selain Dia mengetahui betapa manusia memerlukan Islam itu sendiri. Sebagaimana Allah memahami betapa manusia memerlukan manusia juga untuk mengajar mereka agar mereka lebih mudah memahami, begitulah juga Allah menurunkan Islam kerana Allah mengetahui betapa manusia sangat memerlukan sistem hidup ini untuk menjamin kesejahteraan kehidupan mereka.


Kami penumpang bahtera meyakini bahawa jalan mencari bahagia hanya satu. Kembali kepada Allah, dengan pengembalian yang sebenar-benarnya. Kembali memahami matlamat kehidupan manusia di dunia, dan ke mana manusia akan dikembalikan akhirnya. Ini akan menyebabkan setiap perkara yang dilakukan oleh manusia itu bermakna.

Jika anda mengkaji apa yang telah Islam sediakan ini, dengan jalan mencari kebahagiaan yang lain, anda akan melihat betapa Islam mengajak anda mencari kebahagiaan dengan menyeimbangkan kedua-dua aspek: Duniawi mahupun ukhrawi. Dan tiadalah kebahagiaan tertinggi, melainkan kita mencapai kedua-duanya sekali.

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” Surah Al-Qasas ayat 77.

Dan ini hanya mampu dicapai, sekiranya manusia kembali duduk dan berfikir dengan teliti.

Tiadalah orang-orang yang bahagia, melainkan mereka yang menyerah diri.

Maka apa yang kalian tunggukan lagi?

Naiklah bersama kami ke atas bahtera ini.

Bahtera keimanan, yang menuju kepada Allah SWT, redhaNya dan syurgaNya.

Mari Menjadi Hamba!

Saturday, January 12, 2013

Dunia



Wahai Anakku

Janganlah kamu berebut dunia yang sedikit dan kamu abaikan nikmat akhirat yang banyak. Janganlah kamu tamak dengan dunia yang kamu akan tinggalkan. Sedangkan kamu tidak berusaha untuk akhirat yang kekal abadi. Buanglah sifat mazmumah dalam dirimu dan gantilah ia dengan sifat mahmudah.

Friday, January 11, 2013

ingatlah





Wahai anakku,
Berpegang teguhlah kam dengan apa yang nayatakan Allah dalam Al Quran, walaupun kamu tidak disenangi dengan pendirian kamu itu, nescaya Allah akan memeliharamu dari kebatilan. Mungkin ada manusia membencimu, tetapi itu lebih mudah bagimu dari berhadapan dengan kebencian Tuhanmu. 

Sahai anakku,
Kalaulah akal manusia mampu memandu perjalanan hidup dan menyelesaikan masalah m
anusia, maka tidak perlulah bagi Allah menurunkan Al Quran, dan mengutuskan para rasul. Allah menurunkan untuk mengajar apa yang manusia tidak ketahui.

Wahai anakku, 
Bilamana manusia merasa akalnya lebih hebat dari wahyu, itu adalah langkah ke arah kesesatan. Janganlah kamu merasa hebatnya pandangan yang bertentangan dengan wahyu, walau ia kelihatan begitu sekalipun. Kerana itu hanya bersifat semenatara. Hebatnya cahaya bulan hanya sementara matahari belum terbit. Bilamana terbit matahari hilanglah cahayanya. Demikian hebatnya pandangan akal, sementara tidak bertentangan dengan wahyu, bilamana zahir kebenaran wahyu, hilanglah hebatnya akal.

Wahai anakku,
Janganlah kamu teruja dengan sanjungan ribuan manusia kepadamu, seandainya Allah langsung tidak memandangmu. Kerana sanjungan manusia akan lenyap dengan satu kesalahanmu. Di waktu lenyapnya sanjungan manusia kerana kesalahanmu, Allah masih membuka pintu taubat kepadamu.
Kerana itu wahai anakku, janganlah kamu tenggelam dalam sanjungan makhluk kerana merasa hebatnya kamu. Tetapi biarlah kamu tenggelam dalam kasihsayang Tuhanmu walaupun diketika kamu hanya bersendirian.

Wahai anakku,
Ada orang yang hebat disanjung di bumi, namun ia tidak dikenali oleh Malaikat dilangit. Ada orang yang langsung tidak dikenali di bumi, tetapi semua malaikat mengenalinya. Lantaran itu jadilah kamu orang yang dikenali di bumi dengan ketaatanmu, agar kamu terus dikenali oleh para malaikat Allah. Dan jangan sesekali kamu tidak dikenali oleh manusia di bumi, dan tidak dipeduli oleh Malaikat di langit. 

Wahai anakku,
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihanmu bukan untuk engkau sombong dengannya dan menghina orang yang kurang darimu. Namun janganlah engkau dukacita di atas kekuranganmu, kerana Allah tidak menghinamu kerana kekurangan itu.

Wahai anakku,
Orang yang buta matanya akan jadi hebat bilamana mata hatinya celik. Orang yang pekak telinganya, akan jadi hebat bilamana ia boleh tunduk kepada wahyu Tuhannya. Kerana itu kenalilah apakah kelebihan yang Allah kurniakan kepadamu, agar kamu boleh gunakannya kepada keredhaan Tuhanmu. Kenalilah apa pula kelemahanmu, agar musuh tidak mengambil kesempatan dari kel
emahan itu.