Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, October 31, 2012

Kuasai Perasan Kita

HIDUP ini pendek sahaja.... Tahukah manusia apa yang tidak boleh ditewaskan? ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ........................ .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... ..................... .................... .................... Mereka yang tidak mengerti putus asa.

Asalkan kita kekal cekal, tabah dan rajin berusaha terhadap sesuatu tanpa berputus asa, tiada halangan yang kita tidak boleh ditempohi. Ingatlah apa-apa keputusan yang kita ambil, tentu ada pengkritik yang menyatakan bahawa kita salah.

Selalu akan timbul masalah di mana ada yang menggoda kita untuk mempercayai bahawa pengkritik kita adalah betul. Untuk menetapkan satu matlamat dan mengikutnya secara tabah dan cekal sehingga akhir memerlukan satu keberanian yang luar biasa. Adakah anda salah seorangnya?

SPM

Lambaian Kecemerlangan buat semua Putra Putri BRaInS Kuala Terengganu dan SAINSri Sarawak ..semoga SPM yang bakal di lalui membuahkan Kejayaan Yang Cemerlang, buat Yang terbaik ....

Kita Penentu

Reaksi kita yang menjadikan sesuatu itu menjadi santai, serious, besar ataupun kecil. Keperibadiaan seseorang terserlah bukan ketika masa dia gembira, tapi ketika dia marah. Kehebatan seseorang terserlah bukan ketika masa dia senang, tapi ketika dia mengharungi kesusahan. Ketinggian akhlak berjemaah terserlah bukan ketika air tenang, tapi ketika air berkocak kencang. Kemuliaan akhlak seseorang...terserlah bukan tatkala hubungan silaturahim baik, tapi ketika silaturahim tegang. Tanya diri kita, adakah reaksi kita, membawa lebih banyak masalah atau adalah satu jenis penyelesaian kepada masalah yang ada?

senyun ....senyummm

Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain... nescaya hidup kita akan ceria! Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira. Jabir ra berkata, "aku melihat Rasulullah sentiasa tersenyum."

Orang Yang Cerdik adalah

Abdullah Ibn Umar meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Aku bersama dengan Rasulullah, kemudiannya datanglah kepadanya seorang lelaki dari kalangan al-Ansar dan memberi salam ke atas Nabi SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah, siapakah ...mukmin yang terbaik? Nabi menjawab: “Mereka yang terbagus akhlaknya.” Dia bertanya lagi, “Maka siapakah mukmin yang paling cerdik?” Nabi menjawab: “mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Itulah orang yang paling cerdik.” (Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar al-Fikr, Beirut, jil. 2, hlm. 1423, No. hadith: 4259)

Monday, October 29, 2012

mengembirakan orang lain

Alkisah dua orang pesakit Dua pesakit, yang sakit kronik duduk di dalam bilik hospital yang sama bertingkap satu. Setiap mereka hanya dibenarkan untuk duduk tegak sejam sehari pada waktu tengahari untuk jururawat membersihkan katil. Selain itu, dua lelaki itu hanya terlantar sepanjang hari. Daud dan Din bercakap tanpa henti setiap hari. Mereka berbicara mengenai isteri, keluarga, rumah, kerja da...n tempat di mana pernah pergi bercuti. Setiap tengahari, Daud yang katilnya bersebelahan dengan tingkap akan melihat ke luar dan memberitahu Din apa yang dia lihat di luar tingkap. Perkara ini berulang sehingga Din sentiasa menanti-nanti waktu tengahari untuk Daud bercerita bagaimana keadaan di luar tingkap. Daud memberitahunya pemandangan di luar tingkap agak cantik – ada tasik dan itik dan angsa sedang berenang dan kanak-kanak melepaskan bot kertas buatan mereka. Daud juga memberitahu ramai juga yang berkelah di tepi tasik, duduk di bawah pokok bersama keluarga dan orang tercinta… Daripada tingkap tersebut, juga kelihatan bangunan pencakar langkit secara jauh. Daud menceritakan segalanya dengan penuh terperinci sehingga Din menutup mata membayangkan keadaan di luar sana sebagaimana yang digambarkan Daud. Pada satu waktu tengahari yang panas, Daud menceritakan ada satu pesta di tepi tasik… walaupun Din tidak dapat mendengarnya, tapi cerita Daud yang penuh terperinci memberikan Din satu gambaran bagaimana pesta tersebut berlangsung. Waktu malam tersebut, Daud memberitahu Din… “Selama hidup ana ini, ana mengejar segala benda – duit, kereta, nama – kerana merasakan itu akan membawa kegembiraan pada ana. Ana ingat menjadi kaya akan gembira – ana berpakaian seperti orang kaya pulang ke kampung – saudara-mara bersenyum dan juga cemburu pada masa yang sama. Mereka tidak merasai kegembiraan ego saya. Ana membeli rumah besar dan menjemput semua rakan dan keluarga untuk house warming untuk tunjukkan rumah besar ana – ana ingatkan itu kegembiraan membuat orang cemburu dan iri hati pada kejayaan saya. Ana tak pernah memikirkan untuk mengembirakan orang, tapi ana hanya ingin menggembirakan diri sendiri… Masa ana sakit ini, baru ana sedar cincin besar ana tidak membawa kegembiraan seperti yang diharapkan. Ana baru sedar kereta Mercedes di rumah ana tidak membawa kegembiraan yang ana harapkan. Ana baru tersedar rumah besar hanyalah rumah besar yang tidak membawa makna dan kegembiraan pada ana. Ana baru sedar hidup sebenarnya mudah – ana tak perlu mengejar benda-benda permainan manusia, ana hanya perlukan seorang kawan. Ana hanya perlukan keluarga yang ribut hujan mahu panas dapat bergembira bersama. Ana baru faham, menggembirakan orang lain adalah kegembiraan yang sebenar. Jika ana boleh hidup semula, ana akan luangkan lebih banyak masa pada keluarga dan orang-orang penting – ana akan gembirakan mereka daripada diri sendiri… Dah nak mati baru ana tersedar…. Alangkah baiknya, kalau manusia boleh belajar bagaimana untuk hidup sebelum mereka belajar tentang mati…” Daud diam seketika… Din tidak mengejutnya dan membiarkan dia tidur… Besok pagi, bila Din bangun, jururawat sedang membersihkan badan Daud yang tidak lagi bergerak. Daud sudah meninggal… Setelah segalanya selesai, Din meminta jururawat untuk memindahkannya ke tepi tingkap. Jururawat dengan sukarela memindahkan Din. Din bangun dalam keadaan sakit untuk melihat di luar tingkap yang arwah sering menceritakan keadaannya kepada dia… Tiada tasik, tiada pemandangan yang disebut-sebut arwah, yang ada hanyalah satu tembok kosong. Bila jururawat sampai, Din bertanyakan kepada jururawat – mengapa arwah boleh bercerita dengan penuh terperinci perkara-perkara menarik yang berlaku di luar tingkap setiap tengahari padanya. “Arwah dah buta lama ketika penyakitnya menjadi kronik. Rasanya arwah ingin memberikan semangat pada pakcik,” kata jururawat tersebut… Ingatlah, berkorban untuk orang lain, berkhidmat untuk meletakkan senyuman di muka setiap orang tersayang adalah kegembiraan sebenar. Maaf panjang. Harap bermanfaat.

Sunday, October 28, 2012

Ingat Pada Yang Di bawah

Ada ramai nak muncul sebagai 'buah' dan 'rimbun' tanpa pernah merasai hidup sebagai 'akar'. Golongan yang suka menjadi buah, rimbun adalah kerana tatkala mereka layu, buah kualiti teruk atau sakit tidak berbuah - orang ramai akan sedar -- kalau mereka menjadi akar, akar reput, dimakan semut tapi masih cekal mencari air untuk pokok, usaha mereka tidak disedari. Mereka terlupa bahawa satu-...satu pokok bermula daripada buah yang jatuh ke lantai, menjadi akar dahulu sebelum ada daun, rimbun dan berbuah semula. Sekiranya semua berusaha menjadi akar yang kuat, percayalah pokok akan berimbun dan berbuah lebat. Menjadi akar seronok juga, kita bergerak sukarela, suka hati, dalam keadaan teduh dan luas kawasan untuk kita terokai asalkan kita cekal dan kekal rajin untuk pokok berkembang subur dan disanjungi ramai, dan membawa rahmat dengan membekalkan buah-buah berkualiti. Allah akan tentukan siapa yang menjadi taugeh, di mana buahnya yang menjadi akar dinaikkan ke atas menjadi daun apabila besar nanti. yang duduk di atas selalulah ingat dan berterima kasih pada akar yg membantu berusaha keras di tanah keras

Friday, October 26, 2012

Salam Edul Adha

Kegembiraan adalah tahap di mana kita tiada lagi kemahuan selain ingin memberi. Akar di bawah tanah tidak pernah meminta ganjaran untuk usaha membuat dahan berbuah lebat. Ringkas untuk renungan sempena sambutan Hari Raya Idil Adha. salam Laibaikallah.....buat semua warga Brains , sainsRi .. dan rakan rakan teman sahabat handai dan semua yang menganali ..khusunya ...bacth BMW slam ingatan .......dunia hanya kecil sahaja ....

Sunday, October 21, 2012

Nak Tunggu Sampai Bila

Kongsi Kupasan Di Buku ini Ibrahim bin Adham pernah ditanya: "apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan? sedangkan Allah telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankanNya? Ibrahim bin Adham menjawab : "sebab hati kamu telah mati" "Apa yang telah menjadikan hati kami mati?" tanya mereka lagi. Ibrahim bin Adham menjawab: "kerana 8 perkara" 1. kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakannya. 2. kamu baca Al - quran tetapi tidak mengamalkan isinya. 3. kamu katakan cinta Rasulullah SAW tetapi tidak mengamalkan sunnahnya. 4. kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersedia menuju ke kubur 5. Allah mengatakan syaitan itu musush kamu, hendaklah kamu jadikan sebagai musuh, tetapi kamu masih berbuat maksiat dengannya. 6. kamu katakan kamu takut api neraka tetapi kamu campakkan diri kedalamnya 7. kamu katakan kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk memasuki kedalamnya. 8. kamu bangkit daripada tempat tidur lalu kamu sembunyikan aib - aib kamu sedangkan aib - aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu. dan satu lagi kata - kata Ibrahim Adham yang menyentuh jiwa... “Saya melihat kubur yang akan saya tinggal kelak, dan ia sangat mengerikan, sedangkan saya belum mendapatkan penawar yang cukup. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekalan untuknya. Saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk bertanggungjawab atas segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia," Inilah kata - kata Ibrahim Bin Adham ketika menjawab soalan seseorang yang melihatnya tiba - tiba menangis walaupun tiada apa berlaku. SubhanAllah, terasa kerdil diri ini dihadapan Allah. Bagaimana pula diri yang penuh dosa ini. T_T

Gomo Kelate Gomo

Sejuta Tahniah Pasukan kelantan Cayalah TRW

Saturday, October 20, 2012

La Tahzan

berkongsi sebuah perkongsian yang diambil daripada buku la tahzan tulisan Dr Aidh Al Qarni. Diriwayatkan bahawa Ahmad bin Hanbal Rahimullahu pernah mengunjungi Baqi' bin Mukhallad yang sedang terbaring sakit lalu beliau menyapa Baqi', "Wahai Abu Abdur Rahman, bergembiralah dengan ganjaran yang Allah s.w.t janjikan, baik pada hari-hari sihat ketika tidak ada rasa sakit di dalamnya mahupun pada hari-hari sakit ketika tidak ada lagi kesihatan di dalamnya...". Maksudnya, pada saat merasakan sihat tidak pernah terlintas di dalam benak manusia akan adanya masa sakit. Ini menyebabkan semangat manusia semakin kuat, harapannya semakin banyak, keinginan yang ingin dicapai makin tinggi. Sebaliknya, pada saat merasakan sakit, tidak pernah terlintas akan menjadi sihat. Inilah yang menyebabkan jiwa dilitupi harapan yang tidak berdaya, semangat yang melemah dan keputus-asaan. Perkataan Imam Ahmad bin Hanbal ini berdasarkan pada firman Allah s.w.t di Al-Quran dari surah Hud ayat 9 hingga 11 yang bermaksud; "Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, nescaya dia akan berkata: 'Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku', sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga. Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar." Al-Hafizh Ibnu Katsir Rahimahumullah berkata di dalam tafsirnya: "Allah s.w.t Yang Maha Tinggi memberitahu kepada kita tentang manusia dan sifat-sifat tercela yang ada dalam diri mereka, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Allah s.w.t, iaitu para hamba-Nya yang beriman. Manusia, apabila ditimpa suatu kesusahan setelah adanya limpahan nikmat, maka mereka akan segera menjadi putus asa dan patah semangat untuk mencapai kebaikan di masa hadapan. Pada saat yang sama, mereka juga mengingkari terhadap semua nikmat yang telah dianugerahi di masa lalu, seakan-akan mereka belum pernah merasakan nikmat dan seakan-akan tidak pernah mengharapkan jalan keluar." Demikian pula halnya, ketika mereka mendapat limpahan nikmat setelah ditimpa kesusahan seperti firman Allah di dalam surah Hud ayat 10 yang bermaksud: "...telah hilang bencana-bencana itu dariku...." Ertinya, dia tidak akan ada lagi kesusahan dan keburukan yang akan menimpanya lagi. Di dalam surah Hud juga ayat 70 yang bermaksud: "...sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga." Ayat ini menjelaskan bahawa mereka bangga dengan apa yang mereka miliki, bersikap sombong dan selalu membanggakan diri kepada orang lain. Firman Allah lagi di dalam surah Hud ayat 11 yang bermaksud: "Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal-amal soleh mereka itu beroleh keampunan dan pahala yang besar." PENGAJARANNYA; 1. Percayalah dan ingatilah pesanan dan ingatan oleh Allah dan Rasul-Nya berkenaan kehidupan kita. Akan datang 5 sebelum 5. 2. Syukurilah setiap perkara yang didatangkan kepada kita oleh Allah s.w.t kerana setiap perkara itu pasti ada hikmahnya yang patut kita teladani dan perhalusi. 3. Jadilah orang-orang yang sabar terhadap ujian-ujian Allah kerana setiap perkara yang dijadikan pasti terdapat tuntutan kita kepada Allah s.w.t seperti berlakunya kemiskinan mahupun kekayaan. 4. Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Asr yang mengisahkan 4 ciri manusia yang tidak akan rugi iaitu, (1) orang yang beriman, (2) beramal soleh, (3) berpesan-pesan kepada yang benar dan (4) berpesan-pesan kepada kesabaran.

Friday, October 19, 2012

Bahagia & Derita

Suka bila bahagia dan derita bila ada duka Itulah hakikatnya kita sebagai manusia, kita akan suka pada sesuatu perkara bila sesuatu perkara itu berguna bagi kita, memberi manfaat kepada kita. tetapi kita akan mudah sahaja menukarkan perasaan suka itu kepada tidak suka apabila perkara tersebut tiba - tiba tidak lagi memberi manfaat kepada kita, malah seolah memberi bencana pula kepada kita. Mungkin kita lupa bahawa setiap perkara itu ada baik dan buruknya. contohnya, matahari. sinarnya ada yang begitu menantikannya dan ada pula yang begitu tidak menyukainya. Begitulah kehidupan kita ini. ada saatnya, kita rasa bahagia sangat, bahagia sebahagianya lah, gembira bagai dunia kita yang punya, lihat langit nampak bulan tersenyum, lihat pokok nampak rantingnya melambai mesra. Namun, bila kehidupan memberikan kita dugaan dan bencana. lihat gunung, bagai ada lava yang mahu dilepaskannya, lihat laut bagai ada tsunami yang akan menjelma. segala - galanya tidak kena. jiwa pun merana. batin meraung terseksa bagaikan bencana ini tiada akhirnya. Wahai hamba Allah, kebencian itu lahir dari rasa kekecewaan dan rasa kekecewaan itu lahir daripada ketidak puashatian yang lahir dalam jiwa akibat tidak menerima suatu ketentuan. atau lebih mudahnya, rasa kecewa akan lahir apabila kita cuba menolak takdir yang telah diatur Allah kepada kita. Kita manusia dan kita selalu lupa. Hidup kita hanya pinjaman dan kehidupan kita ini ada yang mengaturnya. mari kita soal diri kita agar tidak lupa. Siapakah yang menetapkan api itu panas dan ais itu sejuk? Siapakah yang mengaturkan air laut itu ada pasang dan surutnya?Siapakah yang mengaturkan bumi dikelilingi bulan mengikut orbitnya? siapakah yang mengaturkan ikan hidup dalam air? siapakah memilih kita daripada berjuta-juta dalam sekumpulan sperma untuk membentuk seorang manusia? siapakah yang mengaturkan kehidupan ini.? pasti akal kita akan memberi jawapan Allah. Ya, tiada yang mengatur alam ini kecuali Allah. Ingat. kita hanya meminjam. Jika kita meminjam suatu barang, lalu tuan pemilik barang itu mahu mengambil semula barang itu, adakah patut kita memprotes tindakannya? adakah patut kita marah atas tindak tanduknya? pasti tidak patut bukan. Ya, itulah konsep manusia terhadap Allah. ketika Allah menjadikan kehidupan ini begitu indah kepada kita, bersyukurlah padaNya dan ucaplah Alhamdulillah sebanyak - banyaknya. ketika Allah menjadikan kehidupan ini penuh dengan pancaroba, redhalah atas ketetapannya. kita tidak selayaknya berkata apa - apa kecuali berlapang dada menerima takdirNya. bersangka baiklah pada Allah kerna Allah berjanji bahawa setiap kesulitan itu pasti akan disusuli dengan kemudahan. bersabarlah menuggu kemudahan itu kerna janji Pencipta tidak sama dengan janji yang dicipta. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6) Saidina Ali KWH juga pernah berpesan “ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad ini”. Jadi, tiada senjata yang lebih ampuh dalam menghadapi kehidupan iaitu sabar menerima dugaan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. InsyaAllah. Anggap saja dugaan sebagai teguran daripada Allah kerna hidup ini, kadang - kadang bila tiada siapa tegur kesalahan kita, kita tidak akan sedar kesalahan kita dan kita akan terus hanyut dengan kelalaian itu kan. jadi, hargailah dan berlapang dadalah menerima "teguran" itu. Ujian tanda sayang Allah pada kita ♥ "Senyumkan hati, ingatlah pada illahi, begitu banyak nikmat yang masih kita nikmati, syukurilah anugerah kehidupan yang masih kita miliki" =) Itulah hakikatnya kita sebagai manusia, kita akan suka pada sesuatu perkara bila sesuatu perkara itu berguna bagi kita, memberi manfaat kepada kita. tetapi kita akan mudah sahaja menukarkan perasaan suka itu kepada tidak suka apabila perkara tersebut tiba - tiba tidak lagi memberi manfaat kepada kita, malah seolah memberi bencana pula kepada kita. Mungkin kita lupa bahawa setiap perkara itu ada baik dan buruknya. contohnya, matahari. sinarnya ada yang begitu menantikannya dan ada pula yang begitu tidak menyukainya. Begitulah kehidupan kita ini. ada saatnya, kita rasa bahagia sangat, bahagia sebahagianya lah, gembira bagai dunia kita yang punya, lihat langit nampak bulan tersenyum, lihat pokok nampak rantingnya melambai mesra. Namun, bila kehidupan memberikan kita dugaan dan bencana. lihat gunung, bagai ada lava yang mahu dilepaskannya, lihat laut bagai ada tsunami yang akan menjelma. segala - galanya tidak kena. jiwa pun merana. batin meraung terseksa bagaikan bencana ini tiada akhirnya. Wahai hamba Allah, kebencian itu lahir dari rasa kekecewaan dan rasa kekecewaan itu lahir daripada ketidak puashatian yang lahir dalam jiwa akibat tidak menerima suatu ketentuan. atau lebih mudahnya, rasa kecewa akan lahir apabila kita cuba menolak takdir yang telah diatur Allah kepada kita. Kita manusia dan kita selalu lupa. Hidup kita hanya pinjaman dan kehidupan kita ini ada yang mengaturnya. mari kita soal diri kita agar tidak lupa. Siapakah yang menetapkan api itu panas dan ais itu sejuk? Siapakah yang mengaturkan air laut itu ada pasang dan surutnya?Siapakah yang mengaturkan bumi dikelilingi bulan mengikut orbitnya? siapakah yang mengaturkan ikan hidup dalam air? siapakah memilih kita daripada berjuta-juta dalam sekumpulan sperma untuk membentuk seorang manusia? siapakah yang mengaturkan kehidupan ini.? pasti akal kita akan memberi jawapan Allah. Ya, tiada yang mengatur alam ini kecuali Allah. Ingat. kita hanya meminjam. Jika kita meminjam suatu barang, lalu tuan pemilik barang itu mahu mengambil semula barang itu, adakah patut kita memprotes tindakannya? adakah patut kita marah atas tindak tanduknya? pasti tidak patut bukan. Ya, itulah konsep manusia terhadap Allah. ketika Allah menjadikan kehidupan ini begitu indah kepada kita, bersyukurlah padaNya dan ucaplah Alhamdulillah sebanyak - banyaknya. ketika Allah menjadikan kehidupan ini penuh dengan pancaroba, redhalah atas ketetapannya. kita tidak selayaknya berkata apa - apa kecuali berlapang dada menerima takdirNya. bersangka baiklah pada Allah kerna Allah berjanji bahawa setiap kesulitan itu pasti akan disusuli dengan kemudahan. bersabarlah menuggu kemudahan itu kerna janji Pencipta tidak sama dengan janji yang dicipta. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6) Saidina Ali KWH juga pernah berpesan “ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad ini”. Jadi, tiada senjata yang lebih ampuh dalam menghadapi kehidupan iaitu sabar menerima dugaan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. InsyaAllah. Anggap saja dugaan sebagai teguran daripada Allah kerna hidup ini, kadang - kadang bila tiada siapa tegur kesalahan kita, kita tidak akan sedar kesalahan kita dan kita akan terus hanyut dengan kelalaian itu kan. jadi, hargailah dan berlapang dadalah menerima "teguran" itu. Ujian tanda sayang Allah pada kita ♥ "Senyumkan hati, ingatlah pada illahi, begitu banyak nikmat yang masih kita nikmati, syukurilah anugerah kehidupan yang masih kita miliki" =)

- Negatif

Bagaimana seseorang boleh hentikan fikiran negatif bermain di minda? Jika anda pernah bertanya soalan ini, anda akan berasa sangat lega untuk mengetahui jawapannya, kerana ia sungguh mudah. Bagaimana kita boleh menghentikan fikiran negatif di minda? Dengan menanam fikiran positif. Apabila kita sedang cuba menghentikan fikiran negatif, sebenarnya kita sedang fokus kepada apa yang kita tidak ingi...nkan – iaitu fikiran negatif – dan dengan itu, minda akan menimbulkan lebih banyak fikiran negatif. (Ingat apa yang kita fokus akan kembang). Maka, fikiran negatif tidak akan hilang jika kita memberikan fokus kepadanya. Bahagian “henti” tidak membantu kerana fikiran negatif telah menjadi fokus kita. Tidak kisahlah kita hendak menghentikan fikiran negatif, mengawal atau menolaknya, kesannya adalah sama. Kerana apabila fokus kita ialah fikiran negatif, kita akan menarik lebih banyak fikiran negatif. Untuk menghentikan fikiran negatif, kita mula menanam fikiran positif. Dengan sengaja menanam fikiran positif. Mula menanam fikiran positif dengan bersyukur kepada Allah setiap pagi untuk segalanya yang ada di tangan. Bersyukur untuk kesihatan kita, kereta kita, rumah kita, kerja kita, kawan kita, persekitaran kita, makanan kita dan kecantikan semula jadi untuk hari tersebut. Puji, berkata yang baik dan berterima kasih kepada semua benda. Setiap kali kita mengucapkan “Terima Kasih” – sebenarnya kita sedang menanam fikiran positif. Semakin banyak fikiran positif yang ditanam, akhirnya fikiran negatif akan menghilang. Kenapa? Kerana fokus kita berubah ke fikiran positif, dan apa yang kita fokus akan kembang. Jadi, petuanya mudah, jangan hiraukan fikiran negatif. Jangan rungsing mengenai fikiran negatif. Jika fikiran negatif datang, kita mempunyai pilihan – pandang ringan padanya atau memandang berat pada nya… pilihlah pandang ringan dan tidak mengendahkannya, hanya jadikan fikiran negatif sebagai peringatan untuk memikirkan tentang yang positif. Jika kita mengambil setiap hari untuk berkata benda yang baik dan ucap terima kasih setiap kali peluang datang, Allah akan permudahkan hidup dan kita akan berasa riang. Menanam fikiran positif sama juga dengan menanam benih yang baik. Bayangkan menanam fikiran positif adalah seperti menanam benih yang baik di dalam diri kita, benih-benih itu akan dijelmakan menjadi satu taman syurga. Bagaimana taman syurga itu akan dijelmakan? Sebagai hidup kita di bumi sementara ini. Bagi yang suka berfikiran negatif… benih yang ditanam adalah benih yang tidak baik… apakah taman yang dijelmakan? Untuk renungan Jumaat. Senyum.

Thursday, October 18, 2012

Biarlah Gambar BerbiCara

Terbaik Untuk Renungan !!!
Semoga Ada Manfaat Untuk Di Kongsi

GU

Buat Catatan seorang sahabat yang tersembunyi jauh ..namun amat dekat .....siapa ? dgn dgn penuh rasia!!!!!
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati." Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Pandangan Kita

Sebahagian orang memakai kaca mata hitam ketika melihat segala sesuatu di hadapannya sehingga yang dilihat itu hanyalah kegelapan disebabkan kaca mata hitam yang dipakainya itu. Bilamana dilihatnya matahari, matahari menjadi gelap, bulan yang bersinar juga menjadi gelap, pakaian yang putih juga menjadi gelap. Semua menjadi gelap walaupun hakikatnya apa yang dilihat itu tidaklah gelap sebenarnya. Seperti inilah orang - orang yang memiliki jiwa yang penuh keraguan dan sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain. Orang - orang seperti ini tidak akan melihat sisi positif seseorang dan selalu sahaja buat - buat tidak nampak kebaikan seseorang. Akan tetapi, mereka ini akan sentiasa memperuntukkan masa mereka hanya untuk mencari kesilapan orang lain, kelemahan orang lain dan keburukan orang lain. Mereka ini lebih suka melihat duri - duri yang berada pada sekuntum bunga mawar berbanding melihat pada kecantikan kelopak bunga mawar dan menghidu keharuman bunga mawar tersebut. Ramai manusia yang sentiasa suka melihat keburukan orang lain kerana dia tidak melihat keburukan - keburukan yang ada padanya. Dirasakan dirinya sempurna tetapi mereka tidak sedar sikap melihat akan keburukan orang lain dan berprasangka buruk kepada orang lain itu sudah menunjukkan betapa buruknya jiwa mereka. Menghadirkan perasaan "aku lebih baik dari dia" itu saling tidak tumpah perangainya seperti Syaitan yang merasakan dirinya lebih baik dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s yang dicipta dari tanah berbanding dirinya yang diciptakan dari api. Jika kita tergolong daripada golongan ini, mari kita buka "kaca mata hitam" yang terpakai di dalam jiwa kita dan kita gantikan ia dengan "kaca mata biasa" yang ditambah powernya dengan keimanan dan kasih sayang agar mampu membuatkan jiwa kita sentiasa melihat kepada keindahan, bukannya kegelapan dan keburukan. Alangkah baiknya andai jiwa kita ini begitu senang melihat sisi positif pada seseorang berbanding sisi negatif seseorang. Itulah jiwa mukmin sejati, yang sentiasa memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, bukan padangan kebencian dan keirihatian. Pandang dalam - dalam diri kita, jangan dicari kebaikan yang ada dalam diri kita, carilah segala kekurangan kita, kemiskinan akhlak kita sebelum kita mahu mencari kekurangan orang lain. Bila kita hanya sibuk mencari dan memikirkan kesalahan orang lain, masa bila pula kita nak tengok kesalahan diri kita? errr, dah "baik" sangatkah diri kita? "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat :12] Tulisan ini untuk memperingatkan diri yang selalu sahaja lalai ini terutamanya dan buat para pembaca yang berhati mulia. moga Allah redha.

HIDUP DAN PILIHAN KITA .


Mengapa sesetengah org yg hebat boleh sahaja senyum gembira dan positif? Susah nak capai tahap itu…

Tak susah. Ini hanyalah satu pilihan.

Satu pilihan? Gembira, sedih bukannya boleh pilih.kata sebahagian orang ....... Ada masanya perkara buruk terjadi. Macam mana nak senyum selalu.
Tak susah. Bangun pagi, selepas sembahyang subuh – Allah memberi kita  dua pilihan. kita boleh memilih untuk berada dalam mood yang baik atau ...mood yang negatif… kita  selalu memilih untuk berada untuk berada di dalam mood yang baik… Apabila satu situasi buruk berlaku, ingat Allah juga memberi dua pilihan… samada kita  nak bertindak sebagai mangsa atau kita  ingin belajar sesuatu daripada situasi tersebut… Allah tidak menjadikan situasi itu buruk… hanya minda kita yang berkata situasi itu buruk…

kalau anda  selalu memilih untuk belajar daripada situasi yang Allah jadikan di depan mata… Apabila ada orang yang datang complain pada anda… ingat Allah juga memberikan dua pilihan… samada anda menerima rungutan tersebut atau anda menjelaskan perkara tersebut dari sudut positif… semoga anda  selalu akan memilih untuk menjelaskannya dari sudut positif…

Mudah cakap nyaaaaaaa… cuma susah nak laksana…

Allah juga memberi 2 pilihan pada kita  tadi – untuk memilih mengganggap kata-kata  sebagai sesuatu yang mudah dilaksanakan atau sangsi terhadap kata-kata ini… Kta , hidup di bumi Allah ini, kita sentiasa diberi pilihan… buangkan semua tanggapan negatif daripada minda… setiap situasi sebenarnya adalah neutral dan pilihan untuk kita…

…….. Semua benda adalah pilihan kita terhadap apa yang diberi Allah?

Ya, itu saja. Mudah saja. anda memilih reaksi sendiri terhadap situasi. anda yg memilih siapa yang boleh mempengaruhi mood anda. anda yang memilih untuk berada dalam mood baik atau buruk. Pilihan diberi Allah, tapi yang memilih adalah Anda
Yang membaca ini Allah juga memberi pilihan. Apa pilihan anda?
Senyum Sokmo .....walau dgn rasa penuh kepahitan dan kepayahan ...

Lepas Exam

Macam Boring jeee lepas exam tak tahu nak buat apa , harapan Bacth BMW menghiasi lebihan waktu dgn lakaran warna yang indah ,,...... Tekunlah beramal dan bermujahadah, cintailah ilmu pengetahuan dan cintailah kehidupan akhirat, jadikan diri kamu sebagai pengembara yang sentiasa dahaga dengan cinta Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah. Pandanglah dunia ini bagaikan tempat persinggahan kamu ketika turunnya hujan, apabila berhentinya hujan kamu kembali berjalan menuju ke destinasi asalmu. Sakitilah nafsu mu kerana ia adalah tunggangan syaitan, jika ia lemah maka syaitan akan lemah kerana tiada tunggangan untuk digunakan bagi merosakkan mu. Bakarlah ia dengan api zikir, lemahkan ia dengan kurangkan tidur dan makan, bebankan muatan atasnya dengan ibadat yang khusyu'.
Janganlah kamu terikut manusia yang hatinya buta dengan akhirat, mereka mencari kebahagiaan dengan menuruti hawa nafsu sedangkan kamu carilah kebahagiaan dengan menentang hawa nafsu. Hiburan kamu adalah ujian Allah, kesengsaraan kamu adalah kehidupan yang tidak teruji hawa nafsu. Tahanlah lidahmu dari dusta dan umpatan kerana ia menghancurkan amalan kamu sekelip mata bagaikan letupan yang menghancurkan gunung. Berhati-hatilah dalam perjalanan ini, hanya mereka yang berilmu dan beramal serta mengalirkan air mata darah akan tersenyum di alam yang kekal abadi." "Hakikat kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan tidak berada di dunia. Ia berada di langit. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Harta, pangkat,keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah pagar-pagar untuk memantapakan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai manusia yang memiliki segala-galanya di dunia ini tetapi kebahagiaan tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan." "Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang dimana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya."
Senyum Sokmo .....walau dgn rasa penuh kepahitan dan kepayahan ...

Tuesday, October 16, 2012

Mari Lihat Bumi Dari Satelite

Tahukah anda bahwa  bumi kita ini berputar atau berpusing dengan kecepatan sekitar 1670 Km/Jam ! yang terjadinya malam dan siang itulah tanda bumi kita berpusing . Video ini menggambarkan permukaan bumi secara real dari ketinggian 326 Kilometer dari permukaan atmosfira bumi, mulai dari bahagian selatan Kanada, berputar melalui awan-awan di semenanjung Michigan, lalu gemerlap jutaan lampu di Chicago lampu menyala. Beberapa Badai petir dapat dilihat berkedip dalam awan di atas Amerika Serikat sebelum Pantai Timur Amerika Serikat.sungguh menajubkan.




Monday, October 15, 2012

Harta Dan Kehidupan



SAYANG kepada dunia melebihi segala-galanya. Itulah ‘al-Wahn’ iaitu penyakit memiliki nafsu besar terhadap kehidupan di dunia sehingga melupakan akhirat yang menjadi destinasi terakhir kita.


Allah berfirman yang bermaksud: “Hidup di dunia, tidak lain hanya suatu kesenangan dan permainan. Sesungguhnya kampung akhiratlah kehidupan yang sebenarnya. Jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut ayat 64).

Kematian pula adalah satu perkara pasti. Semua orang akan menghadapinya pada bila-bila masa dan di mana saja. Jadi, bersedialah… Lantas, apakah kita akan berdiam diri melihat umat yang semakin hari semakin jauh daripada tuntutan Allah dan Rasulnya? Itu menjadi petunjuk bagaimana generasi kini mengangkat kehidupan dunia sebagai syurga mereka.
Lalai menjalankan suruhan Allah, terlalu sibuk dengan urusan mencari kekayaan dan mementingkan diri sendiri, akhirnya menjadikan mereka hamba kepada dunia.Ingatlah dunia hanya pinjaman bagi menguji keimanan bagi menentukan kita ke syurga atau neraka. Ada golongan yang hanya memikirkan kehidupan dunia dan mencari kekayaan tanpa mengenal halal haram.


Mengenai penyakit cinta kepada dunia, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah al-wahn itu, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

Jika kita tidak mempunyai matlamat, malas berusaha memperbaiki diri, gemarkan keseronokan, mencari harta dunia untuk dibolot seorang diri, hasad dengki, malas menimba ilmu, rendah akhlak serta gila merebut kuasa adalah tanda seseorang itu hamba kepada dunia.

Menjadi keutamaan umat Islam sekarang membina semula kekuatan yang bertunjangkan keimanan dan akidah. Tiada nilainya jika kita semua berbangga memiliki jumlah umat yang ramai tetapi ramai yang tidak berkualiti dan bernilai.

Usaha pembinaan peribadi Muslim berkualiti penting untuk mengembalikan semula kedudukan Islam di tempat yang tinggi.

Dalam hadis, Rasulullah menjelaskan pada suatu masa nanti, semakin ramai manusia yang hatinya terpaut kepada dunia. Hadis itu bermaksud: “Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka lebih cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara lain iaitu cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat; cinta kepada harta dan lupa kepada hari hisab (perhitungan); cinta kepada makhluk dan lupa kepada penciptanya, cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat, cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan).”

Dunia yang didiami manusia ini akhirnya nanti pasti lenyap dan binasa manakala yang terus kekal abadi adalah kehidupan di akhirat.

Allah memberikan kepada hamba-Nya pelbagai bentuk nikmat dan kesenangan. Mereka yang dianugerahkan kemewahan perlu menghayati dan mensyukuri nikmat itu untuk dimanfaatkannya ke jalan kebaikan bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Muslim sejati perlu memiliki jiwa tidak terlalu mencintai dunia hingga gagal mempersiapkan bekalan secukupnya untuk ‘menemui’ kehidupan akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bercita-citakan kehidupan akhirat, maka Tuhan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dihimpunkan segala kepentingannya dan diberikan kepadanya kenikmatan hidup ini seberapa perlunya. Sesiapa bercita-citakan kehidupan dunia, Allah menjadikan kemiskinan antara dua matanya, dipisahkan daripadanya apa yang menjadi keperluannya dan tidak diberikan kepadanya kenikmatan hidup dunia kecuali apa yang sudah ditentukan.” (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Dalam pemilikan harta contoh­nya, Islam tidak menghalang umatnya mencari harta sebanyak-banyaknya tetapi caranya mesti halal, bukan seperti Qarun dan Firaun yang sanggup menyekutukan Allah.

Harta adalah amanah daripada Allah. Ia perantara atau alat kepada kita bagi mendekatkan diri kepada Allah dan mewujudkan perhubungan antara manusia.

Sebenarnya harta kekayaan adalah anugerah dan hak mutlak Allah. Manusia hanyalah pemegang amanah dengan kemampuan dan hak yang terbatas.
Senyum Sokmo .....walau dgn rasa penuh kepahitan dan kepayahan ...

Sunday, October 14, 2012

Kena Fikir dgn betul

Alkisah sebuah temuramah kerja


200 menghadiri satu temuramah untuk kerja design bangunan…

Jamal, salah seorang yang menghadiri temuduga tersebut telah menyiapkan diri dengan pelbagai aspek mengenai design bangunan…

Ketika ditemuramah, Jamal dan 200 lain terkejut… soalan yang diberikan kepada mereka.

Soalan itu berbunyi:

...Bayangkan anda sedang memandu di suatu malam yang beribut lebat… dan kemudian anda melalui sebuah perhentian bas dan terdapat tiga orang menunggu di sana.

1. Seorang wanita tua yang kelihatan seolah-olah bakal bertemu ajal…

2. Seorang sahabat lama yang pernah menyelamatkan nyawa anda satu ketika dulu…

3. Seorang yang anda impikan selama ini untuk menikmati hidup bersama…



Siapakah yang anda akan mengambil, jika anda hanya boleh mengambil seorang sahaja penumpang?

Fikir baik-baik sebelum menjawab…….

Jamal tersentak… “Apakah ini soalan design?”

“Apakah ini soalan main-main? Apa kena mengena soalan ini dengan kerja yang saya apply?” rungut beliau.

……………….Jamal memikir…………

1. Jamal patut ambil wanita tua yang kelihatan bakal menemui ajal, oleh sebab itu Jamal patut menyelamatkan wanita tua tersebut dulu.

2. Atau Jamal patut mengambil sahabat lama kerana dia pernah menyelamatkan nyawanya – ini waktu tepat untuk membalas budi…

3. Tapi jika Jamal ambil (1) dan (2), Jamal mungkin tidak akan terjumpa orang yang diimpikannya selama ini lagi…





............

Akhirnya, Jamal menjawab – ‘Saya merasa soalan ini tidak adil dan tidak relevan untuk design. Jika saya terpaksa memilih, saya akan mengambil (1), kerana menyelamatkan nyawa lebih penting…”
Jawapan Jamal menyebabkan dia gagal untuk mendapat pekerjaan tersebut.
Jamal tidak berpuas hati lalu pergi bertemu dengan orang yang menemuramahnya dan bertanya mengapa dia gagal….
“Apakah jawapannya? Either orang jawab (1), (2) dan (3). Takkan orang sanggup bayar budi sahabatnya dan membiarkan wanita itu mati dapat kerja ini. Takkan pula ada yang sanggup meninggalkan wanita tua yang nak mati dan sahabatnya untuk orang yang diimpikannya mendapat kerja ini?” kata Jamal dengan benggang.
Penemuramahnya dengan tenang menjawab:

“Daripada 200 orang yang datang, hanya satu saja menjawab dengan kelainan dan itulah yang kami berikan offer,” katanya…
“Apakah jawapan itu?” tanya Jamal.
Penemuramah itu memberikan kertas jawapan kepada Jamal…

Jamal terus meninggalkan tempat itu dengan perasaan malu teramat sangat…



............



............



............



Kertas jawapan itu tertulis:

‘Saya akan memberi kunci kereta kepada sahabat saya di (2) untuk menghantar wanita tua (1) ke hospital. Saya akan tinggal di perhentian bas bersama orang (3) dan menunggu sahabat saya (2) untuk mengambil saya dan (3). Dengan ini, saya dapat menyelamatkan (1), membalas budi sahabat saya (2) dan juga bersama orang yang saya impikan (3).

Mengapa anda tidak terpilih?

‘Kami merasakan daripada segi teknikalnya, ada yang lebih baik dan ada yang kurang baik. Tapi dalam dunia design, kita memerlukan mereka yang boleh berfikir di luar kotak, dan melepaskan diri daripada belenggu minda.’

Belajar Dari Lampu Tukar Ganti (


Anda tentunya mengharapkan lampu trafik light warna hijau bilamana anda tiba, dan ini tentunya menggembirakan anda, kerana anda boleh berlalu tanpa berhenti dan menunggu. Terasa seronok dan gembira. Namun bilamana anda sampai sahaja, lampu bertukar warna merah, tentulah anda rasa kecewa dan sedih. Namun di saat anda sedih sebenarnya dipihak lain pula gembira dan seronok. Itulah hakikat kehidupan.


Lantaran itu belajar untuk menerima perbezaan pandangan, kerana itu perkara biasa. Bilamana semua bersetuju, bermakna anda hanya melihat satu sudut, namun seandainya ada yang tidak bersetuju, atau berbeza pandangan anda mempunyai pelbagai sudut untuk dilihat dan difikirkan.


Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

walaupon dah sepuluh kali anda dgr cerita ini , aku nak ulang juga ceritanya .....huh..kan blog ini saya punya .......

Haziq datang ke rumah Cikgu Awang menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Haziq berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Haziq memberitahu Cikgu Awang beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Cikgu Awang hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Haziq  mengikutnya ke dapur.

haziq pun mengikut tanya bertanya. Cikgu Awang mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Cikgu Awang memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.
haziq bertanya, “Apa yang Cikgu  buat? Nak masak apa tu?”

Cikgu Awang tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Cikgu Awang mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Ajit , apa yang enta nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Ajiit

Cikgu Awang  menyuruh Ajitl untuk menyentuh lobak merah tersebut. Ajit terasa lembut. Kemudian Cikgu Awang menyuruh ajit untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, ajit  dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Ajit berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Cikgu Awang, apa maksud semua ini?” Ajit  bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Cikgu Awang sambil tersenyum.

Mata Ajit  seolah-olah terpukau dengan penjelasan Cikgu Awang.

“Jadi, ajit adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Haziq  menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Cikgu Awang kepada Haziq  yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.
  " tidak ada kena megena dgn mana mana pihak , mungkin nama secara kebetulan sahaja.."

Saturday, October 13, 2012

Renungan Kehidupan

Yaaa, Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan.




Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.
Siapa kata Allah tidak sayang kita?

Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga.

Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit.

Setel...ah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat.
Itu bukti kesayangan Allah pada kita.

Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.

Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat.

Ciptaan Allah Memang Sempurna


Segala ciptaan Allah adalah sempurna. Begitulah juga dengan sistem badan manusia. Namun demikian, ramai manusia yang tidak faham bagaimana sistem badannya berfungsi dan apakah kaitan ajaran Islam kepada sistem badan manusia.


Sebenarnya semua berkait, secara jelas tapi terlindung.
Sedarkah kita, selain bernafas, apakah yang dilakukan manusia setiap minit tanpa sedar?

Iaitu menelan air liur.

Ketika kita melihat benda lazat, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar. Ketika kita membaca, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar. Begitu juga ketika sembahyang, ketika berzikir, beristighfar dan juga mengumpat!

Mudahnya air liur sebenarnya elemen terpenting sistem badan manusia yang menjaga tubuh badan – segalanya bermula daripada mulut – dan elemen menjaganya adalah air liur.

 Air liur terbahagi kepada dua, air liur baik dan air liur beracun. Yang baik, semakin banyak ditelan, semakin hati terasa tenang dan semakin susah minda bermain ilusi di depan mata.

Yang beracun, semakin banyak ditelan, semakin banyak dendam kesumat, semakin banyak keresahan dan minda diselubungi ilusi-ilusi yang negatif sehingga emosi terganggu.

JANGAN MARAH MARAH

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....



1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapak...ah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?


Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Tengok Gambar Dengan Mata Hati

TENGOK ,LIHAT, KELIH, GAMBAR DENGAN MATA HATI....
PEJAM  RENUNGI SEKEJAP ANDAILAH INI ADALAH KITA ...


Tanya diri Kita ........??? oleh itu


Mulakan hari kita dengan bersyukur.


Bersyukur dengan katil yang kita tidur,

Bersyukur pada bumbung di atas kita,
Bersyukur pada karpet atau lantai di bawah kaki kita,

Bersyukur pada air yang mengalir, pada sabun, pada berus gigi, pada pakaian, pada kasut, pada peti sejuk yang menyejukkan makanan kita, kereta kita, pekerjaan kita dan sahabat.

...Bersyukur pada kedai-kedai yang memudahkan kita membeli barang keperluan, restoran, utiliti, servis dan peralatan elektrik yang menjadikan hidup kita mudah.

Bersyukur pada majalah dan buku yang kita dapat baca.

Bersyukur pada kerusi yang kita duduk, kaki lima yang memboleh kita berjaan.
Bersyukur pada cuaca, matahari, langit, burung, pokok, rumput, hujan dan juga bunga.
Bersyukur pada udara untuk meneruskan kehidupan.
Jika kita pandai bersyukur pada segala ciptaan Allah, Allah akan memudahkan segala urusan harian kita.

Insha-Allah. Kan dah tersenyum? :)  :)  :)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirmann, Jika kamu bersyukur akan karuniaKu, pasti Aku tambah untukmu, jika kamu ingkar, sesungguhnya azabKu sangat pedih”. (QS. Ibrahim. 7)



Bersyukurlah apabilaapabila  tidak tahu sesuatu. Karena itu memberikita kesempatan untuk belajar.

Bersyukurlah untuk masa-masa sulit dan susah . kerna  masa itulah kita  berpeluang untuk
Bersyukurlah untuk keterbatasan dan kekerdilan kita . Karena itu memberikita  kesempatan untuk maju kedepan ....oleh itu
Hiduplah, Tertawalah, dan Kasihilah sesama kita dengan seluruh HATIKITA.

Pandangan Kita 180 Darjah Jeee


Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun


Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.

Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

...Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.



“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.


Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….
“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”
Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.
Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?
Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.
Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
Senyum.

Ingat Allah Selalu


Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.


Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Dok...tor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…



Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.
Adakah anda seorang daripadanya?

"daripadanya (tanah) KAMI ciptakan kamu, dan kepadanya (tanah) KAMI kembalikan kamu (mati & dikebumikan) dan daripadanya (tanah) jualah KAMI keluarkan kamu sekali lagi (utk dihisab)" surah Toha (20:55)

usah berbangga dgn pangkat harta dan kekuasan...segalanya lumat ditelan tanah ...
Sesiapa saja perlu ambik iktibar dan ibrah dr cerita ini..tiada apa di dunia ini milik kita , semua milik Allah.. Dia akan ambik balik bila2 masa. Kita kena didik hati dan jiwa supaya redha..
Boleh jadi kita menyukai sesuatu tetapi jelik pada pandangan Allah,boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu tetapi baik menurut Allah,Allah maha mengetahui segala galanya,Al baqarah 116

SMILE ...SENYUM...

.

Friday, October 12, 2012

JANGAN TUNGGU.......




1. Jangan tunggu sehingga tatkala ingin kasih sayang seseorang barulah tahu berkorban.

2. Jangan tunggu sehingga tatkala keseorangan baru teringat para sahabat.
3. Jangan tunggu sehingga tatkala dah ada pangkat baru nak berusaha bekerja.
4. Jangan tunggu sehingga tatkala menemui kegagalan baru nak teringat nasihat orang lain.
5. Jangan tunggu sehingga tatkala kesakitan baru teringat badan kita...ini rapuh.
6. Jangan tunggu sehingga tatkala berpisah baru tahu menghayati hubungan yang ada.
7. Jangan tunggu sehingga tatkala kepujian datang baru tahu mempercayai diri sendiri.

8. Jangan tunggu sehingga tatkala ditegur/dimarah baru sedar kesilapan diri sendiri.
9. Jangan tunggu sehingga tatkala kaya-raya baru ingin membantu mereka yang miskin.
10. Jangan tunggu sehingga tatkala ajal datang baru tahu mencintai masa yang diberi Allah di muka bumi ini.

Yang paling penting, jangan tunggu sehingga terbaca Senyum, barulah Senyum.
Senyum.

Wednesday, October 10, 2012

Fakta Menarik Tentang Senyuman


Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Tahukah anda, 15 fakta menarik tentang senyuman???

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang

dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan

sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.

Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan

sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.       info CG

Tuesday, October 9, 2012

Mak Pesan



Mak Kata :Belajar Rajin Rajin ya Nak ....
Aku kata :YA Mak !!!
Mak Kata:  Nak mula belajar Baca Doa, Berkat!
Aku Jawab: InsyaAllah mak .
Mak kata:Belajar jangan main main .
Aku Jawab : OK...mak
Bila Aku Down mak datang dekat aku ...
Mak kata : setiap sesuatu ada hikmahnya, Allah nak bagi yan lebih baik lagi buat anak mak ini .....Jangan mudah putus asa .

Aku pandang emak , setitis butir jernih mengalir dipipiku ....
Hati kecil ku " Aku akan buat Yang terbaik Mak" aku peluk mak ...
Lepas tu  bila tiba masa exam emak mesti selalu cakap ...."Nak!! Jawab Peksa Baik baik yaa Nak "" Janga MENIRU nanti ilmu tak berkat "

 ....."Doktor Rawat Orang sakit.....Nak kan nak jadi Doktor ...Kalau nak meniru macana nak jadi doktor .."
 aku pun jawab " Baik Mak "
Mak Kata lagi " Nak jangan Ponteng kelas nnati tak berkat "
aku pun jawab " Ya Mak " semua yang mak cakao semua aku ingat

Lepas Sekolah aku Masuk U....Dapat pergi oversea lagi tu ....heboh satu kampug anak mak jah dapat pegi oberrrsea....senyum lebar mak...

Sekarang aku dah besar ....mak kat kampung aku kat sini ......

......so ...semua benda dah tak lagi mak cakap ......



Berkat boleh diertikan dengan kebaikan yang berlipat kali ganda atau mendapat ganjaran yang banyak. Kebaikan di sini umum merangkumi kebaikan di dunia dan di akhirat. Keberkatan adalah hak milik Allah dan Dia mengurniakan berkat kepada sesiapa yang dikehendakiNya.




Keberkatan bukanlah diukur dengan kejayaan yang dicapai di dunia semata-mata. Keberkatan ini merangkumi kejayaan di akhirat iaitu mendapat keredaan Allah. Seorang yang mengingkari perintah Allah boleh mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dengan berusaha dengan gigih dan tekun.

Namun dia akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat di atas kefasikannya.



Allah memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha keras di dunia sebagaimana kita melihat ramai pelajar yang bukan beragama Islam cemerlang dalam pelajaran. Malah lebih cemerlang daripada pelajar muslim. Ini adalah sunnatullah. Kejayaan yang kita impikan ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. InilahBarakah yang dicita-citakan.

Iringan DOA Buat Bacth BMW

PMR PMR  iringan DOA Buat Kalian


Ya Allah Bukakanlah Kepada Kami HikmahMU
Dan Limpahilah Keatas kami Khazanah RahmahMU ...Wahai Tuhan ya Amat Pemurah Lagi Maha Penyayang ...semoga memperolihi aa yg dicita citakan .....

Setelah kalian berusaha...


Berdoalah selalu padaNYA...

dan Bertawakkallah sesuadah keduanya!

Muga kejayaan milik kalian semua...



Doa dari saya...