Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Friday, May 6, 2011

Lelahnya AAT


BRaInS masuk ke Final Untuk Penilaian AAT Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ..bukan lah lawa sangat ...namun adalah disebaliknya kekemasan ...bukan PK HEM yg hebat Tapi budak budak dia yg hebat ...namun masih ada juga dikalangan mereka yg belum menyedari dan belum memahami AAT ..kesilapan kita lah tu ...namun dalam usaha untuk memahamkan konsep bukan sesenang jari jemari menaip bilah bilah perkatan ini ...kalau tak cuba kita tak akan merasa ..bila buat ..pening pasti bertandang ....adus ..kesian ...kesian ...

Inilah AAT
Program Anugerah Asrama Gemilang di wujudkan bagi memastikan semua asrama SBP mencapai tahap kualiti yang telah ditetapkan untuk melahirkan modal insan yang terbilang. Dalam usaha ini kemudahan fizikal, pengurusan, program-program dirancang dengan teliti bagi mencapai tahap asrama bertaraf dunia
OBJEKTIF AM
Menjadikan asrama SBP bertaraf Dunia
OBJEKTIF KHUSUS
Memantapkan pengurusan asrama
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti
Melahirkan modal insan yang bertaraf dunia

Sadaufm Kembali Bersiaran Di BRaInS


SadauFM sejak sekian lama tak berkeudara kini memulakan operasinya semula di Bumi Brains ...semoga kemunculan kali ini lebih mantap ...dan kali ini bersiaran dgn 99.9 Mhz ....wah tak sangka dgn DJ dj Baru yg Mantap sambutan bengitu hangat ....bilik operasinya cukup luas ...hu hu cuma takde aircon jeee ... paling top ...

InsyaAllah SadauFm akan terus beroperasi di Bumi Brain ....

siapa DJ yang paling top di BRAINs? Tunggu kita akan buat undian

Thursday, May 5, 2011

Busuk Hati




Warghhhh!!!! Kenapa golongan orang macam nie selalu membuatkan aku x suka ?? Cuba la golongan nie xder atas muka bumi ini .. Senang jer orang lain nak hidup.. Dan kenapa pulak aku disini masih lagi menjadi mangsa golongan2 berfikiran sempit nie? Setiap kali aku mencuba dan mempelajari lalu memahami,membuat perubahan pasti dalam diam golongan nie wujud untuk mengomen takrak tak mampu tak boleh ..tak patut itu dan ini ..

Takkan lah sebab wujudnya golongan nie aku tidak berhak untuk berbuat apa2?? Dan aku hanya perlu berdiam diri supaya golongan ini akan terus succes dan aku pulak masih berada pada tahap yang lama tak berkembang betul ?? Takkan lah sebab pencapaian aku yang tidak seberapa perlu dijadikan modal untuk bertegang urat?? Kenapa sanggup bersusah payah untuk mencari kesalahan orang lain sedangkan taik sudah melekat kat badan sendiri?? Perghh!! Banyak betul persoalan yang masih kabur untuk diselesaikan..

Dan yang paling penting…. Kenapa golongan nie berfikiran sempit!!! Cuba jadikan itu sebagai persaingan sihat.. Bersaing memantapkan ilmu diri dengan cara yang bersih sambil memberi tunjuk ajar ilmu yang baru..berkorban dan memikirkan utuk meyumbang !!!bukan menumbangkan!!! Susah ker??? Rugi ke kalau ilmu dikongsi dan dinikmati bersama tanpa wujudnya sifat dengki lakhanat tu??inilah kebodohan yang dikatakan tak mampu nak diajar ... gaya sahaja cerdik ..namun !!!

Aku selalu berpegang pada prinsip nie.. Jika aku ada seringgit dan ko ada seringgit.. Aku bagi ko seringgit, ko bagi aku seringgit.. Kita masing2 dapat seringgit.. Bila aku ada satu ilmu dan ko juga sama.. Masing2 memberi ilmu.. Kita masing2 mempunyai dua ilmu.. Ini menunjukkan, takkan luak perkongsian ilmu itu.. Malah menguntungkan kedua2 pihak..

Bila hati dah selalu berfikiran negatif dan diracuni oleh syaitoonn.. Memang segala yang dilakukan orang lain adalah salah semuanya.. Sudahlah.. Buang la segala sifat2 golongan xbertamadun tu.. Kita sama2 memajukan diri.. Belajar dan berkongsi.. Tiada ruginya.. Janganlah asyik menjatuhkan orang lain sedangkan diri sendiri hampir tersungkur.. Selagi ada golongan nie kat Malaysia, aku pasti Malaysia tidak akan mampu bersaing dengan dunia luar.. Paham2kan lah.. Aku memang xpandai berbahasa.. Tapi baguslah kalau 1 daripada 10 luahan ini masuk dan simpan di kotak hati..

Belajar tanpa berfikir tiada gunanya.. Berfikir tanpa belajar adalah bahaya!!
yang yang aku nampak ...ADALAH KEPENTING DIRI ...MAT SALEH KATA SELFISH ...YOO KOOO DOK AKU TAK TAHU ....KERANA JGN MENILAI DIRI ORG LAIN KERANA PADA MASA YG SAMA ORG MENILIK KITA ....KALAU LURUS PERJALANAN KITA pasti ada buah utuk dirasa suatu hari nanti ....jgn mengharap pada pemberian manusia ...haraplah pada janji Allah ....Tak kemana APC tu ..kecil sahaja usah direbut ..diberi ambil ...tak dapat bukan rezeki kita ....
So yang pasti dimana kita berada berilah manfaat kepada yg lain ...tiada kita terada kehilangan ...jgn kehilangan kita adalah satu kerahmatan pada yg lain ....sekadar berkongsi ...kerana kekadang senyum dalam tangis tiada yg tahu ...dan aku harus melangkah kedepan walau kemucup mengeletek di langkah ini ....

Tenang Yang Dicari !!!!

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelama. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.
betulkah anda kaya jiwa jika selalu menganalisis kerja orang ..buat kerja kita yang terbaik dan ikhlas ....takyah pdg kerja org lain .....
nak mengata org pdg diri sendiri ....terbaikkah aku selama ini ...atau memang kerja kita menganalisis kerja orang ..kesian kita ...tak kemana tu!!!! so buatlah yg terbaik di mana mana kita berada ..kalau perlu merantaulah jauh mencari sebuah kecelikan dicelah celah kehidupan ditempat orang, jgn terlalu menempurungkan katak !!! kesian ...adus sayang !!!

Kredit to :

mohdzyad88.blogspot.com

Muhasabah Diri Sebagai Hamba Allah

Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas hati kiranya ada orang memujinya seperti, "Awak ni, baiklah" dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang hati dan sekaligus menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah musuhnya.


Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah dan leka dengan pujian dan sanjungan sedangkan itu semua merupakan satu jalan yang memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt. Wal iyazubillah. Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini merasakan dirinya baik, malah lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain.

Atas alasan dan perasaan demikianlah mereka kini menilik kelemahan orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa dan noda. Alangkah tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa- rupanya sifat sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya.

Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang telah dilakukan sekian lama seperti sembahyang, puasa, sedekah, menutup aurat dan sebagainya ialah dengan memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan maksiat, sering merasakan ia melakukan kesilapan dan kesalahan samada sesama makhluk mahupun dengan Allah.

Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri (muhasabah diri), itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, yang kasihkan Rasulullah, yang rindukan syurga Allah dan yang gerunkan Neraka Allah swt.

Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang yang mengaku dirinya sudah baik tetapi jadilah orang yang bercita-cita untuk membuat kebaikan sebanyak yang mungkin, selalulah merasakan diri tidak baik lagi dan paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika dibandingkan dengan orang lain.

Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah swt dari satu waktu ke satu waktu, muhasabah diri adalah suatu perkara yang sangat bernilai dan penting sekali. Kita sepatutnya seringkali mengukur sejauh mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah dan dosa apakah yang kerapkali kita lakukan terhadap-Nya.

Bagi hamba Allah yang benar-benar waras fikirannya ia jarang sekali menyalahkan orang lain sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar- benar bersalah ia akan bertaubat dan membuat perubahan diri, sekiranya ia tidak bersalah ia berlapang dada dan berkata kepada hati kecilnya, "Tak apalah, ini ujian untukku dan mungkin ini suatu penghapusan dosa buatku." Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, ia tidak mahu mengakui bahawa dirinya bersalah dan ia tetap mempertahankan bahawa dirinya tidak pernah menyakiti hati orang lain. Ingatlah, hati yang tidak baik akan melahirkan kelakuan yang buruk, ianya akan menjadi racun dalam hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat.

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah, ;Dalam laut dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.; Yakinlah bagaimana pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laung Allah akan menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya. Seseorang itu tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan yang suci hatinya selagi ia:

1. Tidak mentaati titah perintah Allah sungguh-sungguh.
2. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
3. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
4. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik sesuai dengan tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya upaya menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad dengki, pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah semata-mata mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Jagailah lidah kita daripada mengeluarkan tuturkata yang dapat mencacatkan persahabatan dan tali persaudaraan. Jagailah tuturkata agar ianya tidak melukai hati orang lain. Ingatlah ; tuturkata yang mengandungi racun yang berbisa seperti melemparkan fitnah, memperli dan menyindir orang lain, mencari-cari kesilapan orang lain untuk dijadikan bahan yang membolehkan dirinya dapat mengambil keuntungan dan publisiti di dalamnya, mestilah dijauhi.

Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang berbuat jahat maka kejahatannya itu untuk dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai hambanya.; Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak. "