Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Wednesday, April 28, 2010

Tempat Pengasingan Quarantin



Ginilah rupa tempat pengasingan pelajar yang sakit sakit dan demam di BRainS ,walau apapon bilangan pelajar yang kena tahan semakin berkurangan selepas pemeriksaan dibuat oleh pegawai kesihatan ...
cuma ada seorang dua pelajar sahaja yang masih sakit sakit ...semoga segalanya cepat selesai ...amin

Sunday, April 25, 2010

Ragam Kuarantin BRainS 2010

Ragam Kuarantin BRainS 2010




Ginilah ragam pelajar BRainS Kuala Terengganu yang dikuarantin
selama satu minggu ...habis 29 April 2010

Anak Kecil : RM10?

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan. Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.



"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini." "Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Saturday, April 24, 2010

Hujung Minggu Yang Tak Bermaya


Aduh ..letih rasanya akhir akhir ini ...letih dgn macam macam yang rasa perlu dilakukan ,yang perlu dibuat ,tido sikit sahaja duA  tiga hari ..semalam  balik jam 2 pagi ...hantar bebudak yang deman yang muntah yang sakit di Hospital Besar Terengganu ....nasib baik sekolah SBPIBR ada Van ....gasak lah Van sekolah tu ...semalam 18 orang hantar studen yang sakit ..bersama PK1 dan En Fairuz ...hari ini kena stanby budak kena quarantin ...petang ini  tunggu roll cal budak solat jumaat .petang gotong royong asrama ..malam ada slot dgn budak ...aduh ...esok kena ke Lata Belatan jemputan perkhemahan Pengakap ....malam tetap jadi burung hantu ...apa nak jadi nih ..byak kena buat .. takpe lah ..bukan nak cakap kita rajin ...buat sambil cari pengalaman  dan praktikkan kemahiran agar tidak luput ditelan zaman ....jangan terlalu berkira  buatlah utk bebudak ..kalau bukan kita siapa kalau bukan sekarang bila ..cantik ungkapan ini ...

kekadang  hidup dalam masyarakat ini susah jugak ..macam macam tanggapan ,macam macam perasan yang timbul namun  bagi aku aku buat tak kisah je..posotifkan semua yang aku terima ...habis cerita ..buruk baik .cela keji hina kutuk ..buat derk je laaa...dulu aku juga rasa susah nak terima hakikat tanggapan  orang ..namun  banyak kesumbingan langkah yang dilalui mengajar erti sebuah kehidupan  ...so cadangan buat teman teman .....Salah satu cara untuk anda menjadikan hidup anda tenang dan bahagia adalah dengan berfikiran positif.

Dulu, aku pernah juga skeptik dengan motivasi macam ni. Aku tak yakin dengan hanya berfikiran positif boleh menjadikan hari-hari dalam hidup ini jadi lebih tenang dan bahagia.

Tapi sekarang aku mula yakin dan percaya. Aku dah cuba sikit-sikit mempraktikkan berfikir secara positif dan menjadi seorang manusia yang sentiasa positif dan hasilnya memang bagus. Kalau anda tak percaya cubalah. Cubalah sedikit demi sedikit.

Tapi aku rasa masalahnya bukanlah keberkesanannya tetapi lebih kepada perlaksanaannya. Aku jamin menjadi seorang yang positif memang salah satu perkara yang sukar dalam hidup ini. Cubalah anda perhatikan berapa ramai rakan-rakan anda yang benar-benar positif dalam setiap tindakan. Memang tidak ramai.so jgn dihiraukan pada kemucut yang meliar di jalanan ....

Aku Yang Selalu Marah Marah

Perasaan Marah Dan Jantung Kita,,,,,,
Arhg .....aku tak tahu kenapa aku cepat melenting dulu !!! Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka.... Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
4) Mendengar ayat-ayat Quran
5) Mengisi masa dengan hobi
6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
7) Meditasi
8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .
Maksudnya : Daripada Abi ,,Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.

Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.

H1N1

Quarantin H1N1 aduh aduh ..bahaya nih ..bila kena quarantin ...habis sampai 27 April weh ..kesian kawe ..tahun lepas smsm kena ..tahun ini SBPI BR plak ...
apapon segalanya ini memberi rahmat .....tak lupa pada yang kuasa ....

Wednesday, April 21, 2010

Tuesday, April 20, 2010

Terima Kasih Warga SMSM


Hu hu best weh ..BBQ kat bawah umah pengetua Pn Hjh Serina Sauni .....terima kasih banyak layanan yang cukup intimewa buat diri ini ....semoga ingatan ini terus berkekalan ...

Sunday, April 18, 2010

Di Mana Kita

Jika nak jadi bunga ,jadilah bunga  yang harum
Jika nak jadi batu ,jadilah batu permata
jika nak jadi burung ,jadilah burung  yang gterbang laju
jika nak jadi manusia ,jadilah manusia  yang berguna
jika nak  belajar ,belajarlah bersungguh sungguh
jika nak buat sesuatu ,buatlah sehabis baik
jika nak  berbudi biarlah kepada ibubapa
jika nak hidup mhiduplah dengan nama yang baik

Tuesday, April 13, 2010

Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Julai 2010)

Permohonan Kemasukan Mengikuti Program Teknologi Petroleum di INSTEP - PETRONAS (Pengambilan Julai 2010)
http://www.instep-petronas.com/Applicant/AppGuide.aspx

Kepada Sesapa yang nak apply INSTEP Kuala Terengganu ..sila lawat web di atas ..lepasan SPM ..boleh mohon sekrang ..sebelah SBPI batu Rakit ..dgr cerita tahun depan nak upgrade jadi Universiti ..tak pasti lah ...mohon jeeee

Sunday, April 11, 2010

Dapat Jua Pijak Bumi Sainsri

Setelah 66 hari meninggalkan bumi yang telah lama dipijak ..hampir 13 tahun lebih ..hari ini jam 1015 malam selamat landing di airpot miri ..tiada kelaianan  yang terserlah yang kelihatan  cuma bila ke Kolej Kediaman sangat sangat menyentuh perasaaan ,bila nembiak mengalu ngalukan kehadiran ke sini ....mereka melambai mereka serbu mereka datang bersalaman ..wah sungguh terharu ....memang dari dulu kita harapkan mereka mengahargai tetamu ..dan kini memang berhasil bila aku bergelar tetamu disini......bukan pelajar sahaja ibubapa dan guru terasa bagaikan satu keluarga ....pengetua dan PK PK ..he he .lagi lagi leeee mereka ini ....siap buat jamuan lagi  Makanya berBBQ dan Karaoke ...

apapaon aku rasakan kita semua 1 kelurga ...1 Sainsri

Aduh KL



13 tahun aku merantau di bumi seberang meyambung status anak dagang di perantauan di ardu kinanah ,bumi anbiyak selama 4 tahun lebih ....banyak pengalaman selama berada di Lebah Nill ini,  tak sama dengan bumi malaya ....mungkin bangsa dan negara yg berlainan ...namun bila berada di Bumi kenyalang  pon aku rasa lain bila di compare  dgn KL ....jauh sekali dgn negara Brunei ...aku bukan nak bising banyak perkara ..satu sahaja ..jalan ...jalanrayanya   cukup baik  ...dan tiada bayaran Tol...aku kerap ke Kota Kinabalu bawa kereta  sendiri ke Sabah ..saban tahun berjalan  tak terasa pulak poketku  mengeluarkan duit untuk bayar tol ........semasa berada di miri rasanya tak pernah jwak keluarkan duit untuk bayar TOL ...

semalam semasa balik dari Miri pandu kete dari KLIA sehinggalah sampai ke Karak aku jadi tesnsion ...separuh giler ...jalan sikit hulur duit kat counter ..jalan dua tiga tiang lampu jaraknya muncul lagi pondok TOL yang meminta sedekah wajib ..terasa semacam pondok TOL tempat cetak duit ... .eh giler giler ...aduh malaysia ku ....terfaku rasa aku dah  bayar roadtax ..tapi kenapa kena bayar TOL ..yalah sebab  syarikat swasta yang bina jalan .....terfikir aku ..kerajaan buat apa ? takakkan  tak boleh fikir untuk buat jalan yang terbaik dgn duit ROADTAX tu  ...? sebanranya bukan apa ....saja nak ambik peluang nak buat duit ..nak buat bisnes jee...tak faham zaman sekarang jalan raya pon orang boleh buat bisness ...aduh aduh ..

bayangkan kalau duti tak ade macamna nak guna jalan itu ..macamna nak balik ....kg ...duit TOL takde ......eh memang aku tetap tak faham sebab aku baru sahaja jumpa benda sedemikian ....sebab kat mesir tak yah bayar TOL kat Brunei tak yah bayar TOL....

memang cukup mahal mahal kat sebelah sana semua kena bayar ...bayangkan dua hari tingglkan kereta kat parking KLIA  aku kena bayar RM 101  ...eh tak logik .....tak masuk akal..kenapa jadi keterlaluan begini ...???

aduh aduh ...aku tetap berbangga kerana aku adalah salah seorang rakyat yang didahulukan ......dahulukan untuk  bagaimnna aku tak tahu ...?

Friday, April 9, 2010

Step To Miri

Pemandangan yang jarang aku lalui sebelum ini ...dari Terengganu ke KLIA ....indah dan cantik pemandangan ini ...saksikan ...selalaunya tgk di udara sahaja ...

Wednesday, April 7, 2010

Apa Khabar Sainsri

Hu hu ..hanya mampu meneropong dari jauh .....alangkah bestnya kalau ada alat yang mampu meneropong secara live ......tapi segalanya kini  hanya mampu mendegar khabar dari jauh dihujung telinga sahaja .....namun tahniah banyak pembaharuan dan kecanggihan  kehebatan terserlah dan menyerlah

Kursus Membina Laman WEB Sekolah ..

Eh lama dah tak keluar kursus mesyurat ......bajet ekonomi malaysia kureng ...kureng fulus ..kureng lah bergerak ...hari ini BTP Terengganu membuat kurusu membina laman web sekolah ...dan kat sini macam kurang je orang minat ....so diberi peluang untuk ikuti kursus / bengkel  selama dua hari ....di PKG ini ......gasak je...peluang dan peluang kita harus ambil ....hu hu ...

Thursday, April 1, 2010

Aduh Jerebu Datang Lagi

Ginilah Suasana Jerebu Yang Melanda









pemandangan awal pagi di SBPIBR jam 7 Pagi 31 MAC 2010



Bahaya  Bahaya !!! sapa yang buat  hal ini ...ingatkan di miri yg kuat jerebu ..balik malaya pon sama ..aduh ...menyusahkan orang sahaja....aduh aduh tak bertanggungjawab betul ...sapa yang membakar hutan ..dia untung  nak jimat kos menebas...kita semua yang sengsara makan asap....