Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Saturday, August 29, 2009

Kongsi Gambar Jale jale Tgk Ore





Hari ini (28.8.09)memang bernasib baik ...selepas hujan dari kota blued sampai di kundasang sekitar jam 5.45 petang ..wah memang menyeronokan walaupun penat berjalan namun bila dapat tgk gunung Kinabalu yang di sinari sang mentari nampak macam seketul emas yang bersinar nah inilah dia ...............

Klik Je klau nak tengok lagi ... .gambar kk 2009 ogos 27-28.

Friday, August 28, 2009

Sudah Sampai Di Simpang Menganyau





Wah Tak sangka di penghujung Borneo pun masih ada 3g ...nak untuk penkongsian ....lepas ini mau pergi pekan kudat sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke ranau ................ok Jumpa Lagi Malam Nanti .

Thursday, August 27, 2009

Persekitaran Bazar Ramadhan Asia City ..Kat Mana yeee?






Jam 530 tadi kuar bilik untuk beli makanan ,cadang nak ke kawasan dataran Square tapi bila lalu je belakang hotel ..terkejut pulak rupa-rupanya ada kedai jual makanan bebuka puasa ..panjang pulak tu ...nak kata murah tak jugak ..tapi boleh tahan..mcam macam ada ..aku sempat beli dua ekor ikan bakar tak mahal 5 ringgit je ..sedapp jugak cuma nak makan je susah .sebab kat hotel ..wah esok masih ada ..aku kalau dapat nak makan ketam kudat plak




Sudah Sampai Ketempat Yang Dituju





Hotel Tempat menginap ..tak tahu lagi kat mana..tapi ianya baru sahaja dibuka lebih kurang satu minggu ..bilik yang didiami pun tidak terusik lagi ..murah je ..booking dgn internet RM88 Je ..mak oiiiiiiiiiiiii murah nye ....nak tengok ..nama dia Cititel Express...Tapi Kalau diret Promosion RM 138.Twin Bad.....nak murah lagi duduk kat tabung haji bilik luas baru rega dia RM78 ...kalau ada kereta jangan risau pasal jauh disembulan /

Apa Kata kita pergi jalan jalan!!!




Eee boring nye ...tak tahu nak buat apa nih ..nak balik kg rasanya tiket terlalu mahal ...ok ..kita jalan jalan sajalah ...nak tahu kemana saya pergi tunggu posting petang nanti ..............cadang nak pergi ke KK tapi tak jadi, ada masalah teknikal ...

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Menduduki Exam PTK Esok




Buat Semua Guru yang Mengambil Exam PTK esok kamek ucapkan semoga berjaya ..jangan tak jawab ..study habis habisan ,,yang belum study jgn risau buku boleh bawa ..esok angkut banyak banyak buku ,

Apapun aku baru je selesai exam 25 ogos yang lepas ...fuh semacam je soalan dia ..dgn pebuh ketekunan aku menjawab .tapi susahleeeeee.kali pertama exam ptk44...

Sebat Peminum Arak Jangan Main-main Hukum Islam



Sekarang menjadi isu hangat tentang hukuman sebat terhadap umat islam yang minum arak ....banyak cadangan ,alasan ,situasi yang tidak menentu tentang pelaksanaan hukum ...yang pasti Islam telah lama menentapkan Hukum Peminum Arak ..cuma atas kepentingan tertentu ianya diabaikan ....mungkin pada pandangan kasar meminum menuman ini perkara kecil tapi .....nah tengok artikel Ust Zaharuddin dalam blog dia Sebagai Perkongsian.....................

Klik Je ..kalau nak baca labih jauh lagi

artikel blog beliau boleh rujuk http://www.zaharuddin./

Bebudak PMR dan SPM Jejak Gemilang Balik

Hari Ini hampir 95% pelajar PMR dan SPM Kembali Ke rumah masing masing setelah 3 hari Bersama dalam Program Jejak Gemilang 2009 semoga selama berada disini banyak manfaat diambil oleh pelajar ...





Konspirasi H1N1..Betul Ke?


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang .

Klik Je ..klau nak baca lebih jange malu yeeee

Tuesday, August 25, 2009

Teratak Warisan SMSM

Inilah wajah terkini(25 Ogos 2009) Teratak Warisan yang sedang dibangunkan ....teratak ini akan menempatkan galery yang berkaitan sejarah Negara .Sepatutnya ianya sudah siap tapi akibat kuarantin H1N1 pada 5 Ogos Lepas......apapun diharapkan ianya akan siap sebelum buka sekolah nanti .

Exam PTK DG44




Fuh ! lega bila habis sahaja exam ptk pagi tadi ..kat SMK RIAM TAMAN TUNGKU .....
nak kata study tak juga ..nak kata tak study ada sikit baca ..apapun doa dan harapan moga dapat iv-iv...tak mahu lebih ..tak payah dapat v-v. cuma aku inginkan hanyalah dapat 4x4 je .di exam yang pertama ini untuk DG44...ramai dari SMS Miri yang masuk PTK tadi ..PN Haslinda ,Pn Norsiah ,Ee Reen ,Ust Saufi .dan member2 yang lain ...

Monday, August 24, 2009

Program Kecemerlangan PMR SPM






Walaupun cuti dan bulan ramadhan sedang bertauk erat namun demi kecemerlangan putera puteri PMR SPM tahun ini program jejak gemilang tetap diteruskan ....kerana ramadhan bukanlah penghalang kepada semua aktiviti ....aktiviti yang baik ini perlu diteruskan dan dimanfaatkan agar semua calon exam pmr dan spm tahun 2009 memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang lagi ....amin dengan keberkatan yang ada dibulan yang mulia ini dikabulkan permintaan .program jejak gemilang ini bermula 24-26 Julai 2009 .kalau tahun lepas penuh cuti ini digunakan untuk program jejak gemilang ini .





Selamat Berpuasa Kepada Semua


Selamat Berpuasa kepada Semua Pengunjung Sadaufm dan semua warga Sains miri ..semoga ramadahan kali ini dilalui dengan penuh makna ....

Wednesday, August 19, 2009

Renungan Buat Seorang Bernama Aku

"Siapakah kita? Dari mana kita datang? Kemana kita akan dikembalikan? Kesemua persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Takwa.

Seorang teman pernah mengingatkan bahawa dunia ini ibarat penjara dan manusia adalah ibarat banduan yang menanti masa ke tali gantung. Bezanya hanyalah banduan yang dihukum mati mengetahui bila masanya dia akan digantung sementara kita tidak, hanya menanti masanya. Sudahkah kita bersedia melaluinya?

Perhatikanlah disekeliling kita, betapa besarnya kurniaan nikmat Allah untuk manusia. Bangkit daripada tidur adalah satu nikmat, dapat membuka mata dan melihat adalah nikmat, memandang cermin dan melihat diri kita dari hujung rambut ke hujung kaki terasa begitu agungnya kejadian Allah. Itu hanya setakat diri kita sendiri, belum lagi memandang keluar tingkap melihat langit yang terbentang luas yang tidak ada siapa yang mengetahui betapa luasnya ia. Sesungguhnya ilmu Allah itu tiada batasnya sepertimana ilmu manusia kerana Dia adalah Al-khaliq. Sedarlah siapa kita wahai sekalian manusia, kita ini adalah hamba, hamba abdi kepada Tuhan yang satu yakni Allah.

Cuba hitungkan berapa lama sudah kita menumpang hidup diatas bumi Allah ini? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Selama kita hidup dengan menikmati segala nikmat yang Allah berikan ini, apa yang telah kita lakukan untuk membayarnya? Allah tidak menagih hambaNya untuk membayar dengan wang ringgit dan harta benda, apa yang Allah kehendaki hanyalah ketaatan kita sebagai hambanya. Selama kita hidup, adakah kita benar-benar taat dengan segala perintahnya sebagai 'Tuan' kepada kita? Allah memerintahkan kita solat apabila masuk waktunya, adakah kita taat? atau kita masih sibuk dengan urusan dunia. Tidak merasa bersalahkah kita membiarkan 'Tuan' menanti kita untuk mengadapNya. Tanyalah diri masing-masing 'selama kita hidup, apa yang telah kita lakukan untuk Allah dan agamanya?' dan 'setiap hari berapa lama kita mengingati Allah?. Sehari ada 24 jam dan dalam waktu sebanyak itu, berapa saat, berapa minit, berapa jam kita mengingati Allah?

Renungkanlah betapa lalainya kita sebagai hamba, seandainya kita hanya mengingati Allah disaat kita solat dan satu waktu solat itu mengambil masa kira-kira 10 minit, ini bermakna dalam 24 jam hanya lebih kurang satu jam kita mengingati Allah. Bayangkan kita telah menghabiskan 23 jam untuk urusan dunia. Ini bukan bermakna kita tidak perlu bekerja, tidak perlu makan dan tidak perlu minum tetapi ingatlah kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Bekerja dengan penuh iltizam agar hasil rezeki darinya dapat kita nafkahkan sebahagiannya ke jalan Allah, makan dengan penuh ingatan bahawa apa yang kita makan itu adalah rezeki kurniaan Allah. Itulah ertinya seorang hamba yang bersyukur.

Hari ini, Allah menguji kita dengan bermacam-macam bencana yang datang bertimpa-timpa, belum pun habis dengan krisis ekonomi, Allah datangkan pula dengan wabak penyakit chikugunya, denggi, influenza A H1N1 dan sebahagian negara dilanda gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Sejauh mana manusia mengambil segala bala bencana ini sebagai ujian dari Allah? Tingkah laku manusia masih kelihatan seperti biasa, tiada resah, tiada gusar dan tiada bergantung harap kepada Allah. Benarlah syaitan itu akan terus melalaikan dan melekakan manusia sehingga nyawa berada halkum, sehingga pintu taubat telah tertutup untuk manusia. Kembalilah kepada Allah, mohonlah ampun kepadanya sementara pintu taubat masih terbuka luas, perbaikilah segala amalan, panjatkanlah doa dan harapan agar pancaran hidayah dari Allah menerangi hati kita yang gelap dan kelam dengan selaput dosa-dosa silam. Semoga Allah panjangkan usia kita hamba-hamba yang hina ini untuk dapat sama-sama memanafaatkan Ramadhan yang bakal menjelma. Kami menantimu Ramadhan...

Tuesday, August 18, 2009

Mesyuarat Pemuafakatan Dengan Kontraktor Dewan Makan



Hari ini berada di Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat Pengurusan dewan makan di Sek Men Sains Sabah ....malam tadi jam 10.00 berangkat dari Miri ...Jam 6 petang ini kembali semula ke Miri .......

Monday, August 17, 2009

Kata Datuk



ATUK MERDEKA
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu,

Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit dato’, tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul .
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.

Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi .
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.

Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.

Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang dilangit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan jadi bintang tiga .
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.

Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam superman,
Sarung diluar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy .
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin merdeka.

Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang BERFOYA-FOYA BUANG MASA
Simpanlah MASA UNTUK BUKU DAN NOTA
AGAR MAMPU UNTU KAU membeli kayu,
membeli pagar,
membeli mangkuk,
membeli bintang,
membeli seluar dalam,
membeli merdeka.
MERDEKA ……

Sunday, August 16, 2009

Selamat Menduduki Exam




Semoga Semua Putera Puteri Memperolehi Peningkatan ...........
Semoga Berjajaya dari sadauFM