Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Thursday, July 31, 2008

Warna Warana Larian Rentas Desa SMSM

Tafsirlah Sendiri Aktiviti RENTAS SEKOLAH 2008

Yang menang tak menipu Tahniah ..tapi yang menipu tu ...minta maaf banyak jgn menganiaya orang lain ...doa org kena zalim Allah akan makbul...jgn kita ambil hak orang lain ...tak berkat ..bila tak berkat ....hidup tak berkat ...PMR nanti ....kantoiiiiiiii......

yang sakit n berehat tu ? tak tipu ke ......dgar citerr beri getah kat kawan !!tak baik ...tak baik buat macam tu !!! dapat dosa senang senag jeeee....Kawan PBSM jadi orang tengah plak ... jadi pemboyot ...beri getah orang sakit kepada kawan ..mana aci ..eiii banyak yang sudah hilang sikap amanah laaaaa...baru jeee dalam perhimpunan kelamrin disebut2 pasal amanah ....cerita itu ini pasal amanah ..nah ...aduiii apalaaaaaaaaaaa

Taklimat ....eiiiiiiii tak puah ati ......maian tipu....jgn ambil hadiah hasil tipuuu ...

Warna Warna Sebelum Rentas Desa

Alhamdulliah sempat di rakam detik detik sebelum rentas desa..I.

Sebelum Rentas Desa Bermula II

Masihkah Kau Ingat ........

Tetiba Terbuka lagu kompratsa ( baru je balik meronda asrama ...jam 242 pagi 31 jul 08

Masihkah Kau Ingat....
Pada waktu itu .....

ya kata lagu kumpulan yang diminati satu ketika dulu ....kekadang kita tidak disuruh untuk mengenangkan peristiwa ngeri yang dihadapi dimasa lampau .... ...tetapi Allah selalu menyatakan dalam Al-Quran tentang kisah kisah orang yang terdahulu ...sebagai renungan kajian nasihat, peringantan ,pengajaran ....

peristiwa yang bagiku belum lagi usang smsm 3 Mac 2006
adakah ia satu kisah yang ditinggalkan atau satu sejarah yang perlu direnungkan kembali ? sebenarnya Peristiwa yang berlaku pada petang itu banyak memberikan pengajaran, kebenaran, ingatan dan ajaran kepada kita semua ,supaya kembali untuk sentiasa bersdia untuk menghadapi sebarang kemungkinan .

Namun apa yang difahami kita semakin nyayuk dan alpa dgn cerita kita dua tahun lepas......apa tidaknya .......??????apa yang kita buat untuk penambahbaikan ?
kita hanya berserah dan terus berserah ..............

Sek Men Sains Miri ...Lakaran peristiwa Menyayat Hati ...Angkara?????

Wednesday, July 30, 2008

Hari Terakhir Pengusaha Cafe

Suasa Cafe Sainsri di detik terakhir Syarikat Muzana beroperasi kerana sudah cukup tempoh 2 tahun ...Terima Kasih atas bantuan menyediakan makanan dan khidmat yang ditaburkan kepada kepada Warga SMSM.....dan oraang baru AR Joni .....diharapkan buat yang lebih baik dari Yang lepas ......Semoga peluang yang baru dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membantu pelajar ......suasana Cafe 230 petang Rabu 30 Julai 2008

heh heh sungguh sedap ...tengoklah sendiri ........

Ujian Allah SWT






Sesekali pandang pada gambar tu ..macam takde kaitan saja ....sabar dengan sampah dalam longkang ...
Sampah Dalam Longkang Tepi Dewan Makan ...Angkara siapa ? siapa patut Ambil ?aku ...kau ?.awak? saya? demo ?Yang pasti adalah dia????? itulah ujian yang perlu ditempuhi oleh para Pendidik (Terutama warden )cakap kering air liur, nasihat nasihat terus nasihat tapi macam tak ade apa2 plak ......Bayangkan bagaimana Rasulullah berdakwah Kepada Bani Quraissssss......perkara besar .....Baginda terus dengan bersabar ..so kita ...yang kecil ini tak mampu bersabar???

Petang Tadi Masuk Kelas Ting satu .kelas luar sidang (mengantuk budak budak tu !!!! nak atasi buat lah aktiviti macam2 maklumleeee waktu kritikal jam 3:25 petang ...Pend Islam Plak )...Tajuk :SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH SWT....nak kongsi lah sikit tentang tajuk ini .......

Bila sebut ujian Allah kita akan bayangkan dengan kesusahan ,musibah ,bala .bencana ..... macam orang kata sudah jatuh ditimpa tangga terkena tahi ayam plak ....hu hu huuu kesian ...itulah gambaran orang yang menerima musibah ....
musibah atau bala adalah ujian Allah kepada hambanya ...nak uji ...nak pasti ,nak tahu sejauh mana keimanan hambanya menghadapinya ..Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya.
sebenarnya Ujian Allah bukan hanya pada mala petaka,bencana tetapi Allah juga menguji hambanya dengan kedudukan ,harta benda.pangkat dan kedudukan ....ini yang menakutkan ..kerana kita tidak sedar dan sentiasa alpa leka dengan pangkat, harta dan yang berbentuk kelebihan ini ...kita tak terasa kita sedang diuji ....rupanya ....

Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji.apakah ujian yang allah beri kita tak pasti ....dan tugas kita sebagai Manusia , perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah.

Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.

Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan.

Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan sabar.

Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.

Malah, apabila ditimpa kesusahan, kemiskinan, kesakitan dan permasaalahan, kita semakin tercabar dan hilang sabar.

Ada pula hampir melupakan bahawa segala yang berlaku adalah kudrat Allah yang mesti diterima dengan sabar.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

Ditinjau keadaan dunia hari ini, dalam era globalisasi yang dicirikan ruang siber, teknologi maklumat dan digital, umat Islam tidak terkecuali daripada pelbagai masalah, ujian dan cabaran.

Bagaimanapun, pengalaman dan kenyataan menggambarkan ramai antara kita tidak bersabar menempuh ujian dan cabaran. Malah, ada segelintir umat Islam tidak dapat menerima perubahan dan peralihan struktur sosial, ekonomi dan teknologi, yang akhirnya menyebabkan mereka terpinggir dalam penguasaan teknologi.

Ini berkait rapat dengan sikap ketidaksabaran dalam penerokaan ilmu di mana cabaran dan masalah dianggap menyusah atau membebankan.

Dalam pada itu, kita sering mudah tunduk kepada tekanan emosi dan nafsu dalam menghadapi persaingan mengejar kemajuan kerana sikap tidak sabar untuk berkuasa.

Kita tidak sabar dengan nafsu materialisme hingga memilih jalan mudah untuk mencapai kedudukan. Malah, ada yang terbabas daripada tuntutan Islam sehingga mengamalkan perbuatan yang terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa.

Kita juga tidak sabar apabila ditegur atau dikritik walaupun teguran itu untuk kebaikan bersama sehingga mencetuskan krisis berpanjangan. Kita juga tidak sabar apabila diuji dengan sedikit masalah seperti kesusahan, kerugian, kerenah keluarga, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.

Umat Islam tidak seharusnya bercakap kosong, tetapi mampu bertindak berbekal kesabaran di dada, menangani keadaan yang berkemungkinan memudaratkan serta disusuli dengan menunaikan kewajipan kepada Allah dan menyelamatkan diri daripada melakukan perkara mungkar.
Apapun kita dalam mendidik penuh dengan ujian ..kena banyak bersabar ...sabar ..sabar terus bersabar ...bukan kerja senang nak mendidik niii ..tadi perhimpunan cakap cakap lah jugak ...sebut pasal sampah ...jgn buang merata2 tapi ...memang allah mahu menguji aku ....
waktu lawatan SMK Dato Permaisuri ...adui depan kelas tepi kelas Ting 2/3 ada banyak sampai ....sah memang sah aku diuji lagi .....nak tahu kesabran hamba ini ditahap mana ? satu tahap berapa ? tak endah langsung bebudaknih ....

Allah berfirman lagi, bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah: ayat 155-157)

Ditinjau perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan salihin, mereka juga tidak terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai kejayaan. Malah, berapa banyak di kalangan mereka yang hidup sengsara dan menderita, tetapi tetap bersabar.

Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan kesukaran hidup. Nabi Muhammad sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran menegakkan Islam tetapi dijanjikan kedudukan dan kemewahan dunia oleh kaum Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Kesabaran seharusnya menjadi teras yang melatari serta menunjangi hidup kita agar kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita seluruhnya.
Apapun teruskan usaha mendidik mereka ini tanpa mengenal erti peribahasa seperti mencurahkan air kedaun keladi ........ teruskan kita melangkag dalam mendidik .

From :Itik Tak Pandai Naik Basikal .........

Lawatan



Dato Permaisuri ...Itulah Gelaran Yang diberi Kepada SMK Dato Permaisuri Miri...Tak pasti apa sejarahnya gerangan nama diberi .....belum tanya lagi ...apapun yang nak kongsi bersama sama hari ini ialah Rombongan Lembaga Pengawas Tingkatan Dua (sesi petang )besama 3 orang guru yang mengiringi mereka ...Lawatan bermula Jam 8pagi sehingga jam 2.00 ...Lawatan Perkongsian Pengalaman Bersama Lembaga Pengawas SMSM ...
Lawatan ini berjalan dengan baik sekali yang dikendalikan oleh guru pengawas yang Hensen En Syahrul Azinar Abd Rahman .....

Apa yang dimaklumkan dalam perbualan tadi ...bilangan pelajar SMK Dato nie ramai ..ada dua sesi pagi petang dan kelas petang untuk Ting 1 dan 2..jumlah kelas petang sudah 26 kelas ...........mak oiiiiiiiiii..macamana yeeee kat smsm miri dari ting 1 sampai lima hanya ada 20 kelas saja ............ eh eh eh

Lawatan mereka diteruskan lagi untuk berziarah ke SMKA Miri .........

Tuesday, July 29, 2008

Amanah Allah ...Kekadang Kita Tak Sedar !!!!



Dua hari lepas beri borang pinjaman sudu dan garfu kepada pelajar kepada ketua kelas untuk ahli tandatangan ...dan minta dipulangkan kemudian .....
semalam bila semak kembali terjumpalah satu tandatangan yang menjadi tandatanya !!!!
apa tidaknya ...tandatangan tu panjang sampai habis ruang yang disediakan ,nasibaik panjangnya satu inci kalau 1kaki ?,,ini bukan tandatangan betul nih ini nak main main .....adui tak amanah betul palajar tingkatan empat nih ........macamana amanh yang sekecil ini sudah dikhinati ???
bagaimana dengan amanah lain lagi ...? atau bila memegang amanah laian suatu hari kelak ? khianahkah ? atau ???? ,
Perlu diketahui, bahwa menjalankan amanah dan menjaganya bukanlah perkara yang bisa dilakukan semudah membalik tangan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan tentang beratnya amanah di dalam firman-Nya:
إِنَّا عَرَضْنَا اْلأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا اْلإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (yaitu menjalankan perintah-perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan seluruh larangan-Nya) kepada seluruh langit dan bumi serta gunung-gunung. Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu banyak berbuat dzalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)
Di dalam ayat tersebut kita mengetahui, bahwa makhluk-makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sangat besar tidak bersedia menerima amanah yang ditawarkan kepada mereka.
kekadang kita (sayaterlalu ambil ringan dengan amanah !!!! atau mungkin kita tak tahu tentang amanah ...sebeanarnya hidup kita dikelilingi oleh amanah dan tanggungjawab ........sebagai pelajar ada amanah ....sebagai Isteri ada amanah ...sebagai suami ada amanah ....sebagai bapa ada amanah,sebagai guru kita ada amanah ,sebagai anak ada amanah ..sebagai hamba Allah ada amanahnya ....pendek kata . sesiapanpun kita,tetap dikelilingi dengan amanah ..yang perlu dilunaskan ...perlu ditunaikan ..tapi !!...adakah kita menunaikan amanah itu ?
suatu detik dan ketika nanti kita semua akan dipersoalkan dihadapan Allah dengan amanah yang diberikan itu ! kita laksanakan atau tidak .
Usahlah kita kita melihat pada orang lain ..tak perlu menimbang neraca orang lain ,kubur kita SDN BHD,mati kita SDN BHD,Hisab kita SDN BHD .segalanya nanti SDN BHD yang pasti Allah akan persoalkan kita SDN BHD.selamatkanlah diri kita dari azab Allah .......Teringat aku tentang cerita dulu dulu masa ustaz kat maahad muhamadi Kota baru bercerita tentang amanah nih panjang ceritanya ..takpee baca jeee

pandai-pandailah
cerita dibawah hanya sebagai renungan .....

Ingatan:Kisah Seutas tali.( Kisah benar sebenar-benarnya)

Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia( masyaallah ini worang vanyak khayalah), kehidupan se-hariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersede-kah adalah amalan tetap beliau,dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana,setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.Beliau terkenal dgn baikanya dan disukai oleh semua penduduk disana.Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing,Yang merisaukan si hartawan ini ialah ba-gaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu kerana anak2 beliau lebih cinta-kan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta PETUNJUK DAN...apa yg harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpul-kan semua anak2nya untuk memberitahu wasiatnya.”Wahai anak2ku, tujuan abuya mngumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini” apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya......!

Begitulah kelakuan anak2nya....yg membuatkan sihartawan itu sedih....
Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti, ia mahu salah se-orang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah di- kebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan me-warisi hartanya, dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut
kepada adik-beradik yg lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan
diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut katak lah anak2nya. Lalu mereka meminta untuk berbincang adik-beradik,abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur, sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mang-kat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberi-tahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong kerna pada anggapannya anaknya itu akan mene-mankannya nanti.....”Syukur”… katanya Keesokan hari nya maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya..tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. “Mung-kin ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dgn dia”...fikirnya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidu-pannya, Lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidu-pannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata “Mahukah kau menjadi kaya.. wahai si pengembala kambing?” “Mestilah mahu” Jawabnya,,Dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat ......Si pengembala kambing ter-sebut bersetuju.... .kerana dgn 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kayyaaa! “Yahoooo 'Ana khayalah”!..Teriak si pengembala tu. “Ini kerja senang”… katanya “Kalau satu bulan pun ana boleh”... kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuya-nya.... Maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya.Dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar meneman-kan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm
kubor selama 3 hari 3 malam.Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada
ditangannya walau ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.
Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Abuya, Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yg mening-gal ini,ini mesti orang yg beriman,,,,sedang asyik berfikir....terdengar suara garau memberi salam, Maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelah-nya Jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada jawapan, Sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap ia mendiamkan diri.....masih tiada jawapan, si pengembala terse-but terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat menakutkan, Dengan terketar2 ia menjawab salam tersebut......”Waalaikumssssssalam…. Siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini?” ,Lalu ia mence-ritakan perkara yg sebenarnya........kemudian suara itu bertanya lagi,”Apa yg kau bawa itu, “ Tali "jawabnya"…”Apa guna tali itu?” ,suara itu berta-nya lagi......”Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”, Suara itu bertanya lagi......”Dari mana engkau dapat tali ini?”.....”Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini......dari sumber mana kau beli tali ini ?”........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut... Sehinggalah sampai hari yg ketiga, Anak si arwah tadi pun menggali se-mula kubor tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan muka yg pucat lesi macam cicak tejumpa sadau he he. Dia menggigil ketakutan, mem-buatkan anak abuya menjadi bingung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, “ Mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!“....katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa “Aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?”.... “Mengapa?” tanya si sulong, Lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu....”Sedangkan tali yg aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih belum habis ditanya....inikan pula harta yg banyak! .Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!”… “Berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2, kau gunakan dgn sebaiknya!” Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafannnnnnnn.

Cuba fikir dengan amanah yang telah diamanahkan pada kita ? buatlah perhitungan sebelum tiba hari perhintungan ..............
Sendiri mau ingat
ooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, July 26, 2008

Ingatkan apa?





gedegam gedegam !!!!ketuk pintu ..ingatkan ape ...nak pinjam kamera nak ambil gambar mereka main bola di gelanggang basketball (f3)....kata izzul dgan arif ..nak masukkan gambar dalam SMEX...le ingatkan ape benda..susah jugak nak berik bukan tak percaya ..budak SMSM nih ganas pegang kejap jeee sudah macam macam dia adjust tu ini ...ok leee nanti kamek turun tolong ambil .....snap ...snap ...le beteri plak sudah habis ...sempat empat keping saja ...nah ambillah gambar nih .....double kelik lepas tu simpan laa...ok ...

Iman berkurang dan bertambah


Bila terbaca posting di blog ceritaabi ..terfikir jugak disanubari ini …aku sokong 100% …memang kita cepat putus asa….tak mcam Ultraman ….kita tengok jee crita ultraman ,tapi tak pernah fikir tentang nilainya …walaupun ia satu dogengan namun nilai yang baik seperti semangat juangnya sehingga ke saat2 akhir ..harus dicontohi ..tidak mengenal putus asa …..itulah yang harus kita belajar ….terutama dalam mendidik ,bekerja ..apatah lagi dalam dakwah ….Walaupun semangat kita tak segigih air di jeram ….namun istiqamah harus terlaksana ……kita terus buat dan buat walaupun ia sedikit ….biar berterusan …dan yang kecewa sekali tak buat langsung ….atau tak tahu nak buat apa………atau sedikit sahaja yang buat !
Dalam mengusung amanah mendidik mengajar, mentarbiah , slogan ‘Jangan pernah takut, Maju pantang mundur, Berani karena benar, rela mati demi kebenaran’ tidak boleh luntur melainkan harus tetap terpatri dalam sanubari Para Guru Para Pendidik . Persolan ?Beranikah Kita menghadapi segala kesulitan? Sejauah mana kita berani mengharungi halangan dan risiko…..?

Allah swt. berbicara dalam Surah At-Taubah: 40, ‘Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kamu menjadi orang yang tidak punyai sikap. Bila orang melakukan kebaikan maka aku pun melakukannya. Namun bila orang melakukan keburukan maka aku pun ikut melakukannya juga. Akan tetapi jadilah orang yang punya sikap dan keberanian. Jika orang melakukan kebaikan maka aku melakukannya. Namun jika orang melakukan keburukan maka aku tinggalkan sikap buruk mereka.” (Tirmidzi)

Dalam tugas kita kita kena lakukan dengan terbaik ...dan yang lebih teruk lagi tengok sahaja ....beristiqamahlah kita walaupun kita tidak punya semangat setitis air dijeram ...jgn cepat mengalah .....jgn cepat mengaduh hanya kerana terpijak duri dijalanan ...usah gentar dan takut .......
...........dalam usaha kita nih .....mengingatkan aku kepada satu kisah yang haris diambil renungan yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim ketika baginda dibakar oleh kaumnya. Ketika itu, terdapat seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiramnya ke atas api yang sedang marak membakar.

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk lain, lalu bertanya kepada burung itu: “Buat apa kau memenatkan dirimu, mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usahamu itu.”

Burung itu lalu menjawab: “Memang ia tidak akan memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah? Allah tidak akan bertanyaku sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau tidak, tetapi apakah yang aku sudah lakukan untuk memadamkan api itu?”

Subhanallah, burung kecil ini pun faham kepentingan melakukan sesuatu untuk agama.
untuk pelajar apa kita buat ? sudah buatkah ? sedang buat ? akan buat ?

Program Pelajar Tingkatan Satu

program Motivasi buat Putera Puteri...buat bekalan diperjalanan yang masih panjang ...teruskan ...penat pun takpe ...penat belajar ..bukan penat bekerja pon ...biasalah kalau nak berjaya dengan cemerlang ...berakit rakit ke hulu ....nak senang kemudian memang kena banyak berkorban .....Korban masa rehat ..korbankan dari masa outing kerap ...berkorban masa outing singkat (yg nak panjang tu sebab nk main Game lee)..aku rasa kalau tak dapat semua itu biasa je...tak
pelik pun ..nak berjaya !!!yang aku pelik ...ada org yang bising 2 letih leee prep banyak ....Outing Kurang ....jgn paksa2 belajar ........eiiiiiii gelinya dengar ....
nak berjaya memang leeee syarat dia macamtu ....kejayaan bukan kebetulan tetapi dengan usaha ....kena korban .....aku dulu pon banyak juga berkorban .....

Teruskan usaha anda jgn hiraukan VIRUS penghalang kecemerlangan

Malam ...Pasti Gelap ......


Malam tadi terambil gambar depan sekolah ...oooo cantik jugak suasana malam kat depan sekolah nih ,....

kekadang bila sebut malam ni macam macam perasaan ...takut ...seronok ...best ...
banyak peluang dan ruang dengan malam .....walaupun gelap dimalam inilah berjuta jalan yang nampak macam macam cerita yg wujud .Para Ulama nampak malam untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT...Kanak-kanak nampak malam ini gelap menakutkan,ada hantu ada toyol dan hanya untuk tidoo saja ,Para pencuri peluang dapat duit ....para pelacur tambah pendapatan .....para Suami isteri berkasih mesra ...malam pertama ,malam jumaat ..malam lailatul qadar .macam macam
..apapun pandangan pendapat ...Malam memang gelap namun ...Mahasuci Allah menjadikan malam dengan penuh rahsia yang terdapat dimalam hari .....malam seribu misteri



إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)

memang kita semua teramat perlu pada malam ...kenapa malam ada. kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.

Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.


Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan.

Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja.

Kemudian apa pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0ºC sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0ºC maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini.

Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”

(Al-Qasas: 72-73)

Dengan adanya putaran bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di permukaan bumi ini.

Ya... semamangnya kita harus renungkan siapakah lagi selain Allah yang dapat memutarkan bumi sebesar ini? Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.

jangan risau dengan kehadiran malam ...manfaatkan malam untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT............

Friday, July 25, 2008

Sahabat, Teman Dan Kawan


Ketiga-ketiganya ada definasinya tersendiri antara teman, sahabat dan juga kawan.Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.Aku Punya opinion adalah

Teman : Hanyalah sebagai seseorang yang boleh berkongsi mengenai routine seharian kita tetapi tak menjerumus kepada hal-hal yang peribadi and sometime not a good listener.

Kawan : Lebih kurang sama seperti teman tadi cuma ada masa ianya boleh menjadi kawan yang baik but not terbaik.

Sahabat : Inilah yang perlu dicari.Sahabat adalah seseorang yang akan sentiasa bersama-sama kita dimasa kita senang dan juga dimasa kita susah dan juga yang akan sentiasa bersama kita dalam apa jua situasi dan keadaan.kita ambil contoh kenapa dizaman Rasulullah SAW,disebut sahabat Rasulullah tidak disebut teman atau kawan.

tp tulah...kdg2 tu kita t'salah erti...t'salah tafsir....siapa yg hanya b'gelar teman atau kwn...dan siapa yg layak digelar sahabat....
kdg2 tu kita fikir dia blh jd sahabat...tp rupa2nya hanya layak dipanggil kwn.....cenderung utk menikam kita dr belakang.....madu yg diberi...tuba yg dibalas.....menyesal ada kwn mcm tu....

apapun kalau nak diteliti antara sahabat dan kawan, tiada bezanya. setiap satu entiti bermain dan berjenaka sesama sendiri dan paling tidak kurang, sering usik mengusik. tetapi kita tidak pernah terfikir untuk selidiki, bahawa antara kawan dan sahabat, kematangan dan usia adalah ciri-ciri tersembunyi yang mengawal dan menentukan tahap persabahatan itu, dan ia juga membolehkan kita memahami keunikan sifat seseorang kawan.

didalam sesebuah persahabatan, warna kulit, bangsa, taraf kewarganegran mahupun ilmu baik ilmu dunia atau ilmu akhirat tidak boleh dianggap sebagai faktor yang rigid. malah ideologi dan sifat juga tidak sepatutnya menjadi tembok penghalang untuk sesebuah persahabatan itu untuk terjalin. jika sesebuah persahabatan itu terjalin hanya untuk memenuhi kehendak dan kemahuan sendiri, dijangkakan bahawa persahabatan itu tidak akan kekal dan tidak akan pergi jauh. malah kelantangan bersuara, kebolehan mengkritik ataupun berkebolehan bersifat sinis bukanlah ciri terpenting untuk sebuah persahabatan itu wujud.

walaupun persahabatan itu terdiri diatas dasar ingin berkongsi pengalaman atau ilmu, sifat bersederhana didalam berkawan dan kematangan didalam mentafsir sesebuah persahabatan itu sangat penting. ini bukan bertujuan untuk kita menganalisa sesebuah persabahatan itu untuk mengetahui, samada ia sesuai dengan kita atau tidak tetapi ia lebih bertujuan untuk membolehkan kita tahu bagaimana kita patut membawa diri dan bagaimana patut kita berkomunikasi sesama sahabat yang lain. jika tidak, setiap patah perkataan dan bicara bisa mewujudkan perselisihan pendapat dan mengundang perdebatan.

Fethullah Gulen didalam artikelnya yang bertajuk “Action and Thought” mengulas bagaimana sesorang manusia Muslim harus berfikir dan bertindak berlandaskan imej seorang Islam;

setiap persahabatan itu wujud dengan nawaitu yang baik. oleh itu kekalkanlah nawaitu yang baik itu agar setiap tindak tanduk kita tidak disalah tafsir. ingat wahai sahabat-sahabat, kita adalah peneraju kapal yang telah usang. kapal usang itu akan kelihatan lebih usang jika tiada siapa yang ingin membelanya dan lebih teruk lagi jika kapal usang itu dicerai-ceraikan oleh anak kapalnya disebabkan perbezaan teori dan kepakaran dalam cara pembaikan kapal. kapal usang ini perlu pergi jauh dan untuk itu, anak kapal perlu bersatu agar ia tidak mudah dirobek oleh anasir luar.

p/s: yang tua dihormati dan yang muda disayangi, yang berilmu bersifat seperti seorang guru dan yang ingin belajar harus dalami sifat seorang pelajar yang ikhlas. jangan kita bezakan diri yang kecil ini kerana ilmu yang dipelajari. beringat dan sering mengingati bahawa ilmu itu milik Allah dan kita hanya hambanya…bukan mencari salah tapi betulkan kesilapan ....

Aku Tak Punya Semangat Setitis Air Di Jeram

Apa cerita dengan tajuk di atas tu !!!!
Hari ini panggil pelajar tingkatan satu KK UNIMAS / KK UTM /KK UUM....tak marah cuma cakap jeee ..tanya kenapa bilik kotor ???? tak marah pon ! sudah lama dah cakap dengan mereka tu !!!sudah berbuih mulut ....dah cakap ... betul sudah cakap ! sumpah sudah berkali kali dah cakap dengan lembut ,dengan pujut rayuuu ,tapi hari ini semakin teruk dari semalam .....nak buat macamana? aku tak tahu dah...nak marah nanti parent plak komplen .. ..maklumlah anak kat SBP...kena ajar dengan cara kasih sayang .....jgan marah marah jagan menakutkan anak mereka ,jgn mengertak anak mereka ...tak ertak ...kita hanya cakap jee.....

kekadang lemah semangat aku ...alangkah bestnya kalau aku memiliki semangat setitis air di jeram yang bisa melekukkan batu yang keras dengan usaha yang tak pernah kenal erti menyerah .....sebutir sebutir .....jatuh ...lembut tapi berkesan ...mungkinkah ? sebab manusia memiliki perasaan ,keinginan ,dan macam macam lagi ...tak macam batu ..dan aku pun bercakap lah lagi tadi ..sumpah tak marah ....(Ibubapa jgn risau ...kamek tak marah ....)

jam 10 pagi berlalu dengan tenang , aku masih termanggu depan PC robek kat bilik warden tu ....
Nak tengok ! nak tengok ! jeritan Cikgu Syahrul kat depan bilik warden ! nak !! nak ! nak!kataku spontan ......."kelih begapo plak" aku tanya dengan lembut sekali ? "marih -marih" ke LAB...
MASYAALLAH ....SUBHANALLAH ...INNALILLAH ....terpancul dari mulut ini bila tengok contengan kat atas meja makmal junior....semua meja ...
Ya Rabbie!!!!Budak SMSains Miri ...nyooo conteng ......meja makmal.....budak sekolah tadikan tak buat macamtu !!!!!





Takpe ..tak boleh marah ...ibubapa tak akan marah jugak ....biarkan ..luncai dengan labunya !!!.....jgn marah ..jgn menakutkan pelajar ....susah nanti ,bising kat Meeting PIBG ......
Nah lihat apa berlaku kat Makmal nih !!!!!salah cikgu jugak !!!!
????????????????
Inikah Kecemerlangan kita ?
Inikah Tuah kita?
Inikah Banggaan Kita ?
Inikah yang diharapkan ?
Inikah Kejayaan Kita?

Siapa salah ?

Guru? Pelajar? Ibubapa yang terlebih pandai ? Abg mereka? adik mereke ?Kawan mereka?

Cerita Bangau Oh Bangau ....
sedihkah kah kita ?????????????
AJARILAH MEREKA DIDIKLAH MEREKA DENGAN LEMAH LEMBUT ....yap aku teramat setuju ....

FROM :Itik yang tak pandai mendayung sampan...tapi tau beza mendidik dan menternak

Thursday, July 24, 2008

Bila Ibubapa terlebih pandai dari Cikgu


Entah Kenapa sehari dua ini asyik nak posting jeeee keja!!!
takpeee aku nak luahkan perasaan saja lepas Meetting PIBG hari tu !!
Bukan marah kat mak bapak cuma ada sedikit sekelumit terkilan,sayu ,pilu syahdu ,dan macam macam ade ....nak gelak pun ade....bila ada mak bapak yang terlebih pandai nak mengajar itik berenang ....kita sebagai guru takpe lah ,belajar,dan terus belajar,mungkin yang nak diajar tu gaya berenang ala kontemporary kot ...

Yang peliknya hantar anak kat sekolah SBP ..tapi banyak pulak minta dan komplen
Banyak masa prep la kat sini !...budak letih !....waktu outing pendek !....waktu bermalam kalau boleh 2 kali sebulan !....tukar waktu outing le! ....tak payah prep Hari ahad! makanan tak sedap !waktu bersama keluarga pendek laaa macam macam ....
aku semakin heran, yang nak hantar juga anak dia kat sini tu ? pasal ????????
sekolah harian ada! sekolah tepi rumah ada! sekolah yang suka lah pon ade ...tapi pakejadah pilih SBP ....ehh ehh ....masuk kat sini bukan dipaksa Hanya Tawaran ....


Eiiiiiiii pelik ...ada juga manusia camni !!! Subhanallah .....Maha Suci engkau Ya Allah, mencipta manusia bukan setakat rupa yang berbeza cap jari berbeza..tapi Otak yang macam macam .......yang pelik pelik .....

Kita tahu kita mendidik bukan menternak ....tak payah nak ajar leeee!!!!!

Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….

Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak buat dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”

Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,

Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.

Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.


Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.

Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.

“Cikgu tak ada perasaan”.

“Cikgu kejam.”

“Cikgu suka buli.”

“Cikgu kurang ajar.”

Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.

“Tak ada orang nak jadi cikgu.”

“Tenaga perguruan kurang.”

Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor. itu kot yang dinginkan oleh Ibubapa.

Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.

Wednesday, July 23, 2008

Terkini ....Prep Putera Puteri SM Sains Miri ....Terkini


Sadaufm akan berusaha untuk mewujudkan blog suasana prep smsm
kepada ibubapa yang ingin melihat anak mereka prep bolehlah berkunjung ke web
www.prepsainsri.blogspot.com

kepada ibubapa yang ingin melihat pergerakan putera puteri SMSM waktu prep sila hantar email untuk menjadi ahli ......hanya ahli sahaja dapat membuka prepsainsri....sila kemukan maklumat betul untuk pebgesahan,maklumat yang tepat sahaja akan dilayan ...

1)Nama ...NO KP.....Nama dan Tingkatan anak sekarang .... hantar ke moazmar@yahoo.com
Kepada Guru Guru SMSM boleh hantar email di pejabat ......
Terima kasih

Budak Ragbi ...uh uh

23 Julai Miri-Perlawanan Ragbi bawah 18 dan 16 persahabatan antara Sek Men Teknik dengan Sek Men Sains Miri petang tadi, berlangsung dengan lancar.....namun terpaksa berhenti disebabkan salah seorang pemain SM Sains Miri mendapat kecederaan di bahagian tulang tengah,pelajar tingkatan 3 jaya Jeremy Petra dikejarkan ke Hospital Umum Miri dengan Ambulan persendirian milik Syarikat En Ahmad Fauzan .....

Perlawanan bawah 16 tahun tidak dapat dilangsungkan, kerana kesuntukan masa ,semua peserta kecewa dan sangat kempunan kerana tidak dapat beraksi mengasak SM Teknik dipadang sendiri ........menurut ketua pasukan bawah 16 tahun, Hadi, beliau menyatakan berasa sungguh terkilan kerana tak berpeluang membelasah pasukan SM Teknik,dan beliau mengharapkan penasihat kelab ragbi menganjurkan semula perlawanan persahabatan di hari cuti persekolahan ......

Tuesday, July 22, 2008

Kunjungan Semangat Gemilang UPSR SK South

Lawatan Muhibah SK South ke SMSM... .....Kunjugan ini sebagai suntikan semangat kepada para pelajar tahun 6 dalam menghadapi exam (UPSR).Ust Roshaidin Othman dan bebera orang guru Turut hadir sama .....
aktiviti yang best ialah cabutan yang pasti ada hadiahnya ......
seronok laaaa budak budak pengawas dapat hadiah ...HEM pun dapat juga ....dari adik Jesica ....tak tahu nak beri apa sebagai balasan spontan ...berik jeee buku catatan ....takpe lah sebaagi tanda kenangan buat Dia.

Warna warna lawatan yang sempat dirakam .....


PERSEMBAHAN SK SOUTH MIRI ...
mohon maaf gambar kurang memuaskan ......(masalah teknikal )

Monday, July 21, 2008

Sekemlumit Je masa Kita Untuk Allah !!



Tadi Nyakul ...Kelamarin Nyakul ....Esok Nyakul .......
Kekadang terfikir jugak !!!!!
tadi sambil main main kakulator terkira-kiralah secara tak sengaja .....yalah kelmarin hari ahad hari ini senin plak ..esok selasa...macamtukah hidup ini ...kejap je satu hari ....esok hari lain ...esok ok ke? hari ini nampak macam hari semalam jeee rasanya ....aduiiiiiik....kalau nak hitung .....
1hari = 24jam. Maka Satu TAHUN ?
12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th @ > 70th @ 60th - 70th @ (65th)
Chart kalau nak kira "congak" dengan kepala gak !
Kebanyakan manusia nih meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun(kira mudah mudah laaa)
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk gapa?

kalu kita hitung gak ... 50 tahun= 18250 hari= 458000 jam = 12 jam siang hari 12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

lebih kureeeeeee
Mari kita muhasabah bersama….."sementar" ….!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… ….
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan,kekadang ada jugak hok sambil berugal dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan…. .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah??? (Secara Khusus)
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?buat khija koooo dok ...
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa…
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian… ………
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana….. …….
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat
TAMAT
“Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan”
“Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa”

warwarkanlah ......semoga ada kekelumit kebaikan buat semuaaaa ore...........
hidup kita untuk apa???
"Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh .............