Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Tuesday, December 30, 2008

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.Sebabarlah dengan ketentuan Allah terhadap diri kita ,,,mungkin hari ini bukan bahagian kita .tetapi percayalah ....suatu hari nanti akan ada sesuatu yg diberikan Allah ...jagn mudah putus asa dan putus rahmat Allah ...

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Berjaya !!!!! Ya Semua Orang ingn berjaya ....

Bila Anda dah berjaya, tak kira kejayaan besar atau kecil, jangan lupa orang yang dibawah pencapaian Anda.

Bila kejayaan dah menjadi milik Anda, motivasikan orang lain dan bantu mereka bina diri mereka menjadi seperti Anda, supaya mereka boleh berjaya sama level dengan Anda. Kejayaan adalah untuk dikongsi, bukan untuk dibangga-banggakan kerana ia boleh ditarik bila-bila masa dengan kehendak Allah s.w.t.
Hari ini tidak ada perkara yang diperkatakan ..hanya semua A....semua tentang kejayaan ..ya ..tentang kejayaan pelajar memperolehi A.....namun adakah dengan semua A itu menandakan menunjukan mereka berjaya ......mampu untuk mengharungi dunia tanpa sempadan ...dunia langit terbuka ini .....

Takrif kejayaan terpulang pada Anda kerana ia sesuatu yang sangat subjektif, berubah-ubah dan tidak tetap. Kejayaan pada diri Anda, mungkin bila mampu menjadikan semua subjek dengan A.......

Jika Anda tetapkan matlamat mahu berjaya, kenal pasti bidang mana satu yang Anda mahu berjaya tu, kerana jika Anda mahu berjaya tapi tak tahu di bidang mana Anda mahu melakar kejayaan, ia sama seperti memandu kereta tanpa tahu ke mana mahu di tuju.

Bila Anda dah berjaya, jangan sesekali meninggi diri dan merasa pencapaian Anda lebih hebat daripada orang lain. Be humble, kerana sikap sebegitu disenangi ramai orang. Kalau boleh, kongsikan kejayaan Anda dengan orang lain.

Sehebat-hebat pencapaian Anda, ada lagi orang yang lebih hebat. Ingat tak kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir?

Namun, kita perlu ambil yang positif, di dalam hati kita seharusnya bertekad mahu majukan lagi pencapaian diri kita agar setanding dengan orang lain . Sekarang, kita orang biasa, tapi saya percaya dengan usaha konsisten, percaya dengan diri, rajin berusaha dan sentiasa berdoa, kita mampu mencapai kejayaan.

Ia bukan sesuatu yang mustahil. Bak kata Adidas, Impossible Is Nothing!

Monday, December 29, 2008

Dengar Lagu Nih Best

Teringat Masa muda muda dulu ....masa dok kat Hayyu Sabie...madinat Nasr Kaherah Mesir.....dengar lagu nih mengambalikan nostalgia lama..........ya lah ..aritu 2005 sempat menjenguk Kaherah ....2 minggu jeeee...itupun bila ke Mansurah ............

Inilah Bumi Anbiya....Dataran Nill,,,,,

Sunday, December 28, 2008

Sempena (Maal Hijrah) 1430 Hijrah


Sempena Awal Muharram 29.12.2008....
Marilah sama2 kita renungkan....


Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Saturday, December 27, 2008

Bicara Seorang Guru



Sewaktu aku kecil
Kalam Guru
Dihirup gelojoh di kedai kopi
Dijemput mulia di aneka majlis
Dipakai santun di segala tubuh
Disimpan kejap dan ketat di kamar minda
Segala hikmat dan nikmat …….

Kini waktu sudah jauh berlari
Kalam sang Guru
Dibuang-buang bagaikan juadah yang memualkan
Terpinggir terperosok tanpa siapa yang peduli
Tak sudi jadi penghias santun diri
Bersepah –sepah tak siapa ambil peduli
Segalanya omongan kosong jadinya
Bicaranya kian tenggelam
Oleh Hilang tanggap kemuliaan sejati ……..

bicara sepi ......

Suasana Sekolah Hari Ini 27/12/2009


Keadaan Kolej Kediaman Putra Putri Hari ini ...suasana Surau ....Makmal yang masih lagi dalam proses penyelenggaraan .........semoga tahun ini (taun akhir kat sini ...arap2 )2009 memberi inspirasi baru buat anak didik sains miri .........

Kekadang kita alpa, kekadang kita lupa, kekadang kita leka!!!


Teman,
Mungkin sekali kita leka..
Sekali pernah terlepas dari genggaman..
Ucapan 'Ooopps' mendahuui 'Ya Allah'..

Bila perut kenyang..
Ucapan 'Haa kenyangnya' mendahului 'Alhamduliilah'..

Bila diri terpegun akan keindahan..
Ucapan 'Subhanallah' ditutup oleh 'Wah cantiknya'..

Bila dikunjungi berita malang..
Ucapan 'Kasihannya' terucap kerana
Kita lupa kepada kalimah..
Innalillah Hiwa Innalillah Hirajiuun..

Kadangkala kita lupa kerana terbiasa..
Tapi ingatlah..
Agar bila Izrail datang membawa berita..
Biarlah kalimah LAILAHAILALLAH menjadi juara.

Wallahu'alam....

__________________

Tuesday, December 23, 2008

4 perkara yang berharga


Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka...

1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2-Para ahli waris akan menarik hartanya.
3-Ulat akan menarik tubuhnya.
4-Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1-Memberi maaf pada waktu marah.
2-Suka memberi pada waktu susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Monday, December 22, 2008

Hidup adalah anugerah


Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar -
Ingatlah akan seseorang yang tidak boleh berkata-kata.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu -
Ingatlah akanseseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu -
Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu -
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke syurga.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu -
Ingatlah akan seseorang
yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak
mendapatnya.

Sebelum engkau bertengkar kerana rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang
membersihkan atau menyapu lantai - Ingatlah akan orang merempat yang
tinggal di jalanan.

Sebelum merengek kerana harus memandu terlalu jauh -
Ingatlah akan sesorang yang terpaksa berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama.

Dan ketika engkau letih dan mengeluh tentang pekerjaanmu -
Ingatlah akan para pengangur, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain -
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadapi
pengadilanNya.

Dan ketika beban hidup kelihatannya akan menjatuhkanmu -
Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan kerana engkau
masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah ia.

NIKMATILAH SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KERANA MUNGKIN IA TIDAK AKAN
TERULANG LAGI!

Sunday, December 21, 2008

Tahukah Anda !! Bodohnya ...Tapi.... Betul..Logik


Tahukah Anda? Untuk Anda Yang Tak Tahu...

FAKTA
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..

Jangan Murih ! jangan Nganuk kamek sewl... !!!!!

Friday, December 19, 2008

BIAR !!!!!!



Biar kepahitan itu pergi ,agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu ,agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap ,jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula
biarkan diri ini derita ,agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini tak sama hanya secebis
dari penderitaan Rasulullah saw
Allah tidak sesekali menzalimi hamban Nya
tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri

cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu
namun peluang dari-Nya sentiasa ada
namun kasih dari-NYA sentiasa memanyungi
diturunkan ad-din memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebailk baiknya umat.
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri keehidupan mencari sebutir permata "IMAN"
menyemai sepohon "TAKWA"
agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "SYAITAN"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"............

Muhasabah Hari Jumaat


Kehidupan ini,
Tiada satu pun yang kekal..
kecantikan, kekayaan..
semuanya hanyalah pinjaman..

Oleh itu,
sahabat2ku..dan aku
sedarilah..
renungilah..
jangan sekali2 dikau alpa..
dengan anugerah dariNya..

Kerana..
bila2 sahaja..
ia akan hilang..
bila2 sahaja ia akan luput..
ingatlah wahai diriku dan juga sahabat2ku..

Wednesday, December 17, 2008

Beringatlah


Sekarang kat LCCT .jam dah 320 pagi ...mak oiii ramainya Orang ...semacam jeee...

Apabila semuanya serba tidak kena,
dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,
ingatlah.. kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana
Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah,

bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup

Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..
Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,

mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..

satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,

ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

kena banyak sabau sebab

naik Airasia...kena bermalam kat Hotel Terbesar Airasia..

Tuesday, December 16, 2008

Imam 20 sen !!



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk
pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di
dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki
yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan
berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya",
pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab,
"Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah.... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

so marilah kita sama sama mengambil iktibar dari cerita di atas jangan
pandang perkara kecil itu tak penting ...fikir2kanlah

Monday, December 15, 2008

Luka Hati Seorang Lelaki

Banyak kaum perempuan akan menangis saat disakiti hatinya oleh kaum lelaki. Memang kaum perempuan boleh menangis selama berjam-jam, atau bahkan berhari-hari saat hatinya benar-benar terluka. Tapi dalam waktu singkat, kesedihan akan sirna tanpa disedari dan keceriaan kembali hadir.

Bagaimanakah dengan kaum lelaki? Saat hatinya terluka, mungkin tidak ada air mata yang menitiss. Memang banyak lelaki yang seakan tidak memiliki kesedihan sedikitpun. Tetapi yang terlihat hanyalah kebencian dan kekecewaan kerana disakiti.

Benarkah kaum lelaki tidak sedih? Sebenarnya jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, ada kesedihan yang terpendam. Meski waktu telah lama berlalu dan segalanya telah berubah, tapi kesedihan itu masih melekat dan muncul dalam ingatannya secara tiba-tiba.

Saat kaum lelaki sudah memiliki pasangan baru, tanpa diduga, dia akan terkenang pada nostalgia di mana dia pernah berjalan dengan bekas kekasihnya. Ia akan mengingat bahwa perempuan itu pernah mengisi hari-harinya yang indah dan Ia begitu menyintainya. Saat itulah lelaki akan mengalami kesedihan yang begitu dalam. Tentu saja, hal ini tidak akan terjadi sekali, tapi berulangkali. Sehingga dapat dibayangkan betapa tersiksanya perasaan dan jiwa seorang lelaki.

Sekejap itu sahaja perasaan lelaki menjadi down. Lelaki seakan menjadi begitu lemah dan rapuh. Tapi uniknya, ia berusaha menutupi dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaannya sendiri. Sehingga, tak ada seorang pun yang merasakan, kecuali hatinya sendiri yang teriris.

Justeru itu kaum perempuan janganlah selalu cuba mendesak kaum lelaki untuk menceritakan kisah-kisah cintanya yang lama. Ini hanya akan membuatkan ia terkenang kisah-kisah lama yang boleh menggugat hubungannya masa kini. Kalau kaum lelaki mau melupakan kenangan silamnya, mengapakah kaum perempuan mahu menghidupkan kembali kenangan itu dalam dirinya? Jika kenangan dahulu lebih indah, maka kaum perempuan hanya akan membuatkan kaum lelaki itu lebih menghargai bekas kekasihnya. Dan jika bekas kekasihnya ingin kembali saat itu, ia akan berbelah bagi...

Hati yang terluka akan selalu dipendam dalam diri seorang lelaki, hingga ia benar-benar menghilangkan luka tersebut dari dirinya. Tapi bila luka itu telah hilang, jangan cuba membuatkan luka itu berdarah kembali dengan menyoalkan nostalgia cinta masa lalu. Jika cinta itu telah mati, yang pasti kita tidak perlu mati bersamanya. Life's must go on.......

Sunday, December 14, 2008

Ingat Mengingati Antara Kita

Tak salah kalau salin ingat mengingati ....

Kekasih vs Ibu......


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.

Tapi Ibu sudah tiada.......

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Saturday, December 13, 2008

Masa Bersama Allah berapa Banyak ??


Sedarkah atau tidak ? Perasan atau tidak ? tapi yang pasti Masa untuk kita beribadat kepada ALlah terlalu sedikit........mungkin ada yang tak terfikir langsung untuk bersamaNYA.....Sayang seribu kali sayang bila terdapat ummat Islam masa ini yang tidak ada masa dengan Allah .......inilah gambaran akhir zaman bebarapa jenis manusia yang seolah olah tidak ada lagi hubungan dengan hari akhirat hidup mereka sama dengan meraka yang tidak beragama Islam ..golongan yang sudah tidak ada langsung hubungan dengan pahala ,dosa,syurga,neraka azab dan sebagainya ...

Hakikat yang berlaku hari ini ....tempat tempat hiburan seperti menyaksikan Akademi Fantasia ...Jom Heboh ,Pesta Anugerah Filem ,juaralagu ,bola sepak Pila FA ,dan sebagainya penuh dengan penonton yang memberi sokongan padu .mereka akan berebut rebut untuk dapat saf saf depan ....tapi bila time solat masing masing ingin kebelakang !!! Jadi apapun ...dimana ..kapan bila ..pastikan anda tidak meninggalkan solat .......

Putera puteri SMSM ..nak main games ke ....Nak duduk depan PC Bejam jam tu duduklah ...tapi manfaatkan masa berjam jam anda itu ......
Ok Selamat Beristirehat ............masih ada 23 hari baki untuk bercuti .......

Perubahan Di Sainsri 2009



Beberapa kerja penyelenggaraan telah dan sedang giat berjalan di SMSM pada penghujung tahun ...yang masih belum selesai ialah ...surau ,Cafe Sainsri ....pemasangan Sinki .....Pondok PIBG ...3 Buah yang baru dibina .....pintu belakang KK Unimas 202/203/204/205 KK UTM semua Pintu Belakang diganti .UUM 202/204 UPM 201/203/203/205/206 UMS ....semoga tahun 2009 kita mendapat 5 Bintang dalam AAk......

Nak Berkawan Tapi kita Tak Hirau perkara Ini ....

Berkawan biar seribu ..Musuh jangan dicari ......perkara perkara yang boleh merossakan hubungan persahabtan
1-Memberi teguran di depan orang lain .
2-Kita Keras Kepala ...Enggan menerima nasihat ....
3-Membuka rahsia .
4-mencampuri masalah peribadi .
5-Menghitung kebaikan diri.
6-Sering Mendebat dan membantah .
7-Bergurau secara berlebihan .
8-Mengunakan kata kata kasar
9-Egois
10-Mudah percaya hasutan dan adu domba...

Thursday, December 11, 2008

Pejalanan Semalam Hari Ini

Semalam dari KB Ke KL ..naik Bas Cepat Ekspresss...tak cepat pun ..sampai jam 630 pagi kat hentian putra ......cadang nak naik keretapi ..tapi alahai tak dapat pulak doh ...tiket habis ........sebab raya ketiga ...ya le...org kelantan raya haji tu meriah juga disambutnya ........tap tup..kena belilah tiket bas nasib baik ada, tu pun bas yang tak Glamour dah ...yg ada nama sudah SOLD OUT ....budaya ..tranasional ..tak kisah janji hari ini boleh sampai ke KL ...dan teruskan sambungan ke Miri .....fligh kul 3 petang apalagi ....ronda lah !!! kemana ...LOYAT .....he hehe tengok barang komputer sikit kat sana ...............

Wednesday, December 10, 2008

Kalam Pagi Buat Sahabat.........

Renungan Buat Sahabat :...........

Seorang Badui pernah ditanya: "Siapa orang yg paling baik pergaulannya?"
Ia menjawab: "Ia adalah orang yg jika dekat mau memberi, jika berpisah memuji,
jika disakiti memberi maaf, dan jika ditekan tetap lapang dada.
Siapa yg mendapatkan orang seperti ini, maka dia telah beruntung dan sukses.
" Seorang dari suku Quraisy berkata: "Bergaullah dengan manusia sehingga jika engkau jauh,
mereka merindukanmu, dan jika engkau mati, mereka menangisimu..
(Abu Hayyan at-Tauhidi,

Persahabtan itu seperti tangan dengan mata ....
Saat tangan terluka,mata menangis,
saat mata menangis tangan menghapuskanya ...."

Tuesday, December 9, 2008

Berkorban ,Terkorban ,Korban Cinta


sebut pasal korban macam2 korban ada

korban dijalanraya (ter)
Korban di jalan Allah (ber)(jihad)
korban nyawa
Korban lembu ..amalan (meng)
korban hidup
berkorban untuk tanah air
korban cinta ....

P.Ramleee.kata.."berkorban apa saja ,harta ataupun Nyawa.......
ada yang sanggup berkorban harta sahaja, jrg yang sanggup korban nyawa!!! betul tu ...tapi kalau tanya mereka
yang sedang dilamun cinta ,tgh hangat-hangat tahi ayam bercinta ..
atau tengah cinta monyet(cinta budak sekolah )pasti mereka akan sanggup lakukan apa saja ..HATTA TERPAKSA BERKORBAN
NYAWA sekalipun ..
betulkan ..tak salah jawapan tu .....

ya cinta memerlukan pengorbanan ..betul ..tapi kalau korbankan segalanya kerana cinta
alamak !!! jangan menyesal nanti ...waktu bercinta semuanya indah ...sanggup!!!...sanggup ..... berkorban apa saja .. ...
lautan api sanggup ku renangi ...badai dan rimba sanggup ku rentasi ....
manisnya janji sanggup berkorban demi kerana sebuah cinta
..tapi bila segala galanya sudah dapat .....maka segala korban tadi akan lenyap hilang
dan kenalah cari pak sanggup sebab untuk menutup segala pengorbanan tadi .....so pesanan ..buat putra puteri SMSM ..
masa belajar nie takyah lah cuba-cuba nak bercinta ....tersilap langkah ...musnah segalanya ....
Binalah sebuah cita-cita untuk membina sebuah cinta ....so sekrang bercinta lah dgn buku
kelak cinta yang terbina lengkap sempurna .....lihatlah dari perjalan hidup insan yang tersiksa selepas menjadi korban cinta
...perit ..pedih ..sengsara...sakit jiwa....geram ...benci ...akan bertapak dihati nanti......so...ambil iktibar dari pengalaman orang lain .....

Monday, December 8, 2008

Hari Raya Haji ..atau Hariraya Qurban .....Sama je tu



Seminggu Sudah lembu ini kat rumah ...kesian dia ....sebab hari ini nak dikorbankan ...
tahun ini Mak beli sekor lembu untuk bagi2 adik
baradik untuk ambil bahagian korban..ada 7 bahagian ..bagi jeee
bilangan kami tak ramai 5 orang saja ...campur ma abah jadi tujuh ...senang je kira ..
satu hari nanti ..kami masing2 sudah ada kenderaan kat SANA ...tak perlu nak tumpang tumpang lagi
.......dengan ringkas mak kata ......dan sebelum ini kami sudah pun ambik bahgian dah ....nanti kat SANA
byk kenderaan yang kami ada...macam city...mercd...wish...VIOS..hu hu hu ....

fadhilat korban sabda Rasullullah s.a.w. :Maksudnya:

Bersabda Rasullullah s.a.w. kepada Fatimah r.a: Pergilah melihat korbanmu,
sesungguhnya dosa lalu kamu diampunkan sebaik sahaja terpecik darah yang pertama korban,
dia bertanya: Wahai Rasullullah s.a.w. amalan ini adalah untuk kita sebagai ahlu bait atau untuk
kita dan sekelian umat Islam? Jawabnya: Bahkan untuk kita dan umat Islam seluruhnya.

Korban ini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim
sebagaimana dirakamkan oleh Allah s.w.t. dalam Quran.


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku
di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar
kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari
berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Ibrahim:37
Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim : Adakah ini perintah Allah s.w.t. ?
Jawabnya : Ya, kata Siti Hajar : Pastilah Dia tidak akan mensia-siakan kita.

Nabi Ibrahim sekali lagi diminta untuk berkorban,
kali ini diarahkan untuk menyembelihkan anaknya Ismail,
mereka berdua bersabar tetap akur dengan perintah Allah s.w.t.
Pengorbanan mereka ini dipuji oleh Allah s.w.t. dan dikenang sepanjang zaman

Marilah kita membuat perubahan dalam kehidupan kita ke arah yang lebih baik dari semalam
dan kita terus beristiqamah dalam perkara kebaikan........

kalau bukan kita siapa?(pinjam dari Pn Lily )

Selamat Hari Raya Aidil Adha .

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA SAINSMIRI ..DAN TETAMU SADAUFMAllahuakbar!

Allahuakbarr!!Allahuakbar!!
Betul kita telah merayakan hari raya aidiladha dengan penuh meriah sekadar kemampuan kita.
Ini adalah satu daripada anugerah Allah s.w.t.... jemaah haji yang telah
hampir selesai mengerjakan haji setelah mereka wukuf di padang Arafah.
Di padang Arafah semua orang kecil besar, tua muda, kaya miskin adalah sama. Pakaian mereka sama,
tempat mereka sama, seruan (talbiah) mereka sama, Tuhan mereka sama, Nabi mereka sama,
tetapi belum tentu hati mereka sama.

Kita dikehendakki merayakannya dengan cara kita sebagai orang Islam.
Perayaan kita cukup berbeza dengan perayaan agama lain.
Perayaan kita bukan majlis minum arak yang dihiasi dengan majlis tari menari,
gelak ketawa, judi dan sebagainya sebagaimana agama lain.
Kalau amalan sebegitu dibuat oleh sebahagian umat Islam ia adalah bukan daripada Islam
walau sebesar zarah sekali pun.

Perayaan kita mempunyai keistimewaan yang ketara yang tidak dimiliki oleh agama lain
Perayaan kita bersifat rabbaniah (ketuhanan), dipenuhi dengan ciri-ciri menghambakan diri kepada Allah s.w.t.
Ia dimulai dengan takbir, solat dan hubungan dengan Allah s.w.t. Perayaan kita bersifat insaniah,
seorang muslim tidak boleh bergembira di hari raya seorang diri, tidak boleh kenyang bersendirian,
tidak boleh hidup tanpa ada ikatan dengan orang lain. Itu semua bukan sifat-sifat kita.
Di hari raya puasa kita diwajibkan membayar zakat fitrah dan di hari raya haji kita disunatkan korban.
Semua itu adalah untuk memberi kegembiraan kepada orang lain, orang fakir miskin dan sebagainya.

Sunday, December 7, 2008

Semua Orang Nak Pada Syurga Allah


semalam baca surat khabar ....terjumpa satu ruangan ..... AL_FATIHAH buat .....semoga rohnya di tempatkan bersama para Anbiya dan solihin .....gambar seorang Perempuan pakai sapu tangan !!!kalau pakai tudung tak nampak rambut .

terfikir lah juga ..aku ..bolehkah masuk syurga Allah ? Wallahuaalam ...tak berani nak menghukum .......tapi kalau ikut adat..ikut apa yang diajar oleh pak pak ustaz ..orang alim ..syurga ini tempat mulia tempat yang teramat istimewa ....dan mestilah yang masuk ke sanat pun ,mestilah orang orang yang istimewa...tapi kalau masa sebelum mati dia tu ..pakai tudung pun tak reti ..nampak urat nampak rambut ...solat entah buat, entah tidak ... ...sedekah ...puasa ...dll ...mengumpat ..mengata orang ...memrintah dgn adil ke??? banyak lagi leeeeee....bagaimana boleh begitu tinggi harapan untuk bersama roh para anbiya...sedangkan para anbiyak tak pernah senang dengan keduniaan, tak pernah leka dengan mengabdikan diri ..hidup penuh dengan gentir perjuangan ....menegakkan kalimah ilahi ......bukan terhampar permaidani merah ....!!

Terlalu tinggi rasanya cita cita itu ....pangkat kat dunia ni tak laku kat negeri akhirat ...Tan Sri ke! Datuk Ke!atin ke ....Allah tak peduli itu semua ...jadi padang2 juga pada diri ..jangan sekadar nak suruh orang doa, agar bila mati roh kita di tempatkan di tempat yang baik ...sedangkan kita tak pernah mengenal tikar sejadah ....tak fikir dosa dan pahala! tak pernah fikir pasal halal haram!

muhasabahlah kita ..kalau kita nak syurga Allah ..kumpulkan (pahala)duit yang laku di akirat sebanyak mungkin dan tukarlah dan berurusan lah di sana nanti ....yang kaya di dunia tak semestinyanya ia mampu untuk membeli syurga Allah ...dan yang miskin di dunia tak semestinya ia miskin di akhirat ....syurga Allah tak semurah yang dikata.......syurga Allah dapat dibeli dengan ketaqwaan ......

..."Air mata sesalaannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh kedalam kawah neraka ...." hadis

."...aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga ,malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tetutup terkunci untuknya .ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pengangan akidahnya ,maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman ....."
semasa hidup ini cari2 lah keredhaan Allah swt....kelak senang untuk kita lalui titian sirat menuju syurga Allah .....selalu selalulah membanjiri mata dengan airmata penyesalan kelak mendapat Rahmat Allah .....taubat taubat selalu sebelum terlambat agar tak lagi memohon untuk dikembalikan ke dunia lagi .........syurga Allah akan diperolihi dengan rahmatnya ..........

Saturday, December 6, 2008

Macam nak sambung belajar jeeee!!



Sudah dua tiga petang duduk depan TV, sementara tunggu azan maqrib tgk TV Sembilan …Rancangan belajar mengaji …(kat miri tak dapat sebab tak pakai astro)dengan iringan alunan muzik dan kalam ilahi tu …..entah kenapa tetiba sahaja terdetik di hati timbul perasaan ..”bestnya belajar” ….terasa di hati macam nak sambung semula belajar …kerinduan ..keceriaan semasa berada di Lembah Nill ..Kaherah Mesir suatu ketika dahulu mencuit cuit hati ini …..mengimbau ,terbayang di kepala .….seronok sebenarnya menuntut ilmu nie …..macamana yeeee boleh lagi keee…. “….tuntutlah ilmu dari buaian hinggake liang lahad”…. macam bolehlah bila bila masa pun ……..insyaAllah kalau ada peluang nak cuba cuba isi sambung belajar pulak ,nak jadi student plak ..bukan nak menunjuk ..nak pangkat ….tapi entahlah ..aku pun pelik dengan tetiba nak jadi student……….nih …..kalau dapat biasiswa atau tajaan hajat hati nak sambung lah ……..Ustaz Kamil SMKA agama Miri sudah dapat buat master ,,Ustaz Afendi Kolej dapat…eeee nak mohonlah juga!!! mana tahu ada rezeki dapat sponsor……..terasa dahaga sangat dengan majlis ilmu ..kat sini senang mudah jeee cari ..kat sana …adui semakin jauh ..dan terus terpinggir ……
so buat putera puteri ku …sebenarnya jadi seorang pelajar nie best ..betul best seronok ….janganlah sia siakan peluang yang ada tu ………

Bangkitkan Keupayaan Diri


Sebenarnya dalam diri manusia ada satu kekuatan yang tak terjangkau pada pemikiran kita…. bahwa kita memiliki kekutan Luar biasa …tak percaa keee….cuba tengok orang dikejar anjing …. Pagar setinggi kepala sendiri mampu kita lompat …nah ….percaya!!! pernah tengok ??????!!! oleh itu sebagai seorang pelajar cuba , cari dimana power yang dimiliki itu berada dalam diri anda, dan keluarkan …tonjolkan bukan nak riak bukan nak angkuh …....cari cari cari …sebanrnya kita memiliki power sepowernya … kita perlu cari power itu dan letakan dalam situasi kita sebagai seorang pelajar …extra pemikiran powerkan pemikiran kita …. Boleh kan ..boleh tak caya keee…. Kenapa tak percaya ….!!!!
Kalau bercakap pasal Pintar nih !!! tiada siapa yang mampu menjadikan kita pintar daripada sebelumnya ,kecuali kita sendiri yang berusaha menjadikan diri kita menjadi "pentarrrrrr"..Guru pun hanya 30% saja boleh bantu ….kata setengah orang dengan ubat boleh menjadikan seseorang itu pentarrrr..(banyak ubat pintar dijual) tapi betulkah ?????…..tak berani nak komen ….macam macam ubat ade ! sebab ada orang makan 3 biji ,he he he sudah "pentar", ada orang berkati kati ,berkilo kilo ubat tablet ditelan dikunyah macam nasi makan pun ada ..tapi he he he masih macam tong sampah jugak… soo susah nak cakap … tapi kalau nak makan tu bolehlah jgak, sebagai penguat ingatan bukan nak jadi pandai ..sebab pandai macamana sekalipun tak dapat nak buat dengan ubat ,,,makan kismis boleh kuatkan ingatan ….buah kurma sama gak ..banyakan makan buah yang manis2 untuk kuatkan ingatan, bertambah pandai laa nanti ..so kalau nak pandai kena banyak baca ..kena rajin baca …kena hayati apa yang dibaca , yang lain lain tu sekadar untuk rangsangan menguatkan ingatan saja ……,jangan buang masa tak tentu pasal … masa sekolah asyik nak bercinta ..tak yah laaa lagi ..tak hilang seri kalau tak bercinta ..giknya …kejar lok cita cita …cinta pasti akan muncul percayalah …….yang lelaki tu nak mengatai tak tentu pasal …eleh nak beli maggi pun dengan duit mak bapak …..adui susah …..belajarlah untuk jadi pandai …pergunakanlah sebaik mungkin waktu prep petang prep malam tu …jgn kecoh kecoh buat bising …..jgn berpenyakit sangat ke tandas,,,bukan ada buasir pun …….putera/riku …sainsmiri
Kata orang “bercinta dengan pelajaran ,bertunaglah dengan mengulangkaji ,berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan” sowie lah tumpang kata kata orang …..

Friday, December 5, 2008

Jangan Menyombong Dengan Cantik


Hari ini nak sambung lagi dengan isu cantik ni....bukan apa semalam jumpa budak, tgh menangis sebab kawan dia ejek, kata dia tak cantik ...susah jugak ye ...yelah tak kira besar kecik tua muda semua sudah menjadi naluri ingin cantik ......

ari ini saya nak lontarkan satu persoalan kalau ada orang jumpa anda dan dia kata nak berkahwin dengan anda kerana tersangat cinta pada anda..dan anda tanya pasal apa cinta ? ...sebab sangat terpikat dan kagum denga kecantikan anda !!! macamana ???

baik anda jangan layan dia .. !!!!!!pasal apa!!!!pasal dia hanya kagum kerana kecantikan anda sahaja, sedangkan kita sudah mengetahui evolusi manusia ..apabila umur meningkat mulalah kerepot sana kerepot sini ...body sudah hilang shape ,aligment sudah banyak lari ,bila dah macamtu pasti dia tingglkan kita .sebab cantik ini tidak akan selamanya memanjang bersama kita ... cantik akan hilang pergi ..palin bertahan bolehlah sampai 25 tahun lepas tu !!!! ...tau lah sendiri .......
Jadi kalau ingin mencari cinta jangaan cantik jadi perataruhanya !!........cantik tidak pernah kekal ..masa kanak-kanak bukan main tembam ,eiii geram rasa nak dukung eeee nak timang timang rasa,eee nak lambung lambung .....

masa remaja tengah ranung ....dan masa ini lah orang kata lawa..hensen sebab itulah masa remaja ini , ramai orang jatuh ...jatuh ..tersungkur dgn cinta, sebab masa tengah lawa....masa pra dewasa 20-25 tahun tengah bergetah ...woiiiidan selepas itu kalau ada yang lawa tu memang rezeki dia lah ..tapiu kebiasaan manusia pada umur 30-40 an dia punya siaran ,tuning dia sudah lari ...solek setebal 2 inci pun kedut sudah mula nampak .... jgn nak perasanlah oiiiiiii....

so kita kena lihat dan renung bahawa ,nikmat cantik itu hanyalah sekejap cuma.....so jangan susah hati kalau rasa tak cantik ...sebab kita semua adalah lawa dan hensyemmmm

yakin dan ketahuilah bahawa kecantikan disisi Allah ialah bukan pada paras dan rupa ........Tapi ketaqwaaanya......

5 Disember




Saban tahun aku lalui tarikh ini dari kecik sampai lah ke TUA bangka ini ...tarikh ini tak pernah aku tak lalui ..apa yang pelik ...apa yang hebat sangat dengan tarikh ini ...aku sendiri pun tak pernah hiraukan dan ambil tahu ......yang menjadikan aku ingat dengan tarikh ini ialah orang lain ....
semalam jam 12.45 pagi DR Mohd Ardif Damiri hantar MMS....terkejut jugak ..pagi pagi macam nie, ada lagi sms masuk ..mungkin ada kes kecemasan kot ....bukalah ....leeeee...ingatkan apa ......rupa rupanya ucapan Happy Birthaday ..ingatkan pa .... .....JUST BECAUSE ....I MAY HARDLY SAY IT ,.....BLA BLA BLA... ingat lagi bebudak pada diri ini ....bekas ketua pelajar tahun 1999 kat Sek Men Sains Miri ..sekarang dah jadi DR kat Hospital seremban ...."bangga" .....ya lah banggalah juga bila ada orang lain yg mengingatkan satu tarikh yang sebelum ini diri ini tak pernah ambil kisah ...
ya bukan tak nak raikan ..tapi biasa..... budak kampung ..main "baruh" mandi paya tali air ......main "ikan karengg" mana sempat nak fikir pasal nak sediakan kek berlapis lapis ....mak tak pernah kisah pun ....so tak kisahlah aku ,,,aku bukan orang bandar!!! dan berada .....orang kg yang kolot ... .....tak pedulikan semua itu ...dari beli kek baik beli ikan, sayaur masak lagi kenyang .......

so seingat aku tak pernah minta dengan mak ayah untuk belikan kek berlilin, tiup dan nyayikan lagu selamat hari lahir....tak pernah ...tak ape lah ..tak kisah semua tu ...

Yang Happy bila kita tak tahu tak ingat apa apa , tetiba ada orang yang mengejutkan memberitahu tarikh 5 DIS, tu yang best ....dulu bacth spm 2006 aku tak ingat siapa yang beri patung beruang putih masih disimpan kat flat tu ..fahmi yang bawa ..tanya siapa yang berik dia kata penghuni 106 unimas ...susah jugak ...nak berahsia .bebudak nih ..kat sekolah kalau budak ingat tarikh ini tabik sping lah aku .. ..rasa banggsa sebab yang busy body ,marah marah ,,ganas ,buanya ,singa ,menggajah ..hantu, jin ...tak boleh tolak ansur ,garang brutal,gila kuasa ,keras hati ,tak boleh bincang ,kedekut ,bakhil.#$%^&*( dan macam2) tapi ada juga yang sudi untuk melafazkan secarik kata "HAPPY BIRTHDAY BUAT AKU" ...sayu jugak ...yee laaa ....mereka masih ambil peduli....bangga aku bangga aku .... .

sekarang bebudak sudah lain ....dunia sudah tak ade langit lagi dah...tak macam dulu ......birthday saja ,,bukan setakat kek berlapis-lapis, lilin berbatang batang,macam nak terbakar kek tu, dapat hadaiah hadiah macm2 ..ada yg dapat keta ..PS3 ,basikal motosikal ..nasib baik bukan isteri jeeee...dan macam macam lah .........untung mereka ...semua itu aku tak tahu dulu ,tak penah terlintas di kepala ini .......dan cerita sambut2 dan ..beli kek nih bila posting kat miri .... je aku tau..oooooooo macamni kaaaa..kolot nye aku ......

tak pe lee yang penting kita tetap dikurniakan kesihatan ...itulah hadiah yang paling berharga dari ILAHI ...cuma kita jeee tak perasaan ....kalau nak kata deman setahun sekali susah ,Alhamdulillah ...

hari akhir persekolahan hari tu sambut Birthaday dengan bebudak dari bulan Julai sampai Disember ...aku rasakan itulah kali pertama sambut Birthday depan kek .....nak kata sedih tak juga happy ...? entah ..sudah takde perasaan dah ......bagi aku !!cukup hanya memerhati perjalanan kehidupan, cukup lah tahu dan celik dgn perkara ini... sudah cukup ......
kalau nak dikisahkan masa sekolah dulu ...kita bukan orang senang so ..nak minta minta dengan mak eiii ....

dulu teringinlah juga nak pakai seluar trek jalur 3 tapi tak berani minta ......bukan apa kesian .....tak pelah pakai je apa yang ada ..itulah sampai sekarang aku tak suka meminta minta ...sebab mak bapak tak pernah suruh ..kata dia "biar susah tak peee, asalkan kita tak berhutang ......."dan kalau tiba 5 Dis pun macam biasa tak de susah susah dengan tarikh ini...mungkin sekarang kalau teringin sangat buatlah kenduri .makan2 doa selamat mungkin sudah cukup ...tapi hari ini masih tetap terasa bangga bila ..isteri..banyak lagi bekas2 pelajar Ct Rosalinati yang menghantar SMS mengejutkan ,meberitahu hari ini adalah Birthaday saya ....betulkah ..aku tak tahu ......apapun terima kasih kerana sudi memberitahu dan menyedarkan diri ini bahawa usia Hamaba semakin bertambah ...dan musafir semakn semakin hampir dengan penamat ...so ..kalaufikir2 sebenarnya ulangtahun kelahiran ini adalah hari peringatan untuk bermuhasabah .......bersedia untuk kembali menghadapNYA .......

Semua Orang Adalah Cantik


Yap ...solan yang jarang orang yang sanggup membicarakan tentangnya ....tentang Cantik ....sebenarnya Persoalanb Cantik adalah terlalu Subjektif sangat sangat ....Ukuran cantik antara individu manusia sungguh berbeza...ada orang , anggap putih itu cantik . tapi ramai juga mat salleh kawin dengan orang negro ....mesti dia kata Hitam itu menawan(macam Vios Hitam )..Ratu cantik pun bukan semestinya orang putih ...kekadang tibul juga orang India , orang bangladesh dan pernah juga beberap kali orang negro dapat juara Ratu Cantik .. Aggapan cantik ke tidak cantik tidak pernah sama ...ada orang suka yang gemuk ...ada orang suka yang tinggi menggalah ...ada orang suka yang cekeding ,ada orang suka yang sedang sedang ,ada orang suka yang macam gajah ...jadi kesukaan manusia mana sama ......jadi kenapalah rendah diri sangat beranggapan diri tu tak cantik ...semua kita adalag cantik .......


cuba tengok sekeliling kita ,,,Tak hebsen langsung tapi ,isterinya mak oiii bukan main ....lawa...suami hensyem bukan main isterinya buruk bukan main......suami tinggi isterinya pendek ...bagaiman boleh terpikat .....dia tengok cantik ...awak tengok tak cantik .....rupa nie bukan ukuran sangat lah .....api perangai ......sikap .......keseluruhan tubuh badan ......pengangan ,pendirian , cara bercakap ...yang menentukan muka tu hanya sebahagian kecil saja .....


semua orang cantik sebab seua orang adalah di Cipta oleh Allah yang Maha Cantik ....

Thursday, December 4, 2008

Doa yg indah


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"
Doa Yang Indah Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku. Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku. Allah menjawab, Tidak.Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran. Allah menjawab, Tidak.Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan. Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan. Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku. Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku. Allah menjawab.. , Akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN .

Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang , kamu adalah dunianya

Wednesday, December 3, 2008

siapa, dari mana, untuk apa dan ke mana….


Siapakah kita???
Kita terdiri daripada jasad (lahir) dan roh (batin). Kita ada nafsu, ada akal, ada jiwa dan ada perasaan. Apabila kita tahu hakikat ini, kita juga tahu bagaimana mengisi keperluan jasad lahir dan jasad batin(roh) itu. Jika keperluan jasad lahir tidak cukup, fizikal jadi lemah. Lelosongan roh membuatkan kita resah, gelisah dan tidak tentu arah. Terpulang pada kita untuk menentukan pengisian kombinasi dua jasad ini supaya seimbang (fizikal dan spiritual). Dan bergantung atas kebijaksanaan kita juga untuk mengawal nafsu, akal, jiwa dan perasaan agar dapat memberi kebaikan kepada diri dalam menempuh hidup.

Dari mana??
Kita berasal dari mana?? Sebelum datang ke dunia ini, kita semua berasal dari mana? Jawapannya kita semua berasal dari alam roh. Terfikirkah kita, sebenarnya sebelum ini kita sudah wujud di suatu alam lain. tidak kira siapa, kita sama-sama mengalaminya sebelum ini.
Di sana kita pernah ditanyakan oleh Allah: “ bukan AKU ini TUHAN kamu?”
Roh menjawab: “ bahkan kami naik saksi”
(Al-’Araf: 172)

Maknyanya dari tempat asal, kita sudah bersaksi bahwa ALLAH itu TUHAN kita. Inilah pengakuan yang kita dokong sehingga beralih ke alam yang lain pula.

Untuk apa??
Firman ALLAH, “tidaklah AKU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU”
(Az-Zaariat: 56)

Ingatlah ketika TUHAN-mu berfirman kepada malaikat,“ sesungguhnya AKU akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi.”
(Al-Baqarah: 30)

Rupa-rupanya kita hidup di dunia dengan membawa dua tanggungjawab khusus iaitu untuk beribadah kepada ALLAH dan menjadi wakil ALLAH di muka bumi. Dalam melaksanakannya, semata-mataadalah untuk mencari keredaan ALLAH, juga untuk memastikan bahawa syariat ALLAH berkuatkuasa di muka bumi dan dihormati kesuciaannya.

Ke mana??
Apabila hidup manusia berakhir, ke mana ia pergi? Kematian bukanlah penghujung riwayat hidup. Kita akan pulang ke kampung asal iaitu Akhirat. Kita akan melalui kehidupan dalam keadaan yang serba berlainan. Jasad kembali menjadi tanah dan roh kembali ke Akhirat untuk dinilai prestasinya semasa di dunia. Di Akhirat kita akan dapat ganjarannya. Apabila kita memilih jalan kebaikan di dunia dengan mentaati ALLAH, maka Syurgalah balasannya di Akhirati. Jika kita pilih jalan kederhakaan, Neraka yang akan menanti kita. Harapan semoga terpelihara daripada balasan azab TUHAN.
“DIA telah menciptakan kamu drpd tanah, kemudian DIA menetapkan ajalmu dan ajal yang ditentukan di sisi-NYA kemudian kamu bimbang(juga kepada-NYA)
(Al-An’am: 2)

Sekarang kita sudah tahu siapa kita, dari mana kita, untuk apa kita hidup dan akan ke mana perginya kita. Semoga kita tidak akan terkapai-kapai dalam melayari bahtera kehidupan ini.


Wahai TUHAN ku tak layak ke Syurga-MU
Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-MU

Tuesday, December 2, 2008

Air Mata Keinsafan


"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu sukar diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim

Monday, December 1, 2008

REALITI KEHIDUPAN


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik. Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


kongsi iktibar untuk kita bersama ..fikir2renung2

Banjir.....masih biasa biasa....




Banjir kalau kat kelantan nih sudah macam biasa saja ......sudah macam rutin tahunan dah ...bencana alam ..ya ....ada juga orang anggap musim pesta main air . musim cuti tak de apa nak buat ...apa lagi ..berpesta laaa bebudak ...dengan main air ....yang besar besar plak musim "igat ike darat"(tangkap ikan darat)...tepi "baruh"(sawah) tepi "bendel"(sawah yang luas cikit) pakat "tehel tauk"( alat pancing yang simple yg ditinggalkan) memang seronok ...yalah bagi yang duk kawasan tinggi sik masalah tapi duduk tempat yang selalu dinaiki air...mak oiii sengsara juga...kena pindah ......kesian dan simpati laa jugak ....ya laaa ..lepas banjirn
Alhamdulillah umah kamek air tak pernah naik ..kecuali banjir merah tahun 1997 itupun setakat tempurung lutut jeee....kata orang tua tua laaa...sebab belum ada lagi tuuu...apun tafsiran banjir nie memang tak sama ....terpulang pada indidvidu ...kalau tanya kamek ..seronok bleh main air ....kalau dulu2 main rakit batang pisang dan pelampung tayar keta ...woi dari pagi sampai petang dalam air mak pergi halau dengan lidi penyapu baru pandai nak balik ....zaman yang tak pernah jumpa PS1/PS2/PS3/zaman main bola tin lagi ...zaman jepun!!! tak ehhh ...zaman bebudak main tembak tembak dengan senapang buluh buah "nera" he he seronok ...