Pages

Selamat Datang Ke Sadau FM 99.9Mhz dan MoazmarFM ...Dekat Di Hati Menemani Anda Dimana Jua .....Radio Lebah Fm 99.9Mhz ini boleh dinikmati di linkaran 10 km dari studio dengan menggunakan mana mana radio FM ..samada radio kereta atau radio rumah ,radio HP dsb dan kedua dua station radio ini sdah di onlinekan jadi anda boleh mendengar dimana sahaja anda berada di seluruh dunia melalui laman sesawang anda....sebrang masalah dan cadangan sila email ke moazmar@yahoo.com .moazmaqr@yahoo.com.group lebahfm...> Radio LebahFM... 99.9MHZ telah berjaya di onnline ke laman sesawang ...peminat radio kini boleh menikmati siaran radio sadaufm 99.9Mhz dan moazmarFM dimana sahaja berada ..anda boleh klik je kat butang play tu .........Terima kasih atas sokongan anda .......Untuk paparan yang sempurna gunakan explorer 8 keatas...Terima kasih ...untuk melihat paparan lepas sila klik older post ruangan posting paling bawah ..Syukran ........ UQBAH BIN NAFIQ: "Ya Allah, kiranya aku tahu di seberang lautan ini masih ada daratan dan manusia nescaya aku renanginya untuk menjulang bendera Islam di sana". ...............LebahFM..Kenapa??.... Nabi Shalalahu ‘Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai ‘lebah’. Sesuatu yang tidak merosak dan tidak menyakitkan : “Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Semoga diri ini bisa menjadi ibarat lebah. Insya Alla . TGNA: “Perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau. Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan!" "SeOrAnG TeMaN, BiLa BeRjAuHaN, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT, DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh, JiKa HaRi iNi Ia DaTaNg, JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI... JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi, SeSuNgGuHnYa, YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN, YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN, YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn, YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn... HiLaNgNyA SeOrAnG TeMaN, IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn, LuKaNya BoLeH DiUbAt TaPi HiLaNgNya TiAdA GaNtI" >
Dunia Sementara Akhirat Selamanya

Bismillahirohmannirohim...

Allah Swt menciptakan Dunia ini untuk kita Manusia.
Namun kita di Ciptakan oleh Allah bukanlah untuk Dunia ini

Allah Swt menciptakan kita adalah untuk kehidupan Akhirat yang Selama-lamanya
Ketetapan Allah bahwasanya Dunia ini hanyalah Sementara saja
Apa saja yang ada di dunia, siapa saja yang berada di Dunia hanya Sementara saja
Kaya di Dunia Kaya yang Sementara
Miskin di dunia miskin pun yang Sementara
Jadi Raja di Dunia raja yang Sementara
Jadi Rakyat pun Sementara saja



Jom Tengok Macam Macam TV yg Percuma termasuk tv1/2 dan lagi lagi

Saturday, May 31, 2008

Pandangan kita Macamana ???


Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabatnya - Abu Bakar r.a., ke rumah Ali r.a.

Di rumah Ali, isterinya, Sayidatina Fatimah r.a., puteri Rasulullah SAW menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik.

Semasa menghidangkannya, terdapat sehelai rambut di dalam salah sebuah mangkuk itu.

Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya agar membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut - mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:

“Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.”

Osman r.a. berkata:

“Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Ali r.a. berkata:

“Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.a. berkata:

“Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sebuah rambut.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Malaikat Jibril a.s. berkata:

“Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk urusan agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan urusan agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:

“Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.”

BUAT AKU YANG LEMAH


Nota secawan kopi
buat aku sepagi ini ... ... .

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... ..Allah tahu batapa kuat engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menengis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... ..Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja... ..Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... ..Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan... ..Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... ..sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur... ..Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... ..Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... ..Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah dimanapun kau atau kemanapun kau berada... ..Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu... ... ... ... .

-ihsan daripada majalah BLUES-

p/s:sesuai bagi mereka yang frust, kecewa dan terlupa sejenak akan kekuasaan Yang Maha Esa... ..

Untuk Kongsi Perasaan


INI AKU JUMPA KAT Forum .....
aku tak nak Komen Apa apa....
Cuma Apapun Pada aku ....Setiap Hari adalah Hari Untuk IBU .......

Soalan:
Assalamuaalikum wrt,ustaz..
blh x ustaz jelaskan ttg sambutan hari ibu,hari bapa,hari... ...
Sbb smua tu dari barat yang mana sambutan tu x relevan kalau kite sambut,jadi blh x ustaz kluarkan hujah untuk tak menggalakkan mereka sambut hari2 tersebut..

Jwpn: Assalamualaikum wrt wbt Kalau sambutan tersebut sambutan atau upacara yang berbentuk kebudayaan, tidak ada masalah (dari sudut hokum feqah) dengan syarat sambutan tersebut dari sudut sejarahnya bukan sempena peristiwa yang berkait penghinaan terhadap umat Islam. Tetapi sekiranya berkaitan dengan agama (yahudi, hindu, kristian dsbnya), tidak dibolehkan. Dalam Hadith banyak Rasulullah melarang umat Islam dari menyerupai atau menyambut sambutan agama lain hatta dalam masalah janggut dan misai. Sambutan tersebut kebanyakkannya datang dari barat (yahudi). Di barat, institusi keluarga mereka dah lama punah. Seks bebas, lesbian, homoseksual, single parent, bank bayi dll adalah lambang keruntuhan institusi keluarga di sana. Anak-anak hidup senang di apartment mewah, ibu bapa merempat di jalanan dan di bawah jambatan beratapkan kotak-kotak dsbnya Mereka berusaha menutup dan memulihkan kesilapan itu dengan mewujudkan sambutan hari ibu, sambutan hari bapa dll. Seolah-olah mengingatkan anak-anak, dalam setahun sekurang-kurangnya sehari ingatilah jasa ibu dan bapa. Pada pandangan saya, itulah reality sambutan tersebut di adakan. Mengapa kita mesti meniru mereka? Kita Umat Islam diwajibkan mentaati ibubapa setiap hari, waktu dan ketika. Syurga di bawah tapak kaki ibu kita. Jangankan mengabaikan ibubapa, melafazkan kata-kata ah! uf! sudah dianggap sebagai derhaka. Kesan dari sambutan tersebut akan melahirkan anak-anak yang ingat dan kenang jasa ibubapanya hanya sehari setahun. Apatah lagi sambutan tersebut diadakan oleh orang-orang yahudi yang sentiasa berdendam dengan umat Islam. Tergamakkah kita menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa yang di adakan oleh orang-orang yahudi, dalam masa yang sama merekalah yang memisahkan anak-anak dari ibu dan bapa dengan membunuh mereka di Palestin, Afghanistan dan Iraq (Amerika proksi yahudi)? Marilah kita buktikan kasih sayang dan ingatan terhadap ibubapa kita dengan menjadi seorang anak yang baik. Berusaha untuk tidak menyakiti hati mereka. Jangan tinggikan suara pada mereka. Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah atau memalukan mereka. Sentiasa mendoakan mereka setiap kali mendirikan solat lima waktu. Dan, yang lebih lagi bagi seorang siswa dan siswi, bukti kasih sayang itu dengan kecemerlangan kita dalam pelajaran. Gembirakanlah hati mereka. Kenangilah mereka sentiasa dan setiap ketika bukan hanya sekali setahun!


LUAHAN HATI SEORANG IBU
Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Makan Longan Free




sepetang bersama kawan make buah longeeee ..buah mata kuching ...
nie member dari bangla kutip buah mata kuching ...

Tuesday, May 27, 2008

mari bederat!!!

aku tak nak tulis banyak sekadar kongsi gambar saja .....nah tgk lah sendiri ....

Sunday, May 25, 2008

Pegi Bintulu kemarin dan Hari Ini DI KK plak





Ha ha banyak berjalan luas pandangan ....tapi aku nih dah sampai peringkat gila kemarin pegi Bintulu .....n hari ini ke KK plak ....tadik jumpa NorFazlen PALEEN ....sempat ke gerai Puding dalam buah kelapa ..best jugak....iklan dari Cikgu Hamidon ...waktu makan di Mega Hotel...apalagi makan la ...sedap jugak ....waktu dilawas tadi sempat singgah masjid bari di lawas........nah tengok gambar di masjid Asyakirin Bintulu ....dan Masjid LawAs.....sampai di KK tadi petanbg terus ke Politek ...esok ke ranau sekejap ...mungkin lusa balik miri...itupun sebab ada meeting kewanga di MIRI kalau tak eee mau aku jalan sabah 1 minggu ..............

Friday, May 23, 2008

Kegermbiraan Saat2 Bercuti Akhir Penggal Pertama

NAh wajah mereka yang penuh ceria ..untuk pulang balik bercuti ..rakaman pada petang tadi jam 3.00 petang .........DI smsm

Thursday, May 22, 2008

Kehidupan Sainsri






Nak pindah ....apapun memang nak pindah ...apa nak jadi jadilah ...kou org tak rasa apa yg aku rasa....
itulah ungkapan yang terlintas pada mereka yang rasa tak nak berada di bumi sainsri ....bukan saja pelajar tingkatan satu ..........ha ha...aku dulu pun macamtu jugak ...gila gila nak pindah ...
satu lakran ringkas di cafe sainsri pada tengahri tadi ....ini lah kehidupan di sini ..perlu berkejar ...segalanya kena kejar ......itulah resepi di smsm ....seronok dan gembira berada di bumi SMSM ....macam macam pengalaman suka duka ,kalau batik tu pastinya lawa dengan lakaran yg full colour ini ........best best berada di Bumi sainsmiri nih ...betul .tanyalah merke yg dah bergelar ex- tu .macam macam .....lakaran hidup kat sini ....sejuta cerita yang boleh di rakam ...

Wednesday, May 21, 2008

Mencari Hikmah Di Sebalik Kegagalan



Oleh anak_pejuang

"Sukar untuk menerima kegagalan?

Biasanya kerana sudah ada di minda kita satu stigma - HIDUP INI PERLU BERJAYA SAHAJA TANPA GAGAL, ataupun TAKUT MENERIMA KEGAGALAN.

Antara faktor lain - terlalu yakin dengan diri sendiri dan lupa bahawa kita ini adalah hamba yang disuruh berusaha - manakala natijah terakhir adalah di bawah kekuasaan ALlah.

Kegagalan Adalah Fitrah

Kenangi semula awal penghidupan sebagai manusia. Budak kecil yang bermula dari tidak tahu apa-apa, tidak pandai berjalan, berlari. Langkah pertamanya adalah dengan bertatih merangkak, semasa ia kenal untuk berjalan ia mencuba bangun perlahan-lahan dan kadang-kadang terduduk sehinggalah ia tidak berputus asa untuk mencuba berkali-kali sehingga boleh berjalan betul dan berlari.

Kita kembali sedikit kepada sirah, RasuluLlah berdakwah selama 23 tahun untuk menyampaikan ajaran Islam. Tetapi baginda tidak pernah mengaku kalah. Padahal di peringkat permulaan dakwah baginda hanya terdapat ramai orang-orang miskin dan hamba abdi yang lemah. Tetap juga RasuluLLah meneruskan tugasnya dengan penuh amanah walaupun tahu di hadapannya banyak sekali kesusahan yang bakal diterimanya. Kerana ia tahu ALlah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Di dalam peperangan sememangnya akan berlaku menang dan kalah. Tetapi kita lihat kepada semangat jihad para pejuang Islam yang ikhlas mereka mengatakan - Samada syahid atau menang. Kekalahan adalah sebagai satu motivasi untuk membangkitkan semangat. Dan hasilnya - Islam itu gemilang sehingga menguasai 2/3 dunia.

Mungkin kita boleh mengambil semangat tokoh bukan Islam seperti Thomas Alva Edison mencuba sehingga 10,000 kali sebelum berjaya menghidupkan lampu dan dia berbangga kerana di dalam percubaan (dibaca kegagalan), beliau berkata : "Aku bukan gagal, tetapi aku telah menjumpai 10,000 sebab yang menjadikan ia tidak menyala!"

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (105)

Melihat Kegagalan Dari Sudut Positif

Gagal di dalam peperiksaan, gagal di dalam pekerjaan, gagal dalam cinta, gagal dan sebagainya. Ia adalah ujian untuk menunjukkan adakah kita gagal dalam IMAN KEPADA ALLAH?.

Sekali gagal, atau berkali-kali gagal bukanlah menunjukkan kita telah gagal selama-lamanya. Kerana kejayaan itu diukur dengan usaha kita bangun dari kegagalan. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mahu berusaha, yang tidak mampu bangkit dari kekalahan.

ALlahu ALlah... lihatlah kegagalan itu dari sudut positif. Dengan hanya bersedih, mengerutkan muka, menyesali apa yang telah berlaku tanpa mengubah diri. Anda tidak akan ke mana-mana. Ambillah hikmah dari kegagalan .Pandanglah ke hadapan, kita perlu meneruskan hidup yang bukan hanya untuk dunia sahaja bahkan di akhirat nanti.

Kata Hamka : "Jangan takut jatuh, kerana yang tidak memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagallah yang tidak pernah cuba melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua".

Motivasi Dari ALLah :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٢٠٠)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”. (Ali Imran: 200)

Bangkitlah wahai jiwa, Orang Islam Yang Beriman pasti berjaya, jiwanya sentiasa hidup dengan pengharapan dan usaha. Hayya 'alal falah!

pasar malam sekolah

woi hebat bebudak nie...smsm ...nak jadi usahawan ...takpe teruskan ....cuma dalam buat bisnes tu jgn main tipu2.....pasar malm ini telah dijayakan dengan jayanya oleh Majlis Pengawas sekolah ....ramai yg tempah meja ...termasuklah pelajar T 2usaha yang meneruskan menjual UK Ice Blendz ..sedap ice blendz tu ...tak percaya cube laaaa beli ...kalau yang koko bery tu bleh lawan laaaaaa.

Meraikan Pelajar Cemerlang PMR dan Geng Dikir Sainsri

Kejayaan selalu dikaitkan dengan kemenangan. Kejayaan juga bermakna kita telah melepasi halangan atau rintangan dengan baik.

Sebenarnya, kejayaan sememangnya milik kita kerana setiap apa yang kita lakukan adalah sesuatu kejayaan. Anda membaca blog saya juga adalah suatu kejayaan, kerana anda mendapat ilmu dan maklumat.( syok sendiri plak ..masuk bakul angkat sendiri ..takpe kalau boleh macamtu memang kita memiliki kehebatan ..tak salah kalau kita lebih dari org lain ..Allah beri kelebihan seseorang nie tak sama..betul kan.. Itulah kejayaan anda hari ini.

nak cerita pasal makan ..yaAllah punya kecoh bebudk yg straigh a nie buat ....malu jugak ...tapi nak buat macamana bila dah ramai .....nak kontrol mulut masing masing tak dapat dah ....Kalah bebudak SK Penakup Mukah yg kebetulan membuat lawatan di KFC ...
apapun seronok juga malam tu sebab apa? ha ha sebab makan Free laaaa...

sapa yang sudi dan ingin belanja makan ...jemput je kami ....InsyaAllah kami akan tunaikan jemputan anda itu ..........

Tuesday, May 20, 2008

Makan Tengahri di Mega Hotel ......lama doh tak kena belanja ...best jugak

Guru 2dan staf diraikan di mega hotel ....macam macam ragam bila berdepan dengan juadah yg bermacam macam ...kemek firstlepas jak Doa makan yang dibaca oleh Cikgu Raja ....terus capai je ...peti Ais telan semangkuk aiskrim ..nyaman gilak ...perisa keladi ngan jagun wuiiii ..best ....lepas tu baru ..bantai nasi ......malu dengan bos kamek kat depan ....he he ...apapun Bos kamek nie termat sporting ....sik hal...kita kalau malu ...he he kempunan leeee...bantai je laaaa....tapi kena ingat berenti sebelum ?????

Monday, May 19, 2008

Pasukan Dikir Barat Sekolah .....

Peserta SMSM berentap di SMK luak .......Mendapat tempat Ketiga
kami buat yg terbaik....namun rezeki masih belum dapat dimiliki...kami hanya mampu meraih tempat ketika ...
saksikan ......dikir SMSM

kepada sesapa yang terasa nak memiliki DVD dikir Khas SMSM boleh tempah dengan Amirul HADI ting 2 Usaha ..dengan Harga sangat berpatutan RM 6.00 murah weh ...belilah untuk kenangan anda ...............................................
Tak beli nyesal weh ...

Friday, May 16, 2008

Selembar Lakaran Hari Guru SMSM 2008

Gelagat Sambutan Hari Guru SMSM08

secarik gelagat di Hari Guru SMSM

Selamat Hari Guru


Selamat Menyambut Hari Guru .
kepada semua warga guru smsm ...
Sek Men Sains Miri Telah Merayakan Hari Guru Pagi tadi

Dalam Ucapan Pn Pengetua Yg Cukup Semangat tadi tersentuh juga jiwa bila pebgetua sebut isi kandungan SMS yg diterima ...

GURU ...
DALAM AJARNYA ADA HARAPAN
DALAM TEGURNYA ADA DOA
DALAM MARAHNYA ADA SAYANG
DALAM TAWANYA ADA MESRA
DALAM DIAMNYA ADA BIJAKSANA
DALAM TANGANYA KITA TERBINA


Namun apa yg memilukan ....adakah anak didik Sainsri....cukup mantap ..cukup kuat untuk menjadi manusia yg hebat ....berbudi ...mengenang budi ...
aku doakan semoga semua keluaran sainsri ...akan menjadi seorang insan yang pandai untuk Berterima Kasih ......diharapkan mereka ini tidak menjadi kacang yg lupakan kulit ...........realiti yg ada di Villa SMSM ???? menjadi tanda tanya ......

Terima Kasih Buat semua guru..Malaysia ..Tahniah kerana menjadi guru ....
Buat bekas guruku yang mendidik aku dari darjah satu sehinggalah kini... terima kasih banyak .....tiada apa yang mampu diberi ...selain lafaz semoga kalian dianugerahkan kesihatan dan keredhaan di dunia dan akhirat .....amin ....

Saturday, May 10, 2008

Cerita Pasal Senyum ......


Teringat sesi forum ari tu kat DSP smsm ..Ustaz Roshaidin kata senyum ni ada 3 jenis senyum yang paling ikhlas senyum tiga ...
nak tahu senyum tuga macamana kena tanya ustaz roshaidin ....
... SENYUM ........
ini senyuman yang paling ikhlas

senyum simpul biasanya tersimpul semualadi pada atuk2 atau nenek2 yang telah kehilangan gigi..

pada golongan anak dara , senyum mereka akan tersimpul bila ada anak teruna mintak nombor telefon mereka...

pada kamu istri pulak.. senyum itu akan terjadi bila mereka mendapat gelang tangan baru atau bila nak dapat duit kutu...

dan pada suami pulak, senyum yang memula tadi tersimpul akan menjadi terbelit bila tengok bil internet dan bil telefon melambung tinggi dek istri yang tengh demam berforum..


nih Budak Ting satu senyum ...ikhlas tuuu

apapun tentang senyum nie ..ada macam macam komen ...
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja ok.

Tuesday, May 6, 2008

Tukul Dan Pahat ............


... ".. THUP! .. THUP! ... THUP! ...... "

.... " ... eh napanya tidak mau belubang ni .... kuat doh weh aku ketuk ni .... ..belubang ...ketuk sikit ....ketuk sikit ..." ...

............. " ... adeeh tukul ni pulak berlubang .... .. issshk... napa ... "



... "Seperti Pahat Dengan Penukul" .... sebuah peribahasa melayu yang mana memberi maksud .... seseorang yang tiada inisiatif untuk melakukan apa-apa .. kecuali jika ada yang memberikan arahan atau suruhan kepadanya .....


itulah kita jangan jadi seperti pahat dengan penukul .keyuk baru nak gerak ..ketuk baru nak gerak ...dalam hidup nie nie kita kena banyak mencuba jgn tunggu arahan sahaja...utuk kita terus kedepan .....kalau mahu maju ...tapi yang paling sedih dan pilunya masih ada lagi makhluk yg bergelar manusia nie yanglebih teruk dari peribahasa tadi tu ...orang yang macamtu dia masih lagi memiliki segumpal tenaga dan usaha ...tapi yang malangnya bila diketuk pon tak makan ketuk ...itu yang parah ...beri arahan ..pon tak buat ..beri kerja tak buat .ingkar arahan ..tak buat kerja itu yang lebih parah lagi .....so dalam hidup ini usaha adalah yang penting ....goyang kaki senang .....nak jadi jutawan ..nak jadi orng yg cemerlang nie .....senang saja ...kalau dalam diri ada motivasi ..INsyaAllah dapat ....so ..untuk terus cemerlang ...orang kata Hari ini lebih baik dari semalam dan esok perancangan yang cemerlang kita laksanakan ......oleh itu ...apa perancangan anda untuk Hari Esok ....tepuk dada tanya akal ...!!! kenapa tanya akal?
sebab Allah anugerahkan kita akal ...bukanya Otak ...oleh itu JOM sama sama kita berfikir ......................
""Kalau Bukan Kita Siapa ....Kalau Bukan Sekarang Bila....SELAMAT HARI GURU 2008 ....BUAT CIKGU CIKGI TERUSKAN USAHA MURNI KALIAN DENGAN IKHLAS ....."


Monday, May 5, 2008

Cerita Motosikal Pancit


""Kalau Bukan Kita Siapa ....Kalau Bukan Sekarang Bila....Berita Terkini ....Ucapan Takziah Kepada Keluarga IRWAN JAYA pembantu makmal sek men sains miri ..Semoga Roh Beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 soleh ..Al Fatihah ."


8pagi ...Perjalanan Menuju ke kuching menghadiri sesi Buka Tender dewan Makan ...adui mak woi .........malang juak hari ini ...aku minta arni hantar ke Aiport miri ....pergilah dgn motosikal ......dalam perjalanan motosikal Pancit lak ... terus tel US Muzaha minta tolong sambungkan perjalanan aku ke airpor ..resah menanti ..fligh kul 840.....adui pancit jam 815.....lagi 25 minit ...820 pagi ..ust Muzaha sampai ..lega...kalau tak bukak tender kat jalan lah aku ....kira kira jam 830 sampai airpor terus meluru masuk Belonnnn ..lega .....sampai dimiri ..jumpa tokey Cafe ..belanja makan n pegi beli ikan terbuk ,,..buat ole oley org miri .........
sekarang kat Bangunan Pebendaharaan Miri ......

kadang kadang kehidupan kita pon macam motosikal ....tak tahu bila nak pancit ...so bersediakan kita menghadapi kemungkinan pancit ....atau ?????

Mari Mengaji JOM

Alfatihah Buat Allahyarham Irwan Jaya ...Staf Sek MEN Sains Miri ...atas Pemergian Beliau ..Semoga roh beliau diRahmati Allah ......Amin Al_fatihah


Saturday, May 3, 2008

Gelagat Waktu Bermalam Mei 2008

kena Tangkap ..kat Cafe SMSM ..tak ikut peraturan sekolah ...kerja Amal Buat Kerusi taman PIBG



Tengok main plak budak nih ....
main kat sadau studio ...macam macam ....aduiiii


Friday, May 2, 2008

aktiviti

""Kalau Bukan Kita Siapa ....Kalau Bukan Sekarang Bila."