Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, February 28, 2010

Hakikat Suatu Kebahagiaan


Nilai kebahagiaan yang hakiki

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.

Saturday, February 27, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul  kepada semua pengunjung sadaufm  khususnya Warga SMSains Miri dan Tak lupa SBPI BATU RAKIT ...
Marilah kita sama2 buktikan cinta kita pd baginda bukan hnya dibibir / di banner demonstrasi shj.. tp marilah kita buktiknnya dgn menelusuri sirah2 baginda, mengikuti pesan2 baginda, dan xlupa jga dgn mnghidupkn sunnah2 baginda iA! =)

Ya Allah,

Sampaikanlah cintaku kepada kekasihMu,

Perjuangan baginda, kerendahan hati baginda...

Sungguh, sangat mulia sosok tubuh yang Engkau ciptakan ini.


Ya Allah,

Sampaikanlah selawat dan salamku ke atas rasulMu,

Bantulah daku beramal dengan pesan-pesan baginda, menghidupkan sunnah-sunnah baginda..

Agar cintaku padanya tidak hanya pada kata-kata.


Ya Allah,

Sampaikanlah penghormatanku yang tertinggi buat hambaMu itu,

Tingkatkanlah rinduku pada baginda, redhoilah kasihku pada baginda..

Semoga kelak dapat kutemunya di akhirat sana.
 
 
Macamana Banner SMSM ...tempt keberapa n perarakan yang ke berapa ...

Friday, February 26, 2010

SBP Baru Bakal DI Buka

asrama
umah guru dan pk2 pgtua



asrama dan surau

Semalam balik dari Hutan Lipor Sekayu ...Kuala Berang ...sempat singgah ke Sekolah Baru SBP . Sek Men Sains Kuala Berang SMSKB wah teruja tengok suasana dan bangunan yang 90% sudah siap..cantik lawa...inilah baru SBP....kalau tak silap banyak sekolah baru akan dibuka tahun hadapan 2011 difahamkan Sek Men Sains Setiu akan dibuka pada tahun 2011 ...ada juga minta untuk bertukar ke setiu ..bangunan sama cuma dalam pembinaan dgar cerita 70% siap ..insyaAllah ada rezeki nak bertukar ke sana...bukan apa cari pengalaman dari pebghijrahan ...sekolah memang lawa 5bintang takan tak nak pergi .....doakan semoga kamek dapat ke SMSS....sapa sapa yang ingin berada di sekolah baru cuba cubalah mohon ....selera pada diri masaing masing ....terpulang .....yang penting peluang itu sudah ada......kepada member fikir fikir dan fikir jgn buat keputusan terburu buru ....hu hu ...

Thursday, February 25, 2010

Mandi Air Terjun Sekayu

Jangaan Mandi Bahaya weh
Pagi ke Hutan Lipur Sekayu penutupan  perkhemahan PRS .SBPI Batu Rakit .Mereka 3 hari berkhemah di Hutan Lipur Sekayu  Kuala Berang Terengganu ,...wah sebelum balik dari program  ambil peluang mandi air terjun .ini kali pertama aku sampai ke Air Terjun Sekayu ...rupanya memang cantik dan lawa....kepada merke yang ingin ke sini boleh menenpah tempat penginapan yang cukup murah ..kalau tak silap RM50 sahaja....tapak khemah 2 ringit ....macam macam kemudahan ada sini ..kaki pancing boleh memancing di Taman Agro sekayu ...nak makan buah pon boleh ....

Kelakar jugak Nama Kampung ini

jangan gelak ...sik sopan ..sebenarnya nama ini di snap semasa dalam perjalan ke sekayu HUTAN LUPUR SEKAYU ...tempat pelajar sbpibr PRS buat perkhemahan PRS..wah best ,,,,,


nama kampung ini semacam tapi orangnya semua baik 24KM ke kuala terengganu ,,,,

SPM

Dengar cerita 11 Mac akan diumumkan keputusan SPM 2009 ..adui sik selera mauk makan lagik ..sebelas hari jak ......harapan dan doa semoga semua biak saean dan batu rakit mendapat keputusan yang cemerlang ......

Nanti belanja makan ......

Saturday, February 20, 2010

Jalan Jalan Sekitar Kuala Terengganu


Semalam sambil cari KFC kat bandar tu sempat masuk ke pulai wan Man tgk Taman tamadun islam ...tapi sayang masa pegi tu tak tgk bateri camera sudah nak habis ..adui tak sempat nak tangkap gambar laaaaaa....cuma satu saja yg dapat ,,,,

tempat masjid cristal teganu ...insyaAllah lain kesempatan kamek akan upload tempat menarik tegannu ...

Monday, February 15, 2010

CANDID! CANDID!


Berikut merupakan gambar-gambar candid...jangan pula ada yang marah atau terasa cuma sekadar menghiasi SADAUFM...Mohon Moazmar upload juga gambar-gambar Candid dari sana..
Posted By : shamazafsainsri.blogspot.com

Saturday, February 13, 2010

Makan Angin Di Grik Perak














Pagi tadi terasa nak berjalan jalan je ..so kalau dulu berada di miri, pastinya cuti panjang ini dimanfaatkan dengan meronda ronda negeri dibawah bayu ..so sekarang ini ambil peluang dan ruang meneroka negeri semenanjung plak ...pagi tadi jam 10 pagi berjalan ke Hulu Perak plak ...Gerik sambil ziarah anak buah yang tak balik Kg ...InyaAllah esok balik .....sebab selasa Brains Mula bersekolah ...sik panjang cuti tahun baru cina ..........

Tahniah PK HEM Baru


Sadaufm mengambil Kesempatan diruangan yang cuma secarik ini sekalung tahniah kepada PK HEM baru menggantikan Moazmar ...semoga perjalan di kerusi panas ini dilalui dengan cemerlang ....Kamek Bangga kerana pilihan Sekolah begitu tepat memilih beliau dalam melaksankan tugas yang amat berat ini memandangkan beliau seorang yang mempunyai kelayakan dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar...semoga sainsri maju kedepan seiringan dgn sekolah sekolah lain ...InsyaAllah gabungan dan idea baru yang mantap akan membawa gemilang sekolah sainsri yang tercinta ....

Tahniah Dan Baravo buat cikgu Hisyam ....Teruskan usaha tanpa mengenal jemu ..
Gambar Ihsan www.ceritaabi.blogspot.com...

T.O.T. BERSEMPENA ULANG TAHUN KE 20 SAINSRI




TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN SAINSRI TETAP HEBAT MALAH TAHUN INI LEBIH MERIAH DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA...POSTED BY :SHAMAZAF

Terima Kasih


Terima Kasih Semua mereka yang memberi hadiah pada kamek masa perpisahan hari tu ....tak kiralah kecil ke besooo keee ..semoga ingatan itu akan dikenang sampai bila bila ..n kalau tak terucap terima kasih semasa menerima dulu maafkan ..mungkin kelam kabut menjadi halangan ....di kejauhan ini sekali lagi disusun sepuluh jari ampun maaf tersilap bicara ,terkasar bahasa, segala kekurangan selama menjalankan tugas di smsm,tak kira biak saean ,guru guru ,ibubapa staf warga sainsri.Sememangnya inilah tempat yang best dan mengukir banyak kenangan yang mungkin ada pahit ,,manis , masin ,manis ,pedas,ada yang trajis ,menyanyat hati namun dgn bekalan semangat dan rasa cinta serta rasa kepunyaan pada Sainsri segalanya tetap ditempohi dgn mudah dan tenang ...bukan mudah melaksanakana tugas ,tidak senang menghadapi kerenah semua orang .....yang penting niat iklas ...sebab kekadang orang tidak tahu apa dan matlamat yang kita ingin buat ....dalam mengukir perjalanan perjungan jangan mudah kalah pada rintangan dan kepayahan kerana semuanya itu adalah tanda tanda anda akan berjaya ....

esok nak berjalan ke perak pulak ....jom ...kita upload gambar nanti ,...

Perpisahan Bukan Penamat Persahabatan





Majlis Perpisahan dengan bekas PK HEM Ustaz Mohd Azhar Omar disambut sederhana tetapi cukup meriah dan menyedihkan..SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU...Drp :shamazaf sekeluarga

moazmar: sorry pada semua warga sainsri yg menunggu lama untuk majlis salam kedua aku bukan raja atau duta hanya insan biasa yang tiada tahta hanya insan biasa..cuma tak sanggup untuk melalui detik pepisahan ini ..so apapun kalian di hati kamek ....datang ke terengganu singgah laa umah kamek
DIMANA KAN KU CARI GANTI SERUPA DGN SAINSRI ....TAK SANGGUP KU ....lagu p ramlee

Friday, February 12, 2010

Hajat Hati nak Teruskan Sadaufm Dgan Brita SMSM


Hajat di hati nak jadikan sadaufm meneruskan berita tentang sainsri namun apakan daya tiada siapa yang ingin meneruskan menguploadkan berita kat sini ...nak mengisi cerita Brains (SBPI Batu Rakit) rasanya tak sanggup kecuali di sadaufm1...apapun sadaufm akan diteruskan dgn cerita diri, tentang alam ...ini agar hubungan kita sainsri semua takkan hilang ditelan zaman ....tapi macamna nak dapatkan berita tentang sainsri..siapa yang buat plak ? Tadi tgk diruang tinggal pesan tak dapat nak balas line tak bagus ....skrn berada di bandar tumpat ...saja jalan jalan makan meee...ah best eh ....

Di ruang ini nak ucapkan terima kasih kepada mereka? siapa sik tahu ? yang mempersembahkan lagu kepada moazmar kat dewan DSP berapa hari dulu ..terima kasih kerana masih ingatkan kamek .....

Thursday, February 11, 2010

Antara Dua Pintu Masuk



Inilah pintu yang selalu aku keluar masuk ...mencari pengalaman dan meneruskan pengalaman ....kedua duanya sama tetapi amat berbeza suasana dan isi kandungan ....cukup mencabar dan tercabar ...cukup seronok dan menyeronokan .....

apapun kedua duanya tetap dan pasti akan melakarkan warna-arna indah sebuah kehidupan ...nilai keseronokan disini dan disana tak sama nilainya ...apapun kedua duanya ini aku kan kenang .