Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Sunday, November 30, 2008

Orang Kata...Atok Kata...Saya Rasa...




Orang Kata...
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
Atuk kata...
Orang muda hidup memang baru bermula,
Tapi belum tentu masih panjang lagi,
Entah esok lusa Izrail datang menjemput,
Saya Rasa..
Betul jugak tu..

Orang Kata..
Exams tu susah, kena banyak sacrifice,
Constant study..past year papers..etc..etc..etc..
Atuk Kata..
Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji
Dah ada syllabus untuk diikut,
Kalau ajal..entah bila siapapun tak tahu,
Banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir,
Neraca Mizan, tayangan slide..
Saya Rasa..
Betul jugak tu..

Orang Kata..
Have fun on your birthday, panggil kengkawan and sedara-mara,
Berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
Atuk Kata..
Setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,
Setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat..
Saya Rasa..
Betul jugak tu..

Orang Kata..
Successfull people have a good time management,
And business di KL, New York, Tokyo..
Masih sempat berkempen untuk pilihanraya,
Masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
Masih sempat pasang perempuan 2-3.
Baru orang bleh respect!
Atuk Kata..
Setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari,
Tapi..
Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
Ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?
Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
Sekali dalam seminggu, atau sebulan atau setahun?
Saya Rasa,
Betul jugak tu...


Orang Kata..
Kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, Makan lazat..
Baru hati puas!
Atuk Kata..
Ye ke hati dah puas??
Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
Dah cukup zikir untuk santapan rohani?
Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
Saya Rasa..
Huwaaa..Huwaa.....!!!!!!!!!!!

Kita bukannya vs Kita adalah..


1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain *****

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah.

"Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah"

aku malu kerana dipuji


aku malu pada Allah dan diriku
mendengar pujian orang buatku
kerna ku tahu ,aku tidak layak untuk itu ,,,,

Ilahi kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini
dosa dan noda pada anggota jiwa...
dalam kesunyian malam ,ku pohon keampunan
janganlah pujian orang itu hanya igauan ....
hulurkan untukku lautan keampunan ...
limpahkan daku hamparan keikhlasan ...
hingga pujian atau makian
tidak akan mengugat perasaan

Tuhanku ,ampunilah daku bila kau di puji
Sedangkan Dikau Mengerti ....
diri ini belum cukup murni ...
siapalah daku dibandingkan hamba-hambaMu yang suci
para mujahid yang cukup berbakti
sedangkan aku dipinggiran budi
belum cukup harta ,atau airmata yang ku cucuri
belum pun darah ku tumpahi matau nyawa ku korbani
mereka sudah memuji
sedangkan baktiku belum pun terbukti
bahkan jauhnya antara langit dan bumi ....

maka tutupilah kelemahan diri ini
ketika dahi merapat ke bumi ...akku tangisi
dalam kesunyian dinihari...aku ratapi
aku amat malu padaMu ilahi
aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi ..
bimbnagkan puji membunuh kejujuran naluri ...

Wahai Ilahi
Ampunkan daku kerana tak layak dipuji
Ampunkan mereka kerana salah memuji ....

kongsi iktibar
DRMAZA....

Tuesday, November 25, 2008

Apa Tujuan Hidup


Lama tak mencelah ....sebab sibuk di Ayer Keroh Melaka...ini last day meeting HEM kat Puteri Resort Melaka ..sempat lah mencelah dekat sadauFM ini ...bila sibuk kehulu kehilir dan macam macam buat ini terfikir plak ...apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia ini ...Firman Allah bermaksud "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku. ...

Erti dan tujuan kehidupan manusia tidak sama dengan haiwan namun begitu kelebihan yang berlainan yang dimiliki oleh haiwan adalah sebenarnya untuk gambaran kepada manusia untuk belajar dari pengalaman hidupnya agar kehidupan manusia menjadi lebih sempurna ......Hidup kita sememangnya BERHARGA kerana Allah menciptakan manusia lebih sempurna dari makhluk lainnya .Walaupun kita memiliki kekurangan ,tidak dapat dinafikan kehadiran kita di muka bumi ini bukanlah tanpa rencana Allah .Allah tidak pernah kecewa dengan kelahiran kita ,tetapi kadang kadang ibu bapalah yang kecewa dengan kehadiran kita dan kelahiran anaknya .
Jadi selepas kita sedar yang kita lahir adalah makhluk yang diciptakan semprna ,apakah kita akan rosakan diri sendiri hanya untuk menikmati kenikmatan sesaat ? Fikirkan ......

jumpa lagi

Sunday, November 23, 2008

Beringatlah !!! (Untuk Kita Semua)




Beringatlah...
________________________________________
• Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
• Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
• Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
• Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
• Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
• Dengan kain kafan yang serba putih!
• Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
• Walaupun orang yang hadir itu merintih...
• Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
• Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
• Dengan empat kali takbir dan satu salam
• Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
• Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
• Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
• Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
• Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
• Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
• Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
• Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
• Usunglah dirimu ke tikar Solat....
• Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
• Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
• Iringilah dirimu ke masjid....
• Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
• Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
• Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
• Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
• Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ...
• Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
• Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
• Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
• Bukan yang pergi!
• Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
• Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
• Ingatlah di mana saja kamu berada....
• Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
• Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
• Serta menikmati rezeki Tuhan!
• Justeru bila Dia menyeru,....
• Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
• memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
• Ingatlah kamu dahulu hanya....
• setitis air yang tidak bererti!
• Lalu menjadi segumpal darah!
• Lalu menjadi seketul daging!
• Lalu daging itu membaluti tulang!
• Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
• Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
• Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
• Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
• Yang lebih agung dari malaikat!
• Lahirmu bukan untuk dunia....
• Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
• Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'...
• Dengan penuh rela dan bersedia!
• Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'...
• Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
• Ingatlah yang kekal ialah amal....
• Menjadi bekal sepanjang jalan!
• Menjadi teman di perjalanan.. ....
• Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
• Pada hari itu tiada berguna....
• Harta, tahta dan putera....
• Isteri, kad kredit dan kereta....
• Kondominium, saham dan niaga....
• Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

Friday, November 21, 2008

Kepada Pelajar Projek Khas T2-T5(2009)

Kepada Semua Pelajar Projek Khas ..Uniform Sekolah Akan disediakan untuk anda tahun depan ..Putera dan Puteri ...sila beri saiz baju dan seluar anda untuk tempahan kepada Moazmar@yahoo.com...atau tinggalkan pesanan di ruang tinggal pesan ......

Thursday, November 20, 2008

Kerja Banyak Tapi ? blur



Tak tahu nak polah apa ..kerja sebenarnya banyak ..semua nak segera kekadang bila terlalu banyak kita jadi blur ,jadi bunggung ,campur fikir itu dan ini .....pagu tadi mak oiiii hujan lebat .malam tadi lagi leee lebat ...tengok kat padang sekolah tu memutih air ....risau macamana nanti kalau berlaku pertembungan air pasang dengan air sungai sebelah ulu turuan nanti ...mesti banjir ...
kepada nembiak smsm jangan main banjir nanti masuk paper....teruskan percutian anda dengan benda yang bermanfaat ..kpd calon PMR /SPM 2009 tu ..ambillah peluang cuti ini ..dengan tuisyen ke! apa ke.......jgn cuti kosong saja ....

Tuesday, November 18, 2008

Sepetang DI Luak Esplanade


Boring !!!!Petang tadi pergilah kat depan tu ..kat pantai kebetulan ada plak kamera ....snap beberapa keping ..tengoklah "kelawaran" ciptaan Ilahi ....

Pelik Jugak Manusia


Sekadar pandangan bila orang heboh heboh dalam tv pasal video kematian yang ditayangkan oleh Guru Agama salah sebuah sekolah …….aku bukan nak ulas tentang video Cuma sekadar nak kongsi tentang perkataan “MATI”…….semua orang tahu dan sedar sesedarnya bahawa dia akan mati …tak kurang juga manusia yang lupa yang ianya akan mati ….kalau lihat pada tingkah laku yang seolah olah dia akan terus hidup selama-lamanya. Salah satu ajaran Agama Islam yang sulit difahami oleh sebahagian orang ialah bahawa Agama Islam menganjurkan kepada umatnya agar sering mengingati mati ,sedangkan mati itu itu adalah satu peristiwa yang tidak manarik malah mengerikan .Kenapa Islam menyuruh umatnya mengingati sesuatu yang menakutkan dan mengerikan ??? Apakah ini tidak membawa bahaya ,melenyapkan kegembiraan hidup dan menjadikan seseorang malas bekerja ?
Berkata Ibnu Umar : Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah S.A.W dan ketika itu beliau sedang berada di tengah-tengah sahabat-sahabatnya yang terkemuka tiba-tiba salah seorang sahabat dari ansar berdiri dan bertanya kepada Beliau : Ya Nabi Allah siapakah manusia yang paling cerdik dan siapa pula yang paling cerdas otaknya ?Rasulullah s.a.w lantas menjawab “ Yang paling cerdik dan cerdas ialah orang yang banyak mengingati mati dan yang paling banyak sedia bekal untuk menghadapi mati”
Diriwayatkan dari ibnu Umar juga bahawa Rasulullah s.a.w pernah berkata : “perbanyakanlah mengingati haazimal lazzat iaitu mati” dikeluarkan oleh at-Tabarani .
Sabda Rasulullah juga bersabda : “Cukuplah mati itu sebagai guru dan pelajaran” nah banyak dalil yang menunjukkan kepada kita agar selalu selalu mengingati mati agar kita menjadi lapang dada menjadi tanda bahawa hati dan dada kita sudah dimasuki Nur atau cahaya iman .
Cuba kita terbalikkan pemahaman hadis2 itu, akan memberitahu pada kita bahawa sebodoh bodoh manusia di dunia ini ialah orang yang lupa samasekali akan mati ,tidak pernah ingat mati sama bodohnya dengan kerbau ,lembu ,kambing ……lihatlah sendiri kambing lembu kerbau dengan jarak yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat sembelihan namun kambing lembu kerbau belum juga sedar bahawa ia akan mati disembelih di tempat sembelihan itu .apa yang lembu kerbau kambing itu fikir ialah pada rumput yang diragutnya 100%.....
Kita juga mendapai banyak kali Allah S.W.T dalam Al-Quraan mengingatkan kita agar mengingati mati ,jangan lupa yang kita sekalian akan mati “Di mana sahaja kamu berada, mati pasti akan dating menjemputmu sekalipun kamu berada dalam Mahligai yang kukoh dan kuat”(an-Nisa 78)
Perlu diingatkan juga bahawa anjuran Islam agar kita selalu mengingati mati itu jangan diartikan bahawa agama menyuruh kita bercita-cita untuk cepat mati sebaliknya Islam juga melarang bercita cita supaya lekas mati .Bapa saudara Rasulullah yang bernama Abbas r.a pernah menderita sakit lalu beliau mendoakan agar segera mati …..Rasulullah s.a.w datang lalu berkata kepada beliau “ Ya Abbas ! jangan sekali kali paman bercita cita lekas mati .sekiranya pakcik orang baik lebih baik bercita cita hidup agar dapat menambahkan kebaikan itu .dan sekiranya pakcik orang yang berdosa lebih baik hidup terus untuk melakukan taubat atas dosa itu ….janganlah pakcik bercita-cita untuk mati”(riwayat Ahmad dan at-Tarmizi )
Sebaik baik manusia menurut pandangan Agama Islam ialah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatanya sedangkan sejelek2 manusia ialah orang yang panjang umur tetapi jelek perbuatanya.oleh itu apa salahnya kalau kita semua saling ingat mengingati pada kematian …salahkah kalau nak ditunjukan kepada manusia sekadar gambaran …dan renungan di dunia teknogi yang canggih manggih ini .daripada menayangkan filem misteri nusantara yang penuh tahyul mahyul ;…….
Ingatlah mati .......!!!pasti kita akan sentiasa mengingati Allah .....

Cuti Sekolah


Alhamdulillah ...bila sebut cuti saja semua orang akan seronok ...cuti kerja ..cuti bersalin ..cuti raya .....dan sekarang ini cuti sekolah sudah bermula ...maka bermulalah bulan Bermain "game" dah menjadi perancangan utama bermulanya awal cuti sekolah.
oleh itu menjadi tanggungjawab Ibu bapa untuk memastikan Pengisian anak mereka supaya ianya mendatangkan manfaat dalam pelajaran. Bagi yang prihatin, mereka berusaha mencari apa-apa program luar yang bermanfaat supaya anak mereka dapat turut serta. Tak kiralah apa pun, janji cuti kali ini memberikan manfaat kepada anak mereka semasa cuti.

Sunday, November 16, 2008

Jalan Jalan Kg Pejuang Kelulit dan Kg Kuala Sibuti ...


Semalam sembang dengan sadam kata nak pegi ke Kg dia nak cari buah Rambutan ...saja gurau2 je ..meloya cikit2...tapi telah menjadi kenyataan bila dia telefon ayah dia ..dan berjanji akan ke sana esok ..kalau dah janji .,...takut org kata pulak bila tak pegi ....bukan nak makan sangat buat rambutan ...saja nak jalan jalan makan angin ...
woi terkejut juga bila melihat bertapa ranum buah rambutan ..sampai atas tanah buah mekar dan masak ..cantik betul .....subur tanah kat sini ....selepas balik dari kebun sempat lah jugak makan tengahari kat umah saddam ...sedap pulak bila lapar makan nasi dengan Tomyam (masakan mereka memang sedap )....nak tambah tapi malu ..cikgu Fauzan makan sikit saja katanya kenyang makan buah rambutan banyak masa perjalanan balik dari kebun tadi ...jam 12.45 kami bergerak ke Kg Kuala Sibuti ...takde apa sekadar nak kenal kg Farizul dan Fazriezal......sambil sambil makan angin ....balik umah sampai jam 245 petang ...kenyang kenyang ....apa lagi tido leeee.....

TERIMA KASIH BANYAK KEPADA KELUARGA SADDAM ATAS KESUDIAN MELAYAN KARENAH KAMEK YANG BERMACAM MACAM INI.DAN TERIMA KASIH KERANA MENJAMU MAKAN TENGAHARI DAN BERI BUAH RAMBUTAN beguni ....BANYAK ..TU .......TERIMA KASIH TAK TERKIRA ......(SEMPAT MAKAN DURIAN )

Hantar Mereka Balik Sabah


Best Jugak dapat balik ....awal pagi tadi kejutkan Noh bersiap untuk ke Airport balik kampong ...dan kebetulan peg yayasan ada di sini, senang la urusan kalau terlebih barang pon .......lepas tu ajak puasa makan roti canai plak .......

Ada Lagi Gambar Bersalaman


Bila chek semula ..rupa rupanya ada lagi gambar yang belum diupload...nah sesiapa yang nak tengok gambar terakhir majlis ambik jeeeee

Saturday, November 15, 2008

Majlis Salam Penghujung Tahun 2008

Selepas Majlis Sambutan Hari Lahir ....majlis bersalaman diteruskan ........
slide 1


Slide 2
Slide 3

Majlis Sambutan Hari Lahir

slide 1

Majlias sambutan hari lahir kumpulan 2 yang lahir dari bulan julai sehingga Dis telah diadakan di Cafe Sainsri ....aku yang lahir 05 Dis nih sambut awal lee yeee..tapi dari kecik sampai besor ..seingat aku tak pernah kisah pon ...takde ape yang nak diraikan ..relax jeeeee ...buat derk jeee....biasalah orang kampung ...budak kampung nie hidup dia selamba jeeeeee...dan aku pong suka hidup dalam biasa biasa....ada duit ke ...kaya ke ...miskin keee...tak kisah ...ada duit Alhamdulillah tak ade duit ..MASYAAllah .....he he tapi pesanaan jgn kedekut sangat dan terlalu berkira ...kalau berkawan tu belanjalah kekawang ye ....

slide 2


slide 3

Jamuan Akhir Tahun Guru 2008


Makan Malam Akhir tahun guru SMSM diraikan dengan sederhana tetapi cukup meriah.NYDP PIBG turut hadir bersama memeriahkan majlis ini ..
majlis yang dua dalam satu ini turut meraikan kekawan yang akan meninggalkan SMSM pada Jan 2009..semoga mereka happy dan ceria di tempat baru nanti ...dari kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan jangan lupa kami di sini...aktiviti malam itu ialah cabutan bertuah dan Best Dress guru lelaki dan pompuan ......yang menang kongsi kongsi yeeee!!kamek dapat makan jak

Monday, November 10, 2008

Majlis High Tea KOOP 2008


Wajah Ceria mereka kat Dynasty Hotel ..buat apa ..makan laaaaa...sedap tapi banyak tak sempat ramai sangat orang ...apun terima kasihlah jemput kamek makan makan sama...

Sembang Sembang SPM 2008


Semangat semangat semangat !!!
ayuh bangun kita terus cemerlang ...sapa kata mustahil Obama pun Berjaya ..kita Grenti dapat .....bersama Pengetua ,Muhandis Mukhtar ,Ust Roshaidin ,PK 2,GK,EN Linggi kamek bersembang2 makan2 tenang fikiran bersama dengan pelajar SPM 2008

"Belon" SMSM ..


"Belon" Budak PMR .....belum dapat kelulusan JPJ lagi nih ....dengar cerita sudah buat permohonan pendaftaran JPJ ....tapi sehingga kini belum terima apa apa jawapan ....apapun dijangkankan penerbangan solo pada hujung tahun .....susah sangat pakai je Plat 8448 tu ...